NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU 13/7/2020
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kadar inflasi negara kita semakin meningkat ekoran daripada______________harga barang
kenaikan
kemasukan
kedatangan
kemunculan
Dua orang anggota Persatuan Bulan Sabit Merah sedang_______________pemain bola sepak yang cedera itu keluar dari padang.
memikul
menjinjing
mendukung
mengusung
Filem terbaharu arahan pengarah muda itu pasti akan mendapat sambutan _______________daripada para penggemar filem komedi.
hangat
luas
tinggi
pantas
Pengawai yang disyaki _______________itu sedang disoal oleh Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
makan hati
makan gaji
makan suap
makan angin
Pelbagai kemudahan telah kerajaan sediakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara kita ini.
Pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan
Pelbagai kemudahan kerajaan telah disediakan
Pelbagai kemudahan telah sediakan oleh kerajaan
Pelbagai kemudahan telah kerajaan sediakan
Seorang pengadil dalam sesuatu perlawanan haruslah membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Jika tidak, dia akan dikatakan____________________________
bagai duri dalam daging
bagai limau masam sebelah
seperti labu di atas tunggul
umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi.
Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa seperti yang digambarkan dalam situasi di atas ialah
melakuka kerja dengan gembiranya
bersungut tentang sesuatu yang sudah siap dilakukan
seseorang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain
memberikan nasihat tetapi tidak diterima oleh orang yang mendengarnya
"Saya hendak_________________ekspedisi ke Gunung Jerai yang akan diadakan pada minggu depan," kata Ayuna kepada San Yee
menghadiri
menyertai
mengawasi
mendatangi
Kakak_______________tikar mengkuang di ruang tamu rumah nenek setelah dia selesai menyapu sampah.
menebarkan
membesarkan
menerbangkan
membentangkan
Cerita seram yang akan ditayangkan di pawagan itu bukan cerita___________________semata-mata tetapi diadaptasikan daripada kisah benar.
rekaan
tiruan
buatan
gubahan
Ketika kami bermain layang-layang di tepi sawah, _______________kami terdengar suara itu memanggil kami pulang.
samar-samar
balam-balam
nyaris-nyaris
sayup-sayup
Puan Hayati mengingatkan anaknya supaya sentiasa mengenang budi Pak Cik Malik yang banyak membantu mereka sekeluarga ketika mereka hidup susah
(Semua peribahasa yang berikut sesuai bagi menggambarkan situasi di atas, KECUALI)
hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang mulutnya
hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati.
Pak Husin dapat menyiapkan tujuh buah bakul rotan sehari berkat ketekunan dan kerajinannya kerana sikapnya yang ibarat
ikan dalam belat
anai-anai makan kayu
si kudung beroleh cincin
kiambang di air, akarnya tidak di jejak di bumi
Perselisihan yang timbul baru-baru ini telah____________________ hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu.
mengeruhkan
mengotorkan
melunturkan
melucutkan
Anggota pengakap itu _________________air dengan menggunakan tin.
mengukus
merebus
menanak
menjerang
Adriana selalu teringat______________________kenangan sewaktu bercuti di perkampungan nelayan itu.
akan
dengan
kepada
terhadap
Biskut kepala di atas meja itu menjadi_____________________kerana dibiarkan begitu sahaja.
layu
lemau
lembap
lembik
Ikan pulang ke lubuk
(Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah......)
sikap merendah diri
pulang ke tempat asal
menurut adat dan aturan di tempat yang didiami
orang yang dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan
Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu kerja separuh jalan sahaja, sebaliknya kerja itu perlu dilakukan hingga selesai. Jika tidak, kita akan dikatakan........................
seperti rumput di tepi jalan
seperti kera mendapat bunga
bagai melepaskan batuk di tangga
bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
"Saya mahu__________________beratur di dewan sekarang,"arah Cikgu Hazami kepada murid-murid Tingkatan Tiga Arif.
engkau
mereka
kalian
kita
Ibu_____________________tepung gandum itu untuk membuat kuih kegemaran ayah.
menguli
mengadum
menggentel
menebar
Bangunan itu sudah lama tetapi masih___________________struktur binaannya.
tegak
teguh
gagah
tahan
Setiap peserta kursus itu diberi sijil penyertaan sebagai menghargai ____________________mereka dalam kursus itu.
kehadiran
keinginan
kedatangan
kemunculan
Kami berasa sedih apabila ada orang yang memperkatakan hal keluarga Aminah kerana dia ialah sahabat baik kami bak kata orang.......................
condong ditumpil, lemah dianduh
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
carik--carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit juga
Peribahasa yang berikut berkaitan dengan perlunya kita berfikir sebelum melakukan suatu tindakan, KECUALI..........
awal dibuat,akhir diingat.
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
ada ubi ada batas, ada masa dapat dibalas
berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.
Pembinaan_________________yang merentas Semenanjung Malaysia dari utara ke selatan telah memudahkan perhubungan antara negeri.
lebuh raya
jalan pintas
lalu lintas
jalan raya
Sekumpulan murid lelaki sedang menjalani latihan_______________di padang bola dengan seorang jurulatih.
polo air
bola sepak
bola jaring
sepak takraw
Kerja-kerja ______________minyak di perairan negara dilakukan oleh Syarikat Petroliam Nasional Berhad
mencari gali
menguji kaji
mengubah suai
mengambil alih
Pandangan Pak Hamid hanya kabur pada waktu malam kerana dia _________________sejak lima tahun yang lalu.
rabun jauh
rabun dekat
rabun warna
rabun ayam
Tarmizi________________menyertai pertandingan bola sepak itu walaupun baru sembuh daripada tergeliat.
besar hati
patah hati
bulat hati
buah hati
Sebahagian daripada_______________syarikat yang menghadapi masalah kewangan itu ditawarkan skim berhenti sukarela.
pesuruhjaya
setiausaha
kakitangan
jawatankuasa
Puan Rogayah ________________sekampit keras di pasar.
membeli
memborong
meminta
mengambil
Tiang rumah Pak Wahid reput kerana dimakan oleh__________________________.
anai-anai
kupu-kupu
labah-labah
patung-patung
Swee Leng berasa_______________ketika mengambil keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini.
cuak
kekok
risau
ganjil
Borhan ketawa_________________________semasa menonton filem Melayu yang bertajuk "Pendekar Bujang Lapok" lakonan Allahyarham P.Ramlee.
terkial-kial
tersipu-sipu
terbahak-bahak
berdehem-dehem
Puan Hasni sedang menyiapkan gubahan bunga untuk majlis perkahwinan yang________________oleh pelanggannya.
dibeli
diarah
diminta
ditempah
Setelah menikmati sarapan_________________di restoran itu, mereka pun mula bermain__________________sehingga petang.
spageti....snuker
spaghetti....snuker
spageti....snooker
spaghetti....snooker
Pihak penganjur majlis itu telah menyediakan sebuah_______________berupa replika seekor burung______________yang sedang mengembangkan sayapnya.
cenderamata....garuda
cendera mata....garuda
cenderamata....geroda
cendera mata...geroda
Kumari terpaksa menunggu keputusan ___________________selama dua minggu sebelum dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
temu mata
temu duga
temu bual
temu ramah
Industri ________________di bandar itu telah berjaya menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat sehingga mampu meningkatkan _________________kehidupan mereka.
automobil...taraf
otomobile...tahap
automobile...taraf
otomobil...tahap
