wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

geografi tingkatan 2IBS

Total questions: 40

Worksheet time: 28mins

Name
Class
Date
1.

Lapisan bumi yang manakah merangkumi 2/3 Jisim bumi?

a)

Kerak bumi

b)

Teras luar

c)

Mantel

d)

Teras dalam

2.

Benua merupakan daratan yang luas di atas permukaan bumi, berapakah jumlah benua yang wujud pada masa ini?

a)

6

b)

7

c)

8

d)

9

3.

Antara berikut yang manakah merupakan arah mata angin utama?

a)

Barat daya

b)

Timur laut

c)

Selatan

d)

Tenggara

4.

Skala ialah ___________ jarak di atas peta berbanding dengan jarak __________ di atas permukaan bumi.

a)

pecahan, wakilan

b)

relatif, penyata

c)

nisbah, sebenar

d)

pecahan, penyata

5.

Antara berikut, yang manakah merupakan ciri pandang darat fizikal?

a)

Sungai

b)

Masjid

c)

Hospital

d)

Hutan

6.

Ciri pandang darat budaya merujuk kepada kawasan yang wujud hasil aktiviti manusia seperti pertanian, perlombongan, pelancongan, petempatan dan pengangkutan.


Ntayakan pernyataan di atas adalah BENAR ataupun PALSU

a)

BENAR

b)

PALSU

7.

Peredaran bumi mengelilingi matahari dalam orbitnya mengikut ________

a)

arah pusingan jam

b)

arah lawan pusingan jam

8.

Kejadian siang dan malam adalah kesan daripada

a)

Pergerakan bumi

b)

Peredaran bumi

c)

Putaran bumi

9.

Antara berikut yang manakah merupakan kesan putaran bumi?

a)

Perbezaan waktu tempatan

b)

Kejadian 4 musim

c)

Kejadian pasang surut

d)

Pembiasan angin lazim

10.

Fenomena gerhana bulan dan matahari adalah disebabkan kesan - kesan peredaran bumi. BETUL atau SALAH?

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

____________ berlaku apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang - bayang bulan melindungi bumi.

a)

Gerhana matahari

b)

Gerhana bulan

12.

Kenalpasti kejadian musim di kawasan beriklim sederhana

a)

Musim Bunga

b)

Musim Panas

c)

Musim Tengkujuh

d)

Musim Kemarau

13.
Arah atau hala sesuatu objek atau sesuatu tempat dari kedudukan pemerhati dikenal sebagai
a)
Rajah
b)
Peta
c)
Bearing
d)
Jangka sudut
14.
Apakah ciri yang mempunyai jarak kontur yang berselang-seli antara yang rapat dengan jarang?
a)
Cerun landai
b)
Tebing tinggi
c)
Cerun sekata
d)
Cerun bertangga
15.
Berikut adalah ciri-ciri bearing sudutan KECUALI
a)
Diukur dari arah utara mengikut pusingan jam.
b)
Nilai sudut 0° hingga 360°
c)
Dibaca dari arah utara atau selatan ke arah timur atau barat
d)
Dikenal juga sebagai bearing bulatan penuh.
16.
Skala terbahagi kepada tiga jenis KECUALI
a)
Skala penyata
b)
Skala nyata
c)
Skala pecahan wakilan
d)
Skala lurus
17.
Jarak melengkung di atas peta boleh diukur dengan menggunakan peralatan berikut KECUALI
a)
Unjuran kertas
b)
Tali
c)
Benang
d)
Jangka tolok
18.
Apakah alat yang sesuai untuk mengukur jarak lurus di atas peta?
a)
Pembaris
b)
Benang
c)
Kertas
d)
Tali
19.
Berikut adalah ciri pandang darat budaya KECUALI
a)
Perindustrian
b)
Penanaman getah
c)
Pinggir pantai
d)
Petempatan
20.
Antara berikut yang manakah ciri pandang darat fizikal?
a)
Petempatan berpusat
b)
Ladang kelapa sawit
c)
Tasik ladam
d)
Empangan
21.
Kawasan tanah tinggi sesuai untuk _________
a)
Penanaman getah
b)
Kegiatan perindustrian
c)
Petempatan nelayan
d)
Penanaman teh
22.

