NEW
Font size
WorksheetsKUIZ USUL FIQH
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Mendahulukan Al Qias yang tersembunyi berbanding dengan Al Qias yang jelas disebabkan sesuatu dalil atau mengecualikan sesuatu permasalahan daripada kaedah yang umum disebabkan terdapat dalil khas yang lebih kuat
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud
Al Istishab
Al Istihsan
Al Masalihul Mursalah
Qaulu as Sohabi
Perkara yang jarang-jarang mendatangkan kemudaratan seperti menanam anggur. Perkara sebegini tidak dilarang sama sekali oleh Ijmak ulamak kerana kebaikan menanam anggur adalah lebih besar .
Pernyataan di atas merujuk kepada autoriti
Saddu Al Zaraik
Qaulu Al Sohabi
Al Arfu Wal Adah
Al Istishab
Perkara yang menjadi kebiasaan masyarakat samada berbentuk perkataan atau perbuatan.
Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian
Al Masalihul Mursalah
Qaulu Al Sohabi
Al Istihsan
Al Arfu Wal Adah
Kebaikan yang bersesuaian dengan kebaikan yang dianjurkan oleh syarak tetapi tiada nas syarak secara khusus mengiktiraf atau menolaknya.
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud
Qaulu Al Sohabi
Al Masalihul Mursalah
Al Arfu Wal Adah
Saddu Al Zaroik
Al Istihsan telah diterima oleh Ulama Mazhab sebagai dalil syarak kecuali
Imam Hanafi
Imam Maliki
Imam Hanbali
Imam Syafie
Jumhur Ulamak menerima sebagai sandaran hukum syarak kerana ia selari dengan kemaslahatan yang terkandung dalam nas-nas syarak.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Qaulu Al Sohabi
Al masalihul Mursalah
Saddu Al Zaroik
Al Arfu Wal Adah
Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As Syafie dan Imam Ahmad menerimanya sebagai hujah. Walaubagaimanapun Ulama Kalam menolaknya sebagai hujah.
Pernyataan di atas merujuk kepada
Al Istihsan
Al Istishab
Qaulu Al Sohabi
Al Arfu Wal Adah
Contoh bagi Al Arfu Wal Adah ialah
Perkataan daging merujuk kepada daging haiwan selain ikan
Undang-undang jalanraya yang mempunyai kebaikan tetapi tidak mempunyai nas syarak
Peraturan-peraturan sekolah yang bertujuan untuk menjaga kepentingan pelajar
Seseorang itu tidak boleh disabitkan dengan sebarang kecuali jika terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya
Ulama seperti Imam Ibnu Al Hajib dan Imam Al Amidi menolak Al Masalihul Mursalah kerana
ia bukan dalil syarak tetapi kaedah untuk mengekalkan hukum yang telah sabit daripada nas syarak disebabkan tiada nas syarak lain yang mengubahnya.
mengecualikan suatu permasalahan daripada kaedahnya yang umum disebabkan terdapat dalil khas yang lebih kuat
pandangan yang disepakati oleh sahabat adalah dianggap Al Ijmak dan ia adalah hujah seperti kesepakatan sahabat untuk mengumpul Al Quran
ia boleh mencemarkan kesucian Islam jika hukum agama boleh ditentukan berdasarkan kepada kebaikan yang difikirkan oleh akal
Kebaikan tambahan yang menjadikan kehidupan manusia lebih berkualiti dan selesa seperti keharusan memakai pakaian berfesyen semasa tetapi bertepatan dengan syarak.
Pernyataan di atas merujuk kepada Al Masalihul Mursalah dari aspek
hajiat
daruriat
tahsiniat
