WorksheetsSMKG- SISTEM BAHASA
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Rumah Pak Samad yang baru siap dibina pada minggu lepas roboh setelah _________ oleh sebatang pokok besar.
dihempas
dihentak
dihempap
dihentam
Kakak membantu ibu untuk _________ tauge dan ________ sup untuk menyediakan mihun soto.
mencelur ... mereneh
merebus ... mendidih
mencelur .... mendidih
menggoreng ... mereneh
Guru kelas Azida menampal keputusan ujian bulanan kelas 4 Ibnu Sina ______ papan kenyataan kelas.
di
pada
atas
kepada
Siti berasa ________ ketika mengambil keputusan peperiksaan PT3 baru-baru ini.
cuak
risau
kekok
ganjil
Borhan ketawa _________ semasa menonton filem Melayu lama lakonan Allahyarham P.Ramlee.
terkial-kial
tersipu-sipu
terbahak-bahak
berdehem-dehem
Tania terpaksa menunggu keputusan ________ selama dua minggu sebelum dapat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
temubual
temuduga
temu bual
temu duga
Satu usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk menyedarkan murid sekolah ________ bahaya merokok.
tentang
demi
pada
oleh
Sultan Kedah telah ______ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri Kedah.
menyerahkan
mengurniakan
menyampaikan
menganugerahkan
Suasana malam di tepi pantai sungguh indah kerana _______ di langit ________.
bintang-bintang ... berkerdipan
bintang-bintang ... kerdip
bintang ... berkedip
bintang ... kerdip
Sistem pendidikan pada hari ini amat menekankan kreativiti bagi melahirkan murid-murid yang memiliki __________ yang tinggi untuk menghasilkan inovasi.
daya cipta
daya saing
daya upaya
daya tenaga
Ibu ________ Jutim pisang goreng sebagai bekalