NEW
Font size
Worksheetssumber syariah
Total questions: 10
Worksheet time: 3mins
Al-Qur'an dan Hadith merupakan sumber rujukan Syariah Islamiah yang utama kerana sebab-sebab berikut kecuali:
Al-Qur'an dan Hadith mempunyai kebenaran yang mutlak
kandungan al-Qur'an dan Hadith merangkumi semua aspek kehidupan.
Al-Qur'an dan Hadith bersifat setempat dan sesuai untuk sesuatu bangsa
Ajaran al-Qur'an dan Hadith sesuai diamalkan sepanjang masa dan tempat
Apakah sumber ketetapan hukum yang menghubungkan hukum yang tidak ada kepada hukum yang ada kerana persamaan illat(sebab).....
al-Ijma'
al-Hadith
al-Qias
al-Qur;an
Berikut adalah sumber Syariah Islamiah yang disepakati mengikut urutan keutamaan.
al-Qur'an, al-Hadith, al-Qias dan al-Ijma'
al-Qur'an, al Qias, al-Ijma' dan al-Hadith
al-Qu'an,al-hadith, al-Ijma' dan al-Qias
al-Ijma',al-Hadih,al-Qias dan al-Qur'an
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"sesiapa yang berijtihad dan benarlah ijtihadnya, maka dia akan mendapat dua pahala kebajikan, jika salah ijtihadnya, maka ia mendapat satu kebajikan"...
Hadith di atas menjelaskan bahawa umat Islam dibenarkan melakukan Ijtihad untuk mencari penyelesaian hukum syarak dalam masyarakat. Apakah yang dimaksudkan dengan Ijtihad?
Usaha ulama' mujtahidin mengeluarkan sesuatu hukum berteraskan al-Qur'an dan hadith Rasulullah saw.
usaha umat Islam mengeluarkan sesuatu hukum syarak berteraskan.
usaha sesiapa sahaja dalam kalangan umat Islam mengeluarkan hukum syarak berasaskan al-Qur'an dan Hadith.
usaha ulama' mujtahid mengeluarkan hukum berteraskan pemikiran dan kepakaran mereka.
Berdasarkan penyataan berikut, manakah di antara berikut perkara furu' iaitu salah satu daripada rukun al-Qias.
"hukum meminum air ketum adalah haram seperti meminum arak kerana boleh memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal berpandukan kepada hadith Rasulullah saw yang bermaksud: "setiap yang memabukkan itu adalah haram"
Hadith
Arak
Air daun ketum
Haram
"Hadith palsu yang dicipta oleh seseorang atau jamaah dan mendakwa ianya adalah sabda Rasulullah saw."
penyataan di atas merujuk kepada hadith berikut:
Hadith Ahad
Hadith Maudu'
Hadith Da'if
Hadith Hasan
Mujtahid ialah:
kefahaman tentang hukum fiqah
keputusan yang diputuskan oleh mahkamah
suatu usaha yang dilakukan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan hukum
ahli hukum Islam yang memutuskan sesuatu hukum berasaskan al-Qur'an dan hadith serta pendapatnya sendiri
Pilih peringkat penurunan al-Qur'an yang betul
Dari Allah diturunkan ke Baitul Izzah kemudian ke Luh Mahfuz dan dibawa oleh Jibril kepada Rasulullah saw mengikut perintah Allah.
Dari Allah diturunkan ke Luh Mahfuz kemudian ke Baitul Izzah dan dibawa oleh Jibril kepada Rasulullah saw mengikut perintah Allah.
Dari Allah terus diambil oleh Jibril dan diletakkan di Baitul Izzah untuk disampaikan kepada Rasulullah saw mengikut perintah Allah.
Dari Allah terus diambil oleh Jibril disimpan di Luh Mahfuz dan disampaikan kepada Rasulullah saw mengikut perintah Allah.
Siapakah sahabat yang dipilih oleh Saidina Uthman sebagai ketua pasukan penulis al-Qur'an.
Zaid bin Harithah
Zaid bin Musayyab
Zaid bin Said
Zaid bin Thabit
Pilih kenyataan yang paling tepat mengenai bentuk Hadith Rasulullah saw
Qauliyyah, Fi'liyyah dan Usuliyyah
Qauliyyah, Taqririyah dan Amaliyah
Qauliyyah, i'tiqadiah dan Fi'liyyah
Qauliyyah, Fi'liyyah dan Taqririyah
