wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BESTDuA : KUIZ SAJAK SEJADAH RINDU

Total questions: 10

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu

merekah keinsafan di hati yang beku

mengenang dosaku yang terdahulu


Soalan : Nilai dari rangkap ini ialah nilai ____________ . Buktinya penyajak berasa insaf apabila terkenang akan dosanya.

a)

keinsafan

b)

ketabahan

c)

kasih sayang

d)

ketekunan

2.

Terkedu aku

di sejadah rindu

mengungkap kalimah syahdu

merekah keinsafan di hati yang beku

mengenang dosaku yang terdahulu


S: Berdasarkan rangkap sajak di atas nyatakan satu gaya bahasa metafora dan satu gaya bahasa inversi.

a)

kalimah syahdu ; terkedu aku

b)

sejadah rindu ; terkedu aku

c)

sejadah rindu ; mengungkap kalimah

d)

kalimah syahdu ; mengungkap kalimah

3.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

Kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan

moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan.


s: Berikan maksud rangkai kata 'sebelum saat aku dinisankan'

a)

sebelum saat saya meninggal dunia.

b)

sebelum detik saya dikebumikan

c)

sebelum waktu aku mati

d)

sebelum waktu aku dinisankan

4.

Berbekal pancaindera anugerah Tuhan

Kupohon kembali nafas kehidupan

dalam keterhadan dan keterbatasan insan

moga terbuka ruang keampunan

sebelum saat aku dinisankan

di masa yang Kautetapkan.


S: Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap di atas.

a)

Kita mestilah sentiasa insaf dan memohon keampunan daripada Tuhan .

b)

Kita mestilah memohon keampunan atas semua dosa yang telah kita lakukan. Contohnya penyajak memohon keampunan dan berharap dia diberi peluang sebelum mati.

c)

Kkita mesti mengambil peluang untuk bertaubat .

5.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh

ayat-ayat cinta disusun kukuh

di sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguh

dari Pencipta dalam gemuruh.


S: Berikan maksud baris ayat-ayat cinta disusun kukuh

a)

kalimah-kalimah suci disusun utuh

b)

kalimah-kalimah cinta diatur kukuh

c)

kalimah-kalimah suci diatur utuh

6.

Unsur bahasa yang terdapat dalam baris 'ayat-ayat cinta disusun kukuh' ialah ______________.

a)

asonansi

b)

aliterasi

c)

repetisi

d)

responsi

7.

Hati ini luluh

jiwa yang kaku tersentuh

ayat-ayat cinta disusun kukuh

di sejadah rindu yang lusuh

kemaafan yang kupohon sungguh

dari Pencipta dalam gemuruh.


Soalan: Pada pendapat anda; apakah hikmah jika kita bertaubat akan dosa-dosa kita yang lalu? Nyatakan dua hikmah tersebut.

a)

Faedahnya kita akan dapat hidup dengan tenang.

b)

Orang yang telah bertaubat bersungguh-sungguh akan istiqamah menjalankan ibadah.

c)

Faedahnya kita perlu memohon keampunan daripada Tuhan

8.

Semua yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam sajak Di Sejadah Rindu kecuali____________________

a)

Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup

b)

Persoalan takdir tentang kematian adalah di tangan Tuhan.

c)

Persoalan keinsafan seorang pesalah yang pernah berdosa.

d)

Persoalan seseorang yang berdosa yang tidak sempat bertaubat.

9.

Pada pendapat anda apakah dua usaha yang boleh dilakukan oleh seseorang yang telah bertaubat untuk sentiasa beristiqamah?

a)

Dia perlu sentiasa memilih rakan yang berakhlak mulia.

b)

Dia perlu sentiasa pergi ke sekolah.

c)

Dia perlu selalu menghadiri majlis-majlis ilmu.

d)

Dia perlu perlahan-lahan meninggalkan perbuatan maksiat.

10.

Seseorang yang bertaubat sentiasa akan hidup dalam ketenangan. Pada pendapat anda, mengapakah dia akan berasa sedemikian? Nyatakan dua alasan yang rasional.


Jawapan : Pada pendapat saya, dia berasa begitu kerana ____________

a)

Dia telah diampunkan Tuhan kerana taubatnya yang bersungguh-sungguh.

b)

Dia telah meninggalkan semua perbuatan maksiat yang telah menghitamkan hatinya.

c)

Dia telah memilih kawan-kawan yang baharu.

d)

Dia tidak lagi berasa rendah diri.