Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Jenis Ayat Tahun 3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tunggal.

a)

Encik Ramlee seorang guru.

b)

Burung-burung sedang terbang sambil berkicau.

c)

Aileen berasa gembira kerana melihat hidupan liar semasa mendaki bukit.

d)

Adik dan abang suka minum susu kambing.

2.

"Rasimi sekeluarga berkunjung ke Hutan Simpan Kota Damansara kerana mereka ingin beriadah."

Ayat ini ialah ayat....

a)

Ayat Tunggal

b)

Ayat Majmuk

c)

Ayat Tanya

d)

Ayat Seruan

3.

Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih sehingga menjadikannya ayat baharu.

Antara berikut, mana satu ialah AYAT MAJMUK?

a)

Baju itu kelihatan sangat kotor.

b)

Baju yang kotor itu belum dicuci.

c)

Rasimi mengotorkan baju itu.

d)

Siapakah yang mengotorkan baju ini?

4.

Antara berikut, mana satu ayat ialah AYAT TUNGGAL?

a)

Puan Zainah sedang membeli-belah di pasar raya.

b)

Adik Ali yang tinggi itu belajar di SJK(C) Han Ming.

c)

Dewan itu telah dipenuhi oleh para guru dan murid.

d)

Encik Roslee seorang guru yang berbakat dalam bidang muzik.

5.

"Kita mesti menjaga kebersihan diri."

(Ayat Tunggal)

a)

Betul

b)

Salah

6.

Saya akan membantu kawan saya jika saya berkemampuan.

(Ayat Tunggal)

a)

Betul

b)

Salah

7.

Antara berikut, mana satu ayat ialah AYAT PENYATA?

a)

Jangan memanjat pokok itu.

b)

Wah, cantiknya pemandangan di sini!

c)

Sekarang pukul berapa?

d)

Kanak-kanak di tadika itu suka membaca buku.

8.

"Cis, televisyen ini rosak lagi!" kata Encik Loh kepada isterinya.

--- Dialog di atas mengandungi ayat apa?

a)

Ayat Penyata

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Majmuk

d)

Ayat Seruan

9.

Jangan berenang di sungai itu!

a)

Ayat Seruan

b)

Ayat Perintah

c)

Ayat Penyata

d)

Ayat Tanya

10.

Pilih AYAT PERINTAH yang betul.

a)

Awak tolong tutup pintu itu.

b)

Kamu tolong jangan bising.

c)

Tolong tutup pintu itu.

d)

Harap fahamlah saya kamu semua.