WorksheetsKuiz 13_Kata Nama Khas
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Ketika bercuti di Bandung, Indonesia, keluarga Sally menginap di _________________ selama lima hari.
Gunung Ledang
Kolej Segi
Tadika Bestari
Hotel Indojaya
Siasatan kes penipuan pelaburan itu akan diketuai oleh ____________________.
Doktor Joana
Encik Fairuz
Inspektor Khai
Haji Abdullah
Selepas tamat sekolah menengah, Abang Ngah menyambung pelajarannya ke ________________.
Tadika Bijak Molek
Institusi Kemahiran Negara
Klinik Seri Harmoni
Restoran Seafood Waja
Barang-barang elektrik yang berjenama _________________ merupakan produk buatan tempatan.
Proton
Modenas
Adidas
Panasonic
“Arnab kesayangan Sue Lian bernama ___________________,” kata Jerry kepada jirannya.
Si Putih
Sang Gagak
Proton Wira
Sony Erickson
Wei Hong menunggang motosikal _____________ milik abangnya untuk pergi ke kedai.
Panasonic
Adidas
Samsung
Modenas
Majlis pelancaran sambutan Hari Kraft Negara itu dirasmikan oleh _____________________.
Inspektor Badrul
Pak Long Maarof
Cikgu Nor Mikaila
Datuk Seri Johan Ismail
Penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Johor bercuti hujung minggu pada hari __________________.
Adidas
Jumaat
Modenas
Samsung
Buku Sejarah Melayu yang dibaca oleh Ernita itu ditulis oleh ______________________.
Siti Nurhaliza
Datuk Yusni Hamid
Tun Sri Lanang
Mak Ngah Midah
Seminar keibubapaan yang diadakan di Auditorium Muzium Negara itu telah disampaikan oleh pakar motivasi terkenal ______________________.
Biduanita Datuk Siti Nurhaliza
Cikgu Fatimah Abu Bakar
Chef Hanieliza Kamarudin
Profesor Dr. Muhaya Mohamad
Negeri ___________________ terletak di sebelah selatan semenanjung Malaysia.
Sabah
Johor
Perlis
Terengganu
Daniel tidak dapat bermain di luar rumah kerana negara diserang dengan ____________________.
Influenza A
Virus Covid-19
Demam Campak
Hepatatis B
Sebahagian warga kota yang menyertai Larian Sayangi Jantung Kita yang bermula di ___________________ itu.
Sungai Sarawak
Leftanan Adnan
Restoran Sayed
Dataran Merdeka
Aktiviti gotong-royong yang telah dirancang itu akan melibatkan para penduduk di ___________________.
Taman Chempaka
Klinik Bahagia
Tadika ABC
Istana Budaya
Para peserta kursus masakan itu mendapat tunjuk ajar daripada pakar masakan yang terkenal _________________.
Chef Wan Ismail
Kapten Ali Kazarudin
Profesor Dr. Zainon
Ustazah Nor Bahyah
“Memanda menteri, sampaikan titah beta ini kepada laksamana dengan segera,” kata ____________________.
Sarjan Yahya
Doktor Raju
Sultan Alaudin
Cikgu Samad
“Anak saya akan melanjutkan pelajaran di ________________ hujung bulan nanti,” kata Encik Farid kepada jirannya.
Kampung Sejahtera
Poliklinik Penawar
Tadika Matahari
United Kingdom
___________________ banyak mempunyai akal dan sangat licik memperdaya Sang Harimau.
Sang Rimba
Si Gagak
Si Merpati
Sang Kancil
Dari dalam pesawat, Hatta dapat melihat air laut di perairan __________________ yang kebiru-biruan.
Air Terjun Bekok
Sungai Merah
Pulau Tioman
Sunway Lagoon
Perjumpaan Hari Keluarga akan diadakan di _______________ kerana tempat itu sesuai untuk berkelah.
Pangsapuri Adela
Pasar Raya Ceria
Tasik Titiwangsa
Stadium Nasional
