wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 3 KSSM SEJARAH (Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik)

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Gambar di berikut adalah pemimpin Jepun yang melancarkan Pembaharuan Meiji


Apakah kesan pembaharuan tersebut kepada Jepun? Ms 64

a)

Keruntuhan sistem pemerintahan feudal

b)

Kemasukan imigran beramai-ramai

c)

Kekuatan tentera diiktiraf dunia

d)

Kebangkitan penduduk tempatan

2.

Dalam perluasan kuasa di Asia Pasifik, pemerintah Jepun telah mewujudkan orde baharu Asia.


Apakah matlamat orde tersebut? Ms 64


I Mengembangkan kuasa tentera

II Mewujudkan kebebasan ekonomi

III Menyekat dagangan negara luar

IV Memperkenalkan sistem birokrasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Senarai berikut adalah kawasan ditakluki oleh Jepun yang mengamalkan dasar peluasan kuasa pada abad ke-20.


  • Korea
  • Manchuria
  • China


Apakah tindak balas pihak Bersekutu terhadap tindakan Jepun tersebut ? Ms 65

a)

Mengenakan sekatan ekonomi

b)

Mengawal kegiatan perisikan

c)

Menghapuskan institusi beraja

d)

Mengadakan propaganda

4.

Maklumat berikut merupakan tindakan Jepun untuk meluaskan kuasa pada 8 Disember 1941


2.15 pagi - Mendarat di Pantai Kuala Pak Amat, Kota Bharu


3.25 pagi - Menyerang Pearl Harbour


4.00 pagi - Mendarat di Singgora, Thailand


Apakah pengajaran daripada jadual di atas? Ms 67

a)

Bersatu untuk mencapai kemajuan

b)

Bekerjasama untuk kesejahteraan hidup

c)

Bijak merancang untuk mencapai matlamat

d)

Bertoleransi untuk keamanan negara

5.

Dasar Pendudukan Jepun Di Negara Kita


Gambar diatas adalah poster propaganda Jepun yang di gunakan ke atas Tanah Melayu.


Poster propaganda tentera Jepun tertera dalam

tulisan Jawi : ‘ Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun daripada aniaya’


Mengapakah orang Melayu terpengaruh dengan poster tersebut? Ms 68

a)

Bebas daripada penjajahan Barat

b)

Mengekalkan status quo Tanah Melayu

c)

Kecanggihan peralatan tentera Jepun

d)

Ketidakadilan pentadbiran British

6.

Apakah slogan yang digunakan oleh Jepun untuk memastikan sumber ekonomi mereka mencukupi? Ms 68

a)

Asia untuk Orang Asia

b)

Tugas Menyebarkan Tamadun

c)

Kemakmuran Asia Timur Raya

d)

Beban Orang Asia

7.

Peta berikut adalah lokasi di Tanah Melayu dan Singapura yang berjaya ditawan oleh tentera Jepun.

Apakah faktor-faktor tersebut? Ms 69

I  Bantuan golongan imigran  
II Bilangan tentera ramai 
III Semangat juang tinggi 
IV Strategi berkesan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut adalah perubahan bentuk pentadbiran Jepun di Asia Tenggara pada abad ke-20.


  • Pada peringkat awal Tanah Melayu digabungkan dengan Sumatera


  • Pada 1944 pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera di asingkan


Mengapakah berlaku perubahan tersebut? Ms 70

a)

Serangan daripada kuasa-kuasa besar

b)

Sejarah pentadbiran tempatan tidak sama

c)

Penentangan daripada rakyat tempatan

d)

Perjanjian damai antara kedua pihak

9.

Bagaimanakah pentadbiran Jepun mengatasi masalah kekurangan pegawai di Asia

Tenggara ? Ms 71

a)

Penubuhan Maahad II Ihya Assyariff

b)

Pembentukan Institusi Latihan Pemimpin Muda

c)

Membuka Institut Latihan Kemahiran Pentadbiran

d)

Mewujudkan Maktab Penguruan Sultan Idris

10.

Gambar di bawah adalah berkaitan novel yang diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.


Apakah mesej utama yang hendak disampaikan dalam karya tersebut? Ms 73

a)

Ketidakadilan pentadbiran

b)

Kemunduran masyarakat

c)

Kekejaman tentera

d)

Keruntuhan akhlak

11.

Pentadbiran Jepun telah menerapkan amalan menghormati kebudayaan Jepun dalam kalangan murid-murid di Tanah Melayu

Bagaimanakah Jepun melaksanakan amalan tersebut? Ms 72

I Penggunaan bahasa

II Perhimpunan mengadap Timur

III Tunduk tanda hormat

IV Peperiksaan awam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

12.

Senarai yang berikut merujuk slogan yang digunakan oleh pihak Jepun.


  • Semangat Asia
  • Asia untuk orang Asia
  • Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya


Apakah matlamat penggunaan slogan tersebut?

a)

Meluaskan Kuasa

b)

Menyatukan wilayah

c)

Menyebarkan ideologi

d)

Menamatkan penjajahan