wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KSSM T3 (BAB 4 : TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DI MALAYSIA)

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Pilih dua tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Malaysia? (TP1)

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Pokok Tirus

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan Monsun Tropika

2.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. (TP2)


> Hutan Hujan Tropika

Pokok kelihatan berlapis-lapis dan ........................... .

a)

saliran buruk

b)

malar hijau

c)

pokok bantut

d)

berbentuk silinder

3.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. (TP2)


> Hutan Paya Air Tawar

Hutan paya air tawar terdapat di kawasan pedalaman yang ........................... .

a)

berlapis-lapis

b)

bersaliran baik

c)

bersaliran buruk

d)

berpasir

4.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. (TP2)


> Hutan Paya Air Masin

Akar ........................... berfungsi untuk pernafasan manakala akar jangkang menyokong pokok daripada mudah tumbang.

a)

banir

b)

ceracak

c)

halus

d)

tunjang

5.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. (TP2)


> Hutan Pantai

Terdapat pelbagai jenis pokok yang tumbuh ialah pokok ru, bintangor laut, mengkuang, pokok kelapa dan pokok renek. Selain itu, terdapat juga tumbuhan menjalar seperti ........................... .

a)

oak

b)

meranti paya

c)

paku pakis

d)

tapak kuda

6.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul tentang jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia. (TP2)


> Hutan Gunung

Hutan gunung terdapat di kawasan ........................... melebihi 1200 meter dari aras laut .

a)

tanah pamah

b)

tanah tinggi

c)

pinggir laut

d)

berpaya

7.

Nyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan faktor yang mempengaruhinya di bawah ini? (TP3)


> Tanih gambut dan tanih aluvium

> Bersaliran buruk

> Pinggir laut yang terlindung

> Muara sungai yang berlumpur

a)

Hutan Gunung

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

8.

Nyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan faktor yang mempengaruhinya di bawah ini? (TP3)


> Tanih berpasir

> Bersaliran baik dan tidak ditenggelami air

> Pinggir laut yang berpasir dan berlumpur serta dilanda ombak

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan Paya AIr Masin

9.

Nyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan faktor yang mempengaruhinya di bawah ini? (TP3)


> Tanih aluvium dan tanih laterit

> Bersaliran baik

> Terdapat di kawasan tanah pamah dan kaki bukit

> Purata suhu 27 darjah celcius dan menerima hujan tahunan melebihi 2600 mm.

a)

Hutan Gunung

b)

Hutan Hujan Tropika

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Paya Air Masin

10.

Nyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan faktor yang mempengaruhinya di bawah ini? (TP3)


> Tanih laterit

> Bersaliran baik

> Terdapat di kawasan tanah tinggi melebihi 1200 meter dari aras laut

> Suhu kira-kira 18 darjah celcius dan ke bawah

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Gunung

c)

Hutan Hujan Tropika

d)

Hutan Paya Air Masin

11.

Nyatakan jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi di Malaysia berdasarkan faktor yang mempengaruhinya di bawah ini? (TP3)


> Tanih gambut dan tanih aluvium

> Bersaliran buruk

> Kawasan tanah pamah yang sering ditenggelami air

a)

Hutan Pantai

b)

Hutan Paya Air Masin

c)

Hutan Paya Air Tawar

d)

Hutan Hujan Tropika

12.

Pernyataan yang manakah dapat dikaitkan dengan tumbuh-tumbuhan di lapisan renjong? (TP3)


i Pokok berakar banir

ii Batang pokok tinggi

iii Pokok tumbuh jarang

iv Membentuk kanopi

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

13.

Pilih kepentingan hutan kepada manusia. (TP4)


i Merupakan habitat flora dan fauna

ii Sumber perubatan tradisional

iii Membekalkan sumber bahan mentah

iv Keseimbangan ekosistem

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

14.

Apakah kegunaan pokok kayu keras di dalam Hutan Hujan Tropika? (TP4)

a)

Dijadikan bahan api

b)

Membuat perabot

c)

Membuat kraftangan

d)

Dijadikan atap rumah

15.

Apakah kesan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi? (TP4)


i Kepupusan flora dan fauna

ii Hutan semakin berkurangan

iii Hujan semakin berkurangan

iv Kos perubatan meningkat

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

16.

Nyatakan dua jenis spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang terdapat di Hutan Pantai? (TP3)


i Periuk kera

ii Rafflesia

iii Pokok kelapa

iv Tapak kuda

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

17.

Apakah kesan penerokaan hutan secara berleluasa? (TP4)


i Kejadian hujan asid

ii Pancaran matahari berkurangan

iii Kawasan tadahan hujan terganggu

iv Kejadian hakisan tanah di lereng bukit

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

18.

Apakah kegunaan pokok bakau? (TP3)


i Kayu arang

ii Kraftangan

iii Papan lapis

iv Cerucuk bangunan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

19.

Mengapakah penting memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi? (TP3)

a)

Kawasan tadahan air

b)

Kawasan petempatan

c)

Kawasan legeh sungai

d)

Kawasan agropelancongan

20.

Foto di atas menunjukkan kegiatan manusia terhadap tumbuh-tumbuhan semula jadi. Apakah kesan kegiatan tersebut? (TP4)

a)

Aras laut meningkat

b)

Pinggir pantai terhakis

c)

Kawasan tadahan terjejas

d)

Keasidan tanih meningkat