Berikut adalah empat arah mata angin utama KECUALI

a)

Timur

b)

Tenggara

c)

Barat

d)

Selatan

23.

Grid garisan melintang yang ditanda dari selatan ke utara, garisan tersebut merupakan garisan?

a)

Garisan Keutaraan

b)

Garisan Ketimuran

24.

Skala 1:25000 bersamaan dengan

a)

2.5 KM

b)

25 KM

c)

250 M

d)

2500 M

25.

Apakah graf yang mengandungi beberapa maklumat dalam satu bar dan setiap bar dibahagikan kepada beberapa komponen?

a)

Graf bar mudah

b)

Graf gabungan

c)

Gra bar majmuk

26.

Antara berikut yang manakah BUKAN pandang darat budaya?

a)

Kelapa sawit

b)

Jalan raya

c)

Tasik

d)

Masjid

27.

1 cm mewakili 3 KM merupakan skala jenis............

a)

Skala lurus

b)

Skala pecahan wakilan

c)

Skala penyata

d)

Skala nyata

28.

Yang manakah kesan pembinaan jalan raya terhadap alam sekitar

a)

Hakisan cerun

b)

Pencemaran udara

c)

Penurunan suhu udara

d)

Pembentukan tanih aluvium

29.

Apakah jenis iklim di Malaysia?

a)

Iklim gurun panas

b)

Iklim Siberia

c)

Iklim Khatulistiwa

d)

Iklim Monsun Tropika

30.

Tandakan 2 jenis hujan yang berlaku di Malaysia?

a)

Hujan batu

b)

Hujan perolakan

c)

Hujan rintik

d)

Hujan bukit

31.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses pemeluwapan.

a)

Awan bertukar menjadi hujan

b)

Keadaan di mana awan stratus bertukar kepada awan kumolonimbus

c)

Wap air daripada permukaan bumi naik ke udara dan berkumpul membentuk debu yang akhirnya terjadi awan

d)

Kejadian hujan bukit turun di bahagian laut.

32.

Apakah nama awan yang terbentuk sebelum menurunnya hujan perolakan?

a)

awan cirrus

b)

awan stratus

c)

awan nimbus

d)

awan kumolonimbus

33.

Hujan perolakan kebiasaannya turun dengan ....

a)

renyai dan pada awal pagi

b)

lebat pada waktu petang beserta dengan kilat dan petir

c)

lebat pada awal pagi diikuti kilat

d)

renyai pada waktu tengahari

34.

Hujan bukit turun di kawasan..

a)

Pinggir laut

b)

Tanah pamah

c)

Tanah tinggi

d)

Tanah tinggi yang menghadap udara lembap

35.

Angin Monsun Timur Laut bermula daripada kawasan mana?

a)

Benua Australia

b)

Pedalaman Benua Asia

c)

Pedalaman Benua Eropah

d)

Benua Amerika

36.

Tandakan negeri yang mengalami musim tengkujuh semasa kejadian Angin Monsun Timur Laut.

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Perak

e)

Sabah

37.

Angin apakah yang membawa hujan lebat dan mengakibatkan kepada risiko terjadinya banjir di kawasan tertentu?

a)

Angin Monsun Timur Laut

b)

Angin Monsun Barat Daya

38.
Arah merujuk kepada
a)
Kedudukan sesuatu tempat dari tempat yang lain
b)
Arah sesuatu objek atau tempat yang diukur dari suatu titik rujukan
c)
Objek atau tempat yang dirujuk untuk menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat
39.
__________ diukur dari arah utara mengikut arah jam
a)
Titik Rujukan
b)
Koordinat
c)
Bearing sudutan
d)
Arah
40.
a)
Kompas Magnetik Silva
b)
Kompas Magnetik Lenstik
c)
Kompas Magnetik Mudah