wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Reka Bentuk dan Teknologi 2020

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Di manakah murid-murid meletakkkan beg semasa berada di dalam bengkel?

a)

Di tepi meja

b)

Di luar kelas

c)

Di luar bengkel

d)

Di dalam almari

2.

Bilakah kita boleh masuk ke dalam bengkel?

a)

Pada bila-bila masa.

b)

Setelah mendapat kebenaran guru.

c)

Pada waktu rehat.

d)

Pada waktu pagi.

3.

Mengapakah kita mesti membuka semua pintu dan tingkap di dalam bengkel?

a)

Untuk pengudaraan yang baik di dalam bengkel.

b)

Untuk melihat keadaan di luar bengkel.

c)

Untuk memudahkan rakan-rakan lain masuk.

d)

Untuk memastikan murid bertugas menjalankan tugasnya.

4.

Mengapakah kita perlu mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan alatan?

a)

Supaya tidak dimarahi oleh guru.

b)

Untuk menunjukkan kita seorang murid yang baik.

c)

Untuk memastikan alatan tidak rosak semasa digunakan.

d)

Untuk mengelakkan kecederaan berlaku ketika menggunakan alatan.

5.

Bilakah kita perlu membersihkan bengkel RBT?

a)

Apabila bengkel kotor.

b)

Setelah selesai melakukan aktiviti di dalam bengkel.

c)

Apabila disuruh oleh guru yang mengajar.

d)

Apabila kita bertugas membersihkan bengkel.

6.

Apakah tindakan kamu apabila ada rakan yang cedera semasa menggunakan alatan di bengkel?

a)

Merawat rakan yang cedera menggunakan ubat-ubatan yang ada.

b)

Memberitahu guru dengan segera untuk tindakan lanjut.

c)

Tidak berbuat apa-apa tindakan dan mendiamkan diri sahaja.

d)

Menelefon ibu bapa rakan yang mengalami kecederaan.

7.

Apakah yang harus dilakukan apabila mendengar loceng kecemasan semasa berada di dalam bengkel?

a)

Beratur dan bergerak ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dengan kadar segera.

b)

Berlari dan berebut-rebut untuk keluar dari bengkel dan menyelamatkan diri.

c)

Meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.

d)

Menelefon pihak berkuasa untuk melaporkan kecemasan yang berlaku.

8.

Di manakah kita perlu meletakkan alatan yang telah digunakan di dalam bengkel?

a)

Meletakkan alatan yang telah digunakan di tempat asal.

b)

Meletakkan sahaja alatan di atas meja kerja di dalam bengkel.

c)

Meletakkan alatan di atas meja guru untuk di susun semula oleh guru.

d)

Membiarkan sahaja alatan yang telah digunakan.

9.

Apakah yang perlu dilakukan sebelum masuk ke dalam bengkel?

a)

Membawa buku dan alat tulis sebelum masuk ke dalam bengkel.

b)

Masuk terus ke dalam bengkel walaupun guru tiada.

c)

Beratur di luar bengkel dan masuk apabila telah diarahkan oleh guru.

d)

Berlari masuk ke dalam bengkel untuk belajar dengan kadar yang segera.

10.

Bolehkah kita menggunakan alatan yang telah rosak semasa di dalam bengkel?

a)

Boleh menggunakan alatan yang rosak dengan kebenaran guru.

b)

Tidak boleh menggunakan alatan yang rosak kerana boleh mendatangkan bahaya kepada kita.

c)

Boleh menggunakan alatan rosak jika tiada alatan yang masih elok.

d)

Boleh menggunakan alatan yang rosak seperti biasa.

11.

Apakah tindakan kamu jika ada rakan kamu mengambil alatan yang terdapat di dalam bengkel?

a)

Melaporkan kepada guru untuk tindakan selanjutnya.

b)

Membiarkan sahaja rakan mengambil alatan tersebut.

c)

Mengambil juga alatan di bengkel untul kegunaan sendiri.

d)

Merahsiakan sahaja perkara tersebut daripada guru.

12.

Apakah yang akan berlaku jika kita mengabaikan aspek keselamatan di dalam bengkel?

a)

Boleh mengakibatkan kita mengalami kecederaan.

b)

Tiada apa-apa masalah yang akan berlaku.

c)

Kita akan dimarahi oleh guru semasa berada di dalam bengkel.

d)

Kita akan berasa seronok dapat melakukan aktiviti dengan bebas di dalam bengkel.