NEW
Font size
WorksheetsPendidikan Moral Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Apabila Mei Ling dituduh mencuri buku kawannya, dia sanggup mempertahankan _______________ dengan memberikan bukti-bukti yang nyata.
maruah diri
perasaan diri
muka diri
anggota diri
Semasa menghadiri sesuatu upacara keagamaan, kita perlu ______________.
berucap
beradab sopan
berinteraksi
tidak peduli
Tuak yang biasanya dijamu semasa pelawat melawat ke rumah panjang boleh ditukar kepada minuman jenis lain untuk menjaga ________________ masyarakat beragama lain.
kesihatan
keadaan
sensitiviti
toleransi
John Bart bertukar-tukar hadiah dengan anggota keluarga lain pada _______________ .
Hari Thaipusam
Hari Deepavali
Hari Ponggal
Hari Krismas
Upacara pengkebumian penganut agama lain perlu difahami dan ______________ walaupun ritualnya berbeza dan kadang kala bercanggah dengan amalan agama kita.
dihormati
dikeji
dipulau
dihina
Mirul ______________ dengan kesesakan lalu lintas semasa perayaan Thaipusam di Batu Cave.
geram
bertoleransi
protes
marah
Sugumaran hanya makan nasi dan sayur-sayuran pada hari Selasa dan Jumaat. Amalan ini dilakukan oleh segolongan penganut agama ______________
Islam
Kristian
Buddha
Hindu
Lee Chong______________ berjumpa dengan Guru Besar untuk menerangkan kedudukan dirinya yang tidak bersalah dalam kes kecurian di kantin sekolah.
rela
dipaksa
tidak mahu
susah
Kita perlu berbudi pekerti _____________ apabila bergaul dengan anggota keluarga, rakan dan jiran.
mesra
adil
tinggi
rendah
Sekiranya kita menyayangi diri kita, kita akan mengamalkan gaya hidup yang ____________.
mewah
bebas
sihat
tersendiri
Walaupun fesyen pakaian selalu berubah pada masa ini, kita perlu memakai pakaian yang sesuai mengikut masa dan _______________.
warna
jenama
minat
tempat
Apabila kita berpakaian secara sederhana, ini akan mencerminkan ___________ kita.
peribadi
kecantikan
kekayaan
sikap
Murid-murid yang menghadapi masalah keluarga sepatutnya ______________.
lari dari rumah
memarahi ibu bapa di rumah
berbincang dengan ibu bapa tentang masalah yang dihadapi
memberitahu kawan-kawan tentang tingkah laku anggota keluarganya.
Ramlan dan Amin____________ seorang warga emas yang terjatuh kerana terpijak kulit pisang.
membiarkan
melihat
ketawa
menolong
Masyarakat kampung Durian Runtuh__________ membersihkan sebatang sungai yang telah dicemari dengan tumpahan minyak di kampung itu.
bergaduh
berpeluk tubuh
bergotong-royong
berbual
