wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Harmoni, Kontra, Penegasan

Total questions: 25

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Prinsip harmoni berkait rapat dengan _____________

a)

penyatuan objek

b)

penyusunan objek

c)

percanggahan idea

d)

penumpuan unsur seni

2.

Unsur yang boleh menimbulkan kesan keselesaan, keseragaman, ketenangan dan kesatuan.

a)

Kontra

b)

Penegasan

c)

Harmoni

d)

Pergerakan

3.

Gambar berikut dapat memaparkan ciri harmoni.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Gambar berikut menunjukkan ciri harmoni pada ___________

a)

Alam semula jadi

b)

Objek buatan manusia

c)

Karya seni visual

d)

Rekaan corak

5.

Apakah fungsi prinsip harmoni?

a)

Mengelakkan kebosanan

b)

Menimbulkan tumpuan dan fokus

c)

Menimbulkan kesan kontra

d)

Memberi kesan tenang dan selesa

6.

Manakah antara berikut merupakan fungsi harmoni dalam sesebuah gubahan karya seni visual?

a)

Meningkatkan nilai estetik

b)

Meningkatkan kuantiti gubahan

c)

Meningkatkan prinsip penegasan

d)

Meningkatkan kesan kontra

7.

Kontra memberikan kesan __________ dalam gubahan karya.

a)

penegasan

b)

kesatuan

c)

harmoni

d)

keseragaman

8.

Bagaimanakah kesan kontra dihasilkan dalam gambar berikut?

a)

Kontra rupa

b)

Kontra warna

c)

Kontra bentuk

d)

Kontra garisan

9.

Pilih pasangan warna yang bersifat kontra.

a)

Kuning - Jingga

b)

Merah - Hijau

c)

Biru - Ungu

d)

Biru - Hijau

10.

Fungsi prinsip kontra adalah untuk menimbulkan kesan penegasan.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Apakah unsur seni yang diaplikasikan untuk menimbulkan kesan kontra dan penegasan?

a)

rupa

b)

bentuk

c)

warna

d)

garisan

12.

Kontra juga dikaitkan dengan _______________.

a)

penegasan

b)

harmoni

c)

imbangan

d)

kesatuan

13.

Pilihkan 3 fungsi kontra dalam sesuatu gubahan.

a)

Menjadikan gubahan lebih menarik

b)

Mengelakkkan kebosanan

c)

Memberi fokus dan tumpuan

d)

Memberi ketenangan

14.

Ciri-ciri harmoni yang jelas dapat menghasilkan ___________

a)

Jalinan

b)

kesatuan

c)

penegasan

d)

kepelbagaian

15.

Pilihkan 2 teknik yang betul dalam penghasilan karya yang harmoni.

a)

Pengulangan motif yang sama

b)

Susunan unsur seni dalam keadaan yang seimbang

c)

Perbezaan saiz

d)

Kepelbagaian garisan

16.

Gambar berikut menunjukkan kontra dari segi _______

a)

garisan

b)

rupa

c)

bentuk

d)

jalinan

17.

Apakah fungsi kontra dalam simbol berikut?

a)

Menimbulkan kesan harmoni

b)

Menarik perhatian

c)

Menonjolkan nilai estetik

d)

Mewujudkan keseimbangan

18.

Harmoni wujud apabila penyusunan unsur-unsur seni menghala ke arah yang bertentangan.

a)

Betul

b)

Salah

19.

Seni kraf tekat kelihatan harmoni kerana pengulangan olahan _________ yang sama.

a)

motif

b)

warna

c)

rupa

d)

hiasan

20.

Pilih 2 ciri kontra yang dapat dilihat pada badan kuda belang.

a)

Kontra garisan

b)

Kontra bentuk

c)

Kontra warna

d)

Kontra ruang

21.

__________ ialah suatu penumpuan unsur seni atau imej yang kelihatan lebih ketara.

a)

Harmoni

b)

Imbangan

c)

Penegasan

d)

Kesatuan

22.

Nyatakan 2 penegasan pada gambar berikut.

a)

Ilustrasi

b)

Warna jingga

c)

Tajuk poster

d)

Warna biru

23.

Teknik yang manakah digunakan untuk menghasilkan penegasan?

a)

Elemen yang kontra

b)

Warna yang harmoni

c)

Bentuk yang seimbang

d)

Unsur seni yang sama

24.

Apakah fungsi penegasan buah rambutan yang berwarna merah pada pohonnya?

a)

Kelihatan cantik

b)

Menarik perhatian

c)

Mengelakkan kebosanan

d)

Menimbulkan kepelbagaian

25.

Apakah fungsi penegasan dalam penghasilan poster?

a)

Mengimbangkan sesuatu keadaan

b)

Menimbulkan tumpuan dan fokus

c)

Menyepadukan unsur-unsur seni

d)

Mewujudkan kesan keseragaman