wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bijak Bahasa (Set 3)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berikut.


Juliana sering menangis kerana terpaksa berpisah dengan sahabat baiknya. Hubungan mereka seperti adik-beradik sejak dahulu lagi. Mereka selalu bersama-sama ke mana-mana sahaja mereka pergi dan tidak pemah berpisah.


Apakah peribahasa yang sesuai dengan pemyataan di atas?

a)

Seperti bulan dengan matahari

b)

Seperti anjing dengan kucing

c)

Seperti cincin dengan permata

d)

Seperti beliung dengan asahan

2.

Bagai lebah menghimpun madu.


Peribahasa di atas mengajar kita supaya

a)

hendaklah rajin bekerja dan tekun berusaha untuk mencapai cita-cita

b)

jangalah mengambil sesuatu lebih banyak daripada apa-apa yang diminta

c)

hendaklah bermanis muka ketika berbicara dengan orang yang lebih tua

d)

janganlah melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapat pujian orang lain

3.

Pak Kamis selalu mementingkan diri sendiri. Dia tidak disukai oleh penduduk kampung kerana hanya sentiasa memikirkan kepentingan dirinya sendiri tanpa menghiraukan hal orang lain.


Peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas adalah

a)

bagai gergaji dua mata

b)

bagai enau dalam belukar

c)

bagai api dalam sekam

d)

bagai kaduk naik junjung

4.

Masyarakat yang hidup bersatu padu akan membentuk kehidupan yang lebih aman dan sejahtera tetapi jika sebaliknya berlaku, masyarakat akan berpecah belah.


Peribahasa yang berikut berkaitan dengan situasi di atas kecuali

a)

bukit sama didaki, lurah sama dituruni

b)

bagai isi dengan kuku

c)

bersatu teguh bercerai roboh

d)

bagai aur dengan tebing

5.

Bagai tikus membaiki labu


Peribahasa di atas menasihati kita supaya tidak

a)

bersikap memandai-mandai jika tidak tahu akan sesuatu

b)

mencuba membuat sesuatu yang tidak memalukan

c)

menyembunyikan kebolehan yang dimiliki

d)

mengambil tahu tentang hal orang lain

6.

Peribahasa tiada beban batu digalas bermaksud

a)

menolong orang yang tidak tahu membalas budi

b)

sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri

c)

hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan

d)

mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang

7.

Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.


Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.


Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah

a)

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

b)

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata

c)

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

d)

rumah siap pahat berbunyi

8.

"Pandai-pandailah kamu membawa diri di tempat orang nanti, kerana lain padang lain belalangnya”pesan emak kepada Abang Long yang berpindah ke tempat baharu.


Peribahasa yang bergaris bermaksud .....

a)

setiap tempat, berbeza-beza ragam penduduknya

b)

setiap tempat, ada adat yang diamalkan

c)

setiap tempat, berbeza-beza adatnya

d)

setiap tempat, ada penduduknya

9.

Lelaki itu tidak mempedulikan jirannya yang susah walaupun dia mempunyai wang untuk disedekahkan. Sifat lelaki itu dikatakan bagai

a)

rambut sama hitam, hati lain-lain

b)

melepaskan anjing tersepit

c)

enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

d)

durian dan mentimun, menggolek kena, kena golek pun kena

10.

Buat kerja biarlah sampai selesai


Manakah antara peribahasa berikut yang bertepatan dengan maksud di atas?

a)

Alang berjawab, tepuk berbalas

b)

Alang-alang berminyak biarlah licin

c)

Biar berputih tulang jangan berputih mata

d)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

11.

Aril benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

12.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji peiajarannya.


Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas jalah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-aiang berdakwat biar hitam

d)

pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air

13.

Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.


Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

c)

pucuk dicita ulam mendatang

d)

pungguk merindukan bulan

14.

Pepatah di bawah menyatakan kepentingan budi dalam kehidupan kecuali

a)

hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

b)

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

c)

hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

d)

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

15.

"Zarul, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung," kata Encik Haris kepada anaknya.


Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

a)

menangguk di air keruh

b)

sebelum ajal berpantang mati

c)

sudah terhantuk baru terngadah

d)

menarik rambut di dalam tepung