wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI TINGKATAN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Peranan kerajaan dalam ekonomi ialah ...

a)

mencapai objektif makroekonomi

b)

mewujudkan monopoli semulajadi

c)

bertindak sebagai pengguna dan pengeluar

d)

mengawal selia pengeluar dan eksternaliti negatif

2.

Mengapakah Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semulajadi?

a)

A Dimiliki oleh sektor swasta

b)

B Mengenakan harga yang tinggi

c)

C Disenaraikan di Bursa Malaysia

d)

D Menanggung kos modal yang tinggi

3.

" Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 16 juta rakyat". Apakah kesan daripada peranan kerajaan di atas?

a)

Mengurangkan kadar pengangguran

b)

Meningkatkan kuasa beli masyarakat

c)

Menggalakkan pertumbuhan ekonomi

d)

Mengurangkan beban kewangan sektor swasta

4.

Jelaskan maksud barang sosial.

(a)  

5.

Antara berikut yang manakah adalah benar tentang konsep produktiviti dalam ekonomi?

a)

A Daya pengeluran yang cekap dengan meningkatkan pengeluaran secara optimum dengan kos yang minimum

b)

B Daya pengeluaran yang cekap dengan menggunakan

sumber ekonomi yang sedia ada

c)

C Keupayaan untuk menghasilkan output daripada

sejumlah input berubah yang sedia ada

d)

D Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan keluaran daripada sejumlah input yang sedia ada.

6.

"KLIA2 mulai beroperasi pada 2 Mei 2014 di Sepang" Antara yang berikut yang manakah faedah sosial yang dinikmati oleh penduduk di sekitarnya?

a)

Kadar pengangguran berkurangan

b)

Sumber pendapatan meningkat

c)

Permintaan barang meningkat

d)

Citarasa pengguna berubah

7.

Antara yang berikut, yang manakah akan menyebabkan

berlakunya masalah inflasi tarikan permintaan apabila ekonomi mencapai guna

tenaga penuh?

a)

A Kenaikkan cukai jualan

b)

B Kenaikkan harga barang import

c)

C Kenaikkan dalam kos pengeluaran

d)

D Kenaikkan dalam penawaran wang

8.

KUALA LUMPUR : seramai 54,103 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian masing-masing pada tahun lepas. Jumlah itu adalah berdasarkan kepada Sistem kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang menyaksikan 238, 187 siswazah menamatkan pengajian tahun lepas.

( Sumber : Berita Harian Julai 2017 )


Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan jenis pengangguran yang berkaitan dalam keratan akhbar di atas?

a)

Majikan mengambil masa yang lama dalam memilih pekerja baharu

b)

Perubahan struktur ekonomi yang banyak menggunakan jentera dan automasi

c)

Keadaan ekonomi yang lembap menyebabkan permintaan ke atas buruh berkurang

d)

Merupakan pengangguran jangka pendek dan berada pada

kadar 2% hingga 4%

9.

"Kerajaan telah memperuntukkan RM 5 bilion untuk membina dan penstrukturan semula hospital di Sabah dan Sarawak"

Apakah jenis perbelanjaan pembangunan tersebut?

a)

A Keselamatan

b)

B Pentadbiran Am

c)

C Perkhidmatan Sosial

d)

D Perkhidmatan Ekonomi

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan syarikat multinasional?

a)

Syarikat asing yang melabur dalam negara dan luar negara

b)

Firma besar yang mempunyai cawangan di beberapa buah negara

c)

Syarikat yang beroperasi dalam negara dan mempunyai cawangan dalam negara

d)

Firma besar tempatan yang melaksanakan usahasama dengan firma besar asing

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan faktor penggalak globalisasi.


· Pengecualian visa

· Pemberian visa semasa ketibaan


Mengapakah kerajaan melaksanakan polisi seperti di atas?

a)

Menggalakkan pendatang asing datang ke negara Malaysia

b)

Mengalukan kepakaran asing untuk menyumbang ekonomi Malaysia

c)

Meningkatkan para pelancong dari pelbagai negara mengunjungi Malaysia

d)

Melonggarkan kemasukan pelancong asing supaya pertumbuhan ekonomi meningkat

12.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan

kepentingan perdagangan antarabangsa?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Menggalakkan aktiviti lambakan

c)

Meningkatkan daya saing barang tempatan

d)

Menikmati barang dengan harga yang lebih murah

13.

Tindakan kerajaan Malaysia mengenakan pelbagai

sekatan perdagangan antarabangsa akan menjejaskan sedikit sebanyak hubungan

perdagangan dengan negara-negara pengimport.

Mengapakah kerajaan Malaysia bertindak demikian?

a)

A Meningkatkan permintaan ke atas barang keperluan

b)

B Meningkatkan hasil kerajaan melalui cukai eksport

c)

C Melindungi Industri Kecil dan Sederhana di luar bandar

d)

D Melindungi lambakan barangan import dalam pasaran tempatan

14.

Apakah faktor yang akan menyebabkan Imbangan Dagangan Malaysia cenderung menjadi positif?

a)

A Kerajaan menghantar lebih ramai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

b)

B Pelabur Malaysia meningkatkan jumlah pelaburan di luar negara

c)

C Peningkatan kemasukan pelancong asing sempena kempen Tahun Melawat Malaysia

d)

D Peningkatan nilai jumlah eksport barangan perkilangan Malaysia

15.

Berikut adalah perbelanjaan Cik Linda di London.

· Sepasang kasut -£120

· Sehelai baju -£140

Berdasarkan kadar pertukaran RM1= £0.17, berapakah RM yang telah dibelanjakan oleh Puan Linda.



(a)