NEW
Font size
WorksheetsBAB 6: PENINGKATAN TAMADUN YUNANI DAN ROM
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal.
Maklumat berikut berkaitan dengan masyarakat Yunani. Mengapakah penduduk Yunani terkenal sebagai pelayar yang handal?
Kedudukan Tamadun Yunani berhampiran dengan laut
Mereka mahir dalam membina kapal layar
Mereka mahir dalam ilmu kelautan
Mereka dilatih sejak dari kecil
Yang manakah antara berikut bukan negara-kota dalam Tamadun Yunani.
Sparta
Athens
Agora
Corinth
Dalam sistem pemerintahan Tamadun Yunani, sistem demokrasi telah diamalkan.
Pada pendapat anda, apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia?
Dikuasai oleh golongan raja
Dikuasai oleh golongan bangsawan
Hanya kaum lelaki dipilih menjadi wakil rakyat
Rakyat berkuasa memilih wakil rakyat melalui pengundian
Maklumat berikut berkaitan dengan Dewan Perhimpunan di Athens.
Dewan Perhimpunan ialah badan pentadbiran yang paling tinggi.
Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi Dewan Perhimpunan?
I Berperanan melantik Ahli Majlis
II Tempat untuk menghukum pesalah
III Membincangkan kebajikan masyarakat Athens
IV Menggubal undang-undang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sistem pemerintahan dan pentadbiran di sparta memberi penekanan kepada disiplin ketenteraan. Apakah cara kerajaan Sparta dalam menjadikan Sparta sebagai kerajaan ketenteraan?
Masyarakat diberi imbuhan ketenteraan
Kanak-kanak bersekolah di sekolah swasta
Masyarakat Sparta berperang dengan Persia
Kanak-kanak dan kaum wanita dilatih menjadi anggota tentera
Tamadun Rom muncul sebagai kuasa paling kuat di Mediterranean. Apakah faktor yang menjadi asas penting dalam pembinaan Tamadun Rom?
I Kebebasan pemikiran masyarakat
II Sikap ingin tahu masyarakat
III Pemimpin yang berwibawa
IV Kekuatan ketenteraan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah antara berikut tidak termasuk dalam kelompok masyarakat Rom.
Patrician
Plebian
Artisan
Hamba
Akueduk yang pertama telah dibina pada tahun 312SM. Apakah fungsi akueduk?
Membekalkan air ke dalam kawasan pertanian
Membekalkan air ke rumah kediaman
Lambang keagungan Tamadun Rom
Sebagai tempat beribadat
Jalan raya di Rom mula dibina pada tahun 500 SM. Apakah manfaat pembinaan jalan raya kepada masyarakat dalam Tamadun Rom?
I Menghubungkan bandar-bandar utama
II Kegunaan tentera
III Untuk tujuan pertanian
IV Sistem pengangkutan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kerajaan Malaysia telah membina Stadium Nasional Bukit Jalil untuk kemajuan suka negara. Pada pendapat anda, apakah seni bina Tamadun Rom yang menjadi aspirasi kerajaan dalam pembinaan stadium tersebut?
Colosseum
Amfiteater
Pantheon
Akueduk
