NEW
Font size
WorksheetsLatihan Kata Sinonim : Kata Sama Makna (4 NILAM)
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar. (mekar)
kuncup
kembang
hidup
Puan Roslina merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan. (tabah)
cekal
berani
gentar
Ketika fajar menyingsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari kampung itu. (fajar)
petang
malam
subuh
Musang ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam. (terang)
sepi
nyata
jelas
Puan Aina amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya. (risau)
takut
sedih
khuatir
Encik Atan menyuarakan pendapatnya dengan suara yang lantang dalam mesyuarat itu. (lantang)
kuat
padu
cepat
Puan Robeah sedang menanam pokok bunga di halaman rumahnya. (halaman)
anjung
pekarangan
belakang
Ayah mengherdik adik kerana bermain di tempat kotor. (mengherdik)
memujuk
mengusir
membentak
Zaki memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam. (melulur)
menelan
mematuk
memakan
Encik Fitri menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya. (amanat)
wasiat
arahan
utusan
Keluarga Alisha memberikan dorongan kepadanya untuk berjaya. (dorongan)
sumbangan
cadangan
galakan
Encik Zamudin sekeluarga akan berhijrah Pulau Pinang pada bulan hadapan. (berhijrah)
beralih
berpindah
bertandang
Muhamad membantai kucing hitam itu dengan sebatang penyapu. (membantai)
menghentak
memukul
mengetuk
“Kalau tiada aral, saya akan ke rumah Pak Ngah minggu depan,” kata Alif. (aral)
urusan
halangan
sekatan
Cikgu Amirul mendesak Dania supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. (mendesak)
memaksa
merungut
menyuruh
Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. (iktibar)
keputusan
contoh
pengajaran
Kelahiran cahaya mata pertama Encik Husni dengan Puan Sue itu diharapkan dapat membawa rahmat kepada keluarganya. (rahmat)
restu
hutang
berkat
Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca. (cetek)
tohor
ketat
sempit
Tingkap rumah mewah itu diperbuat daripada kayu cengal manakala langsirnya pula diperbuat daripada kain yang diimport. (langsir)
tirai
lelangit
jendela
Badan Pak Din lencun oleh peluh. (lencun)
hapak
kering
kuyup
