wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Bahasa (Set 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Para pelajar dilarang berbuat bising di dalam kelas supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran

a)

Para

b)

berbuat

c)

supaya

d)

Tiada kesalahan

2.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Ibu sedang memasak rendang ayam daging untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri.

a)

rendang ayam daging

b)

dihidangkan

c)

berkunjung

d)

Tiada kesalahan

3.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Hotel Primula menghadiahkan kek berupa Menara Berkembar Petronas kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan hari pertabalan baginda.

a)

menghadiahkan

b)

sempena

c)

pertabalan

d)

Tiada kesalahan

4.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Dengan keyakinan diri yang tidak berbelah bahagi Yusri bertekad untuk mencatat masa yang terpantas sekali dalam acara 100 meter nanti.

a)

Dengan

b)

berbelah bahagi

c)

terpantas

d)

Tiada kesalahan

5.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Juru-jurujual itu sedang giat mempromosikan barangan terkini keluaran syarikat mereka.

a)

Juru-jurujual

b)

mempromosikan

c)

keluaran

d)

Tiada kesalahan

6.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Sampai sekarang Pak Said masih ingat peristiwa pahit maung yang ditempuhinya semasa penjajahan Jepun dahulu.

a)

Sampai

b)

ingat

c)

pahit maung

d)

Tiada kesalahan

7.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Irshad merasa bersalah kerana selama ini dia menyalahkan Nabil atas kehilangan buku rujukannya.

a)

merasa

b)

menyalahkan

c)

kehilangan

d)

Tiada kesalahan

8.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Beberapa minggu yang lalu, pihak berkuasa merampas berkotak mercun yang dibawa masuk ke negara ini kerana semuanya tiada permit.

a)

Beberapa

b)

berkotak

c)

semuanya

d)

Tiada kesalahan

9.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Harap anak-anak jangan bermain di sini, sebaliknya sila bermain di padang kerana kawasan ini berbahaya.

a)

Harap

b)

jangan

c)

sila

d)

Tiada kesalahan

10.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Pemandangan di Pulau Sipadan sungguh indah manakala airnya jernih hingga keadaan dasar lautnya dapat dilihat dengan jelas.

a)

indah

b)

jernih

c)

jelas

d)

Tiada kesalahan

11.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Tindakan syarikatnya mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk melabur dalam skim Internet tidak dipersetujui oleh Encik Aidil sejak dari awal lagi.

a)

untuk melabur

b)

dipersetujui

c)

sejak dari

d)

Tiada kesalahan

12.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Para pemain itu akan didenda jika sekiranya mereka tidak menghadiri sesi latihan pada petang ini.

a)

akan

b)

sekiranya

c)

menghadiri

d)

Tiada kesalahan

13.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Peserta-peserta dalam pertandingan perbahasan pada peringkat kebangsaan itu saling bertukar pandangan tentang masalah alam sekitar.

a)

dalam

b)

pada

c)

saling bertukar

d)

Tiada kesalahan

14.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Tandatangan penjaga perlu diperolehi sebelum murid-murid dibenarkan menyertai lawatan anjuran pihak sekolah.

a)

diperolehi

b)

dibenarkan

c)

anjuran

d)

Tiada kesalahan

15.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Walaupun tidak berbuat jahat tetapi dia tetap dituduh mencuri kerana dia adalah bekas banduan.

a)

berbuat

b)

dia

c)

adalah

d)

Tiada kesalahan

16.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Pertandingan akhir bola sepak di antara sekolah akan bermula dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 3.00 petang ini.

a)

di antara

b)

dari

c)

hingga

d)

Tiada kesalahan

17.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Salah satu daripada tanggungjawab guru ialah untuk memastikan bahawa para pelajar menjadi orang yang berguna.

a)

daripada

b)

ialah

c)

bahawa

d)

Tiada kesalahan

18.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Sambil membebel Puan Zaharah menunjukkan cara-cara mengukus puding karamel kepada para penonton Rancangan Saji.

a)

membebel

b)

menunjukkan

c)

mengukus

d)

Tiada kesalahan

19.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Cikgu Suhaimi membawa tiga batang joran, dua butir mata kail dan beberapa ekor katak untuk dijadikan umpan semasa pertandingan memancing nanti.

a)

batang

b)

butir

c)

ekor

d)

Tiada kesalahan

20.

Tentukan kesalahan pada ayat berikut atau tandakan tiada kesalahan jika ayat berikut tiada kesalahan.


Oleh kerana Hakimi sering tidak membuat kerja sekolah, dia dibawa berjumpa dengan guru disiplin.

a)

Oleh kerana

b)

sering

c)

dengan

d)

Tiada kesalahan