NEW
Font size
WorksheetsBijak Bahasa (Set 4)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Pelbagai kaedah perlu dilakukan oleh semua pihak untuk memastikan pantun tradisi tidak dilupakan oleh remaja.
Pantun Melayu perlu dipelihara supaya tidak pupus ditelan zaman.
Untuk memastikan pantun tidak pupus , banyak usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak.
Pantun tradisional Melayu seperti pantun akan dipastikan kekal oleh kerajaan supaya usaha mereka tidak ditelan zaman
Semua orang harus menjalankan pelbagai usaha untuk memastikan puisi tradisional Melayu seperti pantun tidak hilang ditelan zaman
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
“Halim, kamu haruslah lebih fokus ketika berada di dalam kelas agar tidak ketinggalan dalam pelajaran,” kata Cikgu Zamri.
Cikgu Zamri berpesan kepada Halim bahawa dia akan ketinggalan dalam pelajaran jika dia tidak fokus di dalam kelas
Cikgu Zamri mengingati Halim supaya tidak fokus di dalam kelas agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.
Cikgu Zamri memberi amaran kepada Halim agar sentiasa fokus dalam pelajaran supaya tidak ketinggalan
Halim memberitahu Cikgu Zamri bahawa dia akan lebih fokus di dalam kelas agar dia tidak ketinggalan dalam pelajaran
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.
Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak
Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan
Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan.
Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara
Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tanah air
Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan
Jika kita berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Ibu bapa digalakkan mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak.
Ibu bapa diwajibkan mewujudkan perpustakaan mini di rumah untuk menyemai sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga
Mewujudkan perpustakaan mini di rumah membolehkan sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak digalakkan
Ahli keluarga dan anak-anak akan suka membaca sekiranya ibu bapa mewujudkan perpustakaan mini di rumah
Sikap suka membaca dalam kalangan ahli keluarga terutama anak-anak akan dapat disemai sekiranya ibu bapa mewujudkan perpustakaan mini di rumah
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
"Sekiranya kamu mempunyai masa lapang pada masa cuti sekolah nanti, datanglah ke rumah saya di Negeri Sembilan," kata Razali kepada Ahmad.
Razali mengajak Ahmad datang ke rumahnya di Negeri Sembilan jika dia kelapangan
Ahmad dipelawa oleh Razali supaya datang ke rumahnya di Negeri Sembilan pada cuti akan datang jika dia kelapangan
Ahmad akan datang ke Rumah Razali di Negeri Sembilan pada cuti nanti jika dia ada masa lapang
Razali berkata kepada Ahmad bahawa sekiranya kamu ada masa lapang, datanglah ke rumahnya di Negeri Sembilan pada cuti akan datang
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Sesuatu bangsa akan disanjung tinggi sekiranya mempunyai kepupayaan memelihara dan memartabatkan warisan budaya mereka.
Sesuatu bangsa itu akan dihormati sekiranya mempunyai keupayaan dan memartabatkan warisan budaya mereka
Mempunyai keupayaan memelihara dan memartabatkan warisan budaya menyebabkan sesuatu bangsa itu akan disanjung tinggi
Sekiranya mempunyai keupayaan memelihara dan memartbatkan warisan, sesuatu bangsa itu akan disanjung tinggi
Sekiranya mempunyai kesedaran memelihara dan memartabatkan bangsa, sesuatu bangsa itu akan disanjung tinggi
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
"Zanariah, jangan buang makanan itu, membazir," kata Sarimah
Sarimah memberitahu Zanariah bahawa tidak membuang makanan itu kerana perbuatan itu membazir
Sarimah berkata kepada Zanariah supaya membuang makanan kerana membazir
Sarimah berkata kepada Zanariah jangan membazirkan makanan itu dan membiarkannya dibuang
Sarimah mengarahkan Zanariah supaya membuang makanan secara membazir
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Beberapa langkah telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan pembangunan sukan di sekolah.
Pembangunan sukan di sekolah akan diperkasakan oleh Kementerian Pelajaran yang sedang mencari langkah yang sesuai
Untuk memperkukuh pembangunan sukan di sekolah, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa langkah untuk dijalankan
Pengumuman tentang rancangan untuk pembangunan sukan di sekolah telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran
Kementerian Pelajaran telah mengumumkan beberapa langkah untuk memperkasakan pembangunan sukan di sekolah
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Pelajar yang bijak itu mengambil masa yang singkat untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya.
Pelajar pintar itu mudah difahami oleh gurunya yang mengajar dalam tempoh masa yang singkat
Pelajar yang lemah itu mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya
Pelajar yang pintar itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh gurunya
Pelajar yang pandai itu mengambil masa yang lama untuk memahi pelajaran yang disampaikan oleh gurunya
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Sikap berhati-hati perlu diutamakan oleh penunggang-penunggang motosikal ketika berada di jalan raya.
Penunggang-penunggang motosikal mestilah berhemat di jalan raya bagi mengelakkan kemalangan
Para penunggang motosikal haruslah berhati-hati jika ingin menunggang di jalan-jalan utama
Semasa berada di jalan raya penunggang-penunggang motosikal harus lebih berhati-hati
Utamakanlah keselamatan diri dan berhati-hatilah ketika menunggang motosikal di jalan raya
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Spesies flora dan fauna semakin pupus akibat penebangan hutan yang berleluasa di negara kita.
Spesies flora dan fauna sudah pupus disebabkan berleluasanya penebangan pokok di negara kita
Di negara kita penebangan hutan yang berleluasa telah menyebabkan kepupusan spesies flora dan fauna
Di negara kita telah berlaku penebangan hutan maka secara berleluasa berlakulah kepupusan flora dan fauna
Penebangan hutan di negara kita membawa impak kepada kekurangan spesies flora dan fauna secara berleluasa
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Kehalusan dan keindahan batik Malaysia yang menjadi lambang daya kreativiti masyarakat di negara ini berjaya menarik perhatian para pelancong.
Batik Malaysia yang melambangkan kreativiti masyarakat telah mampu memberi perhatian para pelancong akan kehalusan dan keindahannya
Batik Malaysia yang melambangkan identiti masyarakat Malaysia yang halus dan indah kini mampu menarik minat para pelancong
Para pelancong tertarik dengan kehalusan dan keindahan batik Malaysia yang melambangkan daya kreativiti masyarakat di negara ini
Masyarakat di Malaysia telah berusaha menarik perhatian para pelancong dengan menghasilkan batik yang halus dan indah buatannya
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Puan Saodah selamat kembali ke tanah air selepas kira-kira dua bulan setengah menjalani rawatan lanjutan kanser tulang di luar negara.
Selepas merawat pesakit kanser tulang lebih kurang dua bulan setengah di luar negara, Puan Saodah selamat kembali ke tanah air
Puan Saodah selamat menjalani rawatan susulan penyakit kanser di luar negara kira-kira dua bulan setengah
Selepas dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di tanah air
Selepas lebih kurang dua bulan setengah Puan Saodah di luar negara untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser tulang yang dihidapinya, kini beliau selamat kembali di Malaysia
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir.
Hujan dijangka turun pada petang esok mengikut ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca.
Petang esok Jabatan Kaji Cuaca akan meramalkan keadaan hujan
Jabatan Kaji Cuaca meramalkan bahawa hujan akan turun pada petang esok
Pada petang esok, Jabatan Kaji Cuaca akan mengeluarkan ramalan tentang hujan
Ramalan hujan pada petang esok, akan dikeluarkan oleh Jabatan Kaji Cuaca
