Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ting. 3: Bab 11- Kitar Semula

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Amalan mengurangkan sisa pepejal untuk meminimumkan penggunaan sumber semula jadi merujuk kepada elemen

a)

Reduce

b)

Reuse

c)

Rethink

d)

Recycle

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan kitar semula?

a)

Memungut sisa toksik

b)

Mengurangkan sisa pepejal

c)

Mengasingkan sisa pepejal

d)

Memungut dan mengasingkan sisa pepejal

3.

Pilih kepentingan amalan kitar semula.

a)

Menghasilkan baja

b)

Mengekalkan ekosistem

c)

Mengurangkan kesan rumah hijau

d)

Menggalakkan kemasukan pelancong

4.

Maklumat di bawah berkaitan dengan amalan kitar semula.


· Mustaqim mengasingkan barangan mengikut jenis untuk menghasilkan produk yang sama atau baharu semula

Tindakan ini dikenali sebagai

a)

Reduce

b)

Reuse

c)

Rethink

d)

Recycle

5.

Antara berikut, yang manakah kepentingan amalan kitar semula?

a)

Menjimatkan sumber semula jadi

b)

Mampu mengurangkan pencemaran alam

c)

Mewujudkan jaringan pengangkutan yang baik

d)

Menyebabkan taraf hidup penduduk meningkat

6.

Orang ramai boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan ___________ menggunakan sisa makanan.

a)

baja urea

b)

baja kompos

c)

makanan dingin beku

d)

racun serangga organik

7.

Apakah amalan yang dikaitkan dengan maklumat di bawah?


· Syarikat A&B menggunakan teknologi seperti e-mel bagi mengurangkan penggunaan kertas di pejabat

a)

Reduce

b)

Reuse

c)

Rethink

d)

Recycle

8.

Antara berikut, yang manakah amalan guna semula (reuse) di Malaysia?

a)

Membuat bakul daripada majalah lama

b)

Membawa beg yang diperbuat daripada guni

c)

Menderma pakaian yang masih elok kepada mereka yang memerlukan

d)

Membeli makanan mengikut keperluan untuk mengelakkan sisa domestik meningkat

9.

Negeri manakah yang pertama melaksanakan kempen tanpa beg plastik?

a)

Pahang

b)

Selangor

c)

Sarawak

d)

Pulau Pinang

10.

Antara berikut, yang manakah amalan kitar semula yang dijalankan di Sweden?

a)

Program Subsidi Sisa

b)

Program Waste 21

c)

Pemulihan tenaga

d)

Pelupusan

11.

Negara apakah yang dikaitkan dengan amalan kitar semula dalam pernyataan di bawah?


· Kotak yang dikutip akan ditandakan dengan tanda hijau atau Green Dot oleh pengilang

a)

Taiwan

b)

Jerman

c)

Belgium

d)

Denmark

12.

Pihak yang hendak melupuskan sebarang jenis sisa di Denmark akan dikenakan cukai. Amalan kitar semula tersebut dikaitkan dengan

a)

Program Waste 21

b)

Program Cukai Sisa

c)

Program Cukai Hijau

d)

Program Affaldsbekendtgoerelsen 1999

13.

Antara berikut, yang manakah amalan kitar semula yang dikaitkan dengan pernyataan di bawah?


*Taiwan -->Menerangkan cara pengurusan sisa pepejal termasuk kaedah menyimpan, panduan kitar semula,

mengumpul dan memproses.

a)

Akta Pelupusan Sisa

b)

Program Cukai Hijau

c)

Ordinan Pembungkusan

d)

Garis Panduan Kitar Semula

14.

Pernyataan di bawah merujuk kepada


· Sisa dapur, makanan, bahan-bahan kotor, lampin pakai buang

a)

Sisa baki

b)

Sisa pukal

c)

Sisa kebun

d)

Sisa kitar semula

15.

Pernyataan di bawah merujuk kepada


· Sisa perabot, sisa barangan elektrik yang besar

a)

Sisa baki

b)

Sisa pukal

c)

Sisa kebun

d)

Sisa kitar semula

16.

Pernyataan di bawah merujuk kepada


· Kertas,plastik, botol, kaca

a)

Sisa baki

b)

Sisa pukal

c)

Sisa kebun

d)

Sisa kitar semula

17.

Logo di bawah boleh ditemui pada produk keluaran negara?

a)

Malaysia

b)

Jerman

c)

Denmark

d)

Sweden

18.

Apakah fungsi simbol di atas?

a)

Mengutip bungkusan makanan

b)

Pengilang akan menandakan semua kotak

c)

Mendapat bayaran daripada pengilang

d)

Menghantar bungkusan kotak

19.

Mengapakah program kitar semula kurang berjaya di Malaysia?

a)

Kurang kemudahan kitar semula

b)

Kos mengitar semula sangat mahal

c)

Sikap dan gaya hidup yang kurang sihat

d)

Kekurangan pusat kitar semula

20.

Apakah usaha yang boleh diambil untuk menjayakan kempen dan program kitar semula di Malaysia?

a)

Penguatkuasaan program dan aktiviti kitar semula

b)

Memperluaskan kempen dan program kitar semula

c)

Meningkatkan bilangan hari pengutipan barang kitar semula

d)

Menambahkan syarikat mengitar semula