WorksheetsMUNAKAHAT FEQAH TAHUN 6
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Pengertian nikah dari segi bahasa ialah ______________.
bersanding
bertunang
berkahwin
bersatu atau berkumpul
Apakah akad yang menghalalkan hubungan jenis diantara lelaki dan perempuan?
Akad nikah
Akad tunang
Akad jual beli
Akad hutang
Satu akad yang menghalalkan hubungan jenis ( istimta') diantara lelaki dan perempuan dengan syarat-syarat tertentu. Ini adalah pengertian _______________
Jual beli
Nikah
As-Salam
Ar-Rahnu
Surah apakah yang menjadi dalil kepada pernikahan?
Surah An-Nisa' ayat 3
Surah Al-Baqarah ayat 109
Surah Ali Imran ayat 53
Surah An-Naba'
Hukum nikah terbahagi kepada ___________.
tiga
empat
lima
enam
Apakah hukum asal bagi nikah?
Makruh
Wajib
Sunat
Harus
Hukum nikah menjadi ___________ bagi orang yang cukup perbelanjaan dan takut akan terdorong kepada kejahatan zina.
Haram
Makruh
Harus
Wajib
Sesiapa yang tidak mampu memberi nafkah atau tidak ada keinginan nafsu berkahwin maka hukum nikahnya adalah ____________.
Haram
Makruh
Harus
Sunat
Berikut merupakan perempuan yang haram dikahwini disebabkan nasab kecuali _____________
ibu,nenek dan keatas
anak dan cucu perempuan ke bawah
mak cik sebelah ibu atau bapa
anak susuan
Ibu bapa susuan dan saudara susuan adalah haram dikahwini disebabkan oleh _____________.
Nasab
Penyusuan
Musoharah
Muharramat
Apakah maksud musoharah?
Persemendaan
Keturunan
Penyusuan
Kerabat
Apakah sebab kita dilarang untuk berkahwin dengan ibu mertua?
Nasab
Keturunan
Persemendaan
Penyusuan
Perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada tiga sebab iaitu disebabkan _________, ___________ dan ___________
nasab, penyusuan, peperangan
nasab, perhubungan, persemendaan
nasab, penyusuan, persemendaan
pangkat, penyusuan, persemendaan
Berikut merupakan hikmah perkahwinan kecuali ______________.
Memenuhi fitrah dan naluri manusia
Melahirkan keturunan yang soleh dan solehah
Mewujudkan ketenteraman jiwa serta ketenangan rohani
Menggalakkan melakukan maksiat
'Meluaskan persaudaraan dan bekerjasama dalam masyarakat'. Ini adalah __________ perkahwinan.
pengertian
hukum
dalil
hikmah
