WorksheetsLatihan Tatabahasa Tahun 4
Total questions: 30
Worksheet time: 23mins
Kebanyakan penduduk di Kampung Tindai bekerja sebagai _______________ getah.
petani
pesawah
penoreh
penternak
Fadila membaca buku di _______________ bacaan sementara menunggu ayahnya datang.
stor
kantin
padang
pondok
________________ yang menarik dan bertenaga itu telah berjaya menambat hati para juri.
Tarian
Lukisan
Masakan
Nyanyian
Monyet itu bergayut lalu mengambil sebiji _______________ yang dihulurkan oleh pengunjung zoo.
tebu
bendi
pisang
timun
Pada setiap pagi Isnin, ketua pengawas akan menaikkan ________ ketika lagu Negaraku dinyanyikan.
jalur gemilang
Jalur Gemilang
Jalur gemilang
jalur Gemilang
Kakak terjaga daripada tidur apabila _____________ mengiau dengan kuatnya.
Si comel
si Comel
si comel
Si Comel
Perpindahan ______________ ke sekolah lain amat menyedihkan kami.
cikgu Siti Azni
cikgu siti azni
Cikgu Siti Azni
Cikgu siti azni
Jason mencari makna kata di dalam _________ dengan tekunnya.
kamus dewan
Kamus Dewan
Kamus dewan
kamus Dewan
Pilih ayat yang betul.
Model terbaharu perodua Axia mendapat sambutan hangat daripada para pembeli.
Puan Rosiah amat berpuas hati dengan baju-baju yang dijahit oleh puan hasnah.
Doktor lim ji yeon sedang merawat pesakit yang mengalami kecederaan pada kakinya.
Penduduk Taman Desa Jaya bergotong-royong mengadakan sukaneka.
"Cikgu, ____________ tidak dapat menghadiri program esok kerana akan menyertai hari keluarga," kata Ain dan adiknya.
mereka
saya
dia
kami
Kami sedang mencari jalan untuk mengatasi masalah _________.
ini
sana
sini
situ
Saya baru sahaja berpindah ke _______ dua minggu yang lalu.
ini
itu
sini
sana
Pilih ayat yang betul.
I Pasu-pasu bunga situ diletakkan oleh kakak di tepi pagar.
II "Beta mahu semua kerja disiapkan sebelum pagi esok," arah Datuk Jalil.
III Ibu menyambut kepulangan kami dengan senyuman.
IV Mereka tidak melepaskan peluang menaiki kereta kabel ketika bercuti di sana.
I dan II
II dan III
I dan IV
III dan IV
Nazira memetik beberapa _______ bunga mawar di taman bunga.
helai
rumpun
potong
kuntum
Pak Halim mengasah dua _______ sabit yang sudah tumpul.
laras
bilah
pucuk
batang
Zarina ________ beberapa pucuk surat ke dalam peti pos.
mengisikan
memasukkan
mengambilkan
menghulurkan
Zhin Lee _______ tiga ekor arnab dan dua ekor anjing.
menjaga
merawat
mengasuh
memelihara
Qaira hanya ________ apabila ditegur oleh abangnya.
terjerit
tersedar
tersengih
terganggu
Abang akan _______ motosikal kesayangannya pada setiap minggu.
mencuci
mengasah
menjirus
menyiram
Pisau yang tumpul itu _______ oleh ayah sehingga tajam.
diukir
digilap
diasah
dilentur
Makanan yang banyak itu tidak ______ oleh kami.
terjamu
tertelan
termakan
terkunyah
Zara melihat pelbagai lukisan yang ________ di dalam galeri seni itu.
dilekatkan
ditampilkan
ditonjolkan
dipamerkan
Mak Cik Ramlah terlalu ______ akan anaknya yang berada jauh di negeri orang.
ragu
rindu
sedih
kecewa
Geena sampai ______ ke majlis itu kerana keretanya rosak.
lama
lambat
silam
singkat
Vijay _______ Hakim berjumpa dengan Cikgu Rachel di bilik guru.
dan
atau
jika
tetapi
Rita telah kematian ayah _______ dia kecil lagi.
dan
sejak
atau
kecuali
Majlis pernikahan Abang Farhan bermula ______ pukul 10.00 pagi.
di
dari
daripada
pada
Pilih ayat yang betul.
Saya tidak ketua pasukan ragbi sekolah ini lagi.
Ayah bukan memarahi kami tanpa alasan yang kukuh.
Beliau bukan tetamu kehormat yang kita tunggu-tunggu itu.
Kami bukan tahu apa-apa yang berlaku semalam.
Shahila menunggu Julia dari pukul ________ petang lagi.
empat
keempat
satu perempat
keempat-empat
Kami membantu ayah membersihkan halaman rumah.
Pilih perkataan sinonim bagi membantu.
merawat
menolong
mengambil
merancang
