Font size
WorksheetsMINGGU 4 : Seni Dalam Islam 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Mengapakah kesenian merupakan sebahagian daripada budaya menurut Dr. Sidi Gazalba?
A. Manusia adalah makhluk yang mengutamakan kesenian.
B. Kerana manusia mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni.
C. Manusia mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima.
D. Kerana manusia merupakan makhluk yang cintakan kecantikan dan ketenangan yang beremosi melalui pancaindera yang lima.
Siapakah yang menyatakan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan?
A. Al-Farabi.
B. Al-Ghazali.
C. Eugene Johnson.
D. Drs. Sidi Gazalba.
Berikut merupakan seni pendengaran KECUALI
muzik.
drama.
laungan azan.
deklamasi puisi.
Gambar di atas merujuk kepada seni
pembacaan
penglihatan
pendengaran
pendengaran dan penglihatan
Sesungguhnya aku rindukanMu
Siapalah aku
Yang selalu leka dan alpa
Dengan urusan duniawi
Sesungguhnya
Ku inginkan bahagia bersamaMu
Jalani hidup ini bersama redhaMu
Petikan di atas merujuk kepada seni
pembacaan
penglihatan
pendengaran
pendengaran dan penglihatan
Gambar di atas merujuk kepada sumber
ijmak ulamak
pengaruh tamadun asing
budaya masyarakat setempat
alam semulajadi dan persekitaran setempat
Menurut Eugene Johnson seni adalah segala sesuatu yang indah yang dapat
menggerakkan jiwa, kemesraan dan kesenangan semata-mata.
menimbulkan kemesraan, keharuan, ketakjuban, kesenangan dan sebagainya.
melahirkan perasaan positif yang memberi kesenangan dan kemesraan secara semulajadi.
menggerakkan jiwa, kesenangan, ketakjuban dan sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.
Manakah antara berikut TIDAK BENAR mengenai kesenian Islam?
i. Pengaruh dari Arab di dalam masyarakat Islam di Malaysia boleh dilihat pada pakaian rasmi mereka.
ii. Pengaruh budaya dan tamadun adalah sumber utama dalam penghasilan seni dalam Islam.
iii. Pengaruh dari China terhasil dalam seni tekstil seperti kain songket, kain sutera dan kain batik.
iv. Alam semulajadi adalah sumber tambahan dalam penghasilan seni dalam Islam.
i dan ii
ii dan iii
i, ii dan iv
i, ii, iii dan iv
Antara berikut manakah BENAR mengenai sumber utama seni ?
i. al-Quran
ii. ijmak ulamak
iii. pengaruh tamadun asing
iv. budaya masyarakat setempat
i sahaja
i dan ii
iii dan iv
i, ii dan iii
Berikut merupakan sumber kesenian...
Alam semesta
Pengaruh tamadun asing
Budaya masyarakat setempat
Alam semulajadi dan persekitaran setempat
Kesenian Islam diasaskan kepada
Konsep tauhid
konsep syariah
Konsep mahabbah
Konsep muamalat
Antara berikut, yang manakah matlamat seni dalam Islam?
Seni tidak bermatlamatkan hiburan semata-mata
Seni dapat mendidik nafsu ammarah
Seni bercanggah dengan akal
Seni memberi kekeliruan
Seni dibahagikan kepada 4 bahagian utama, iaitu...
perasaan, pembacaan, penelitian & pengamatan
pendengaran, sentuhan, perasaan & penglihatan
penglihatan, pendengaran, pengamatan & pengolahan
pendengaran, penglihatan, gabungan keduanya & pembacaan
Apakah yang dimaksudkan dengan "seni mestilah bersifat al-amr bil maaruf dan al-nahi al-munkar"?
Seni itu mestilah bersifat yang indah semata-mata
Seni itu mestilah lahir daripada perasaan semulajadi yang penuh kejiwaan
Seni itu mestilah sesuatu yang memberi ketenangan dan keseronokan disamping dapat menjana pendapatan
Seni itu mestilah bermatlamatkan perkara-perkara kebaikan bukannya membawa keburukan dan kemungkaran
Berikut ialah seni yang boleh dicapai melalui penglihatan KECUALI
lukis
fesyen
binaan
deklamasi puisi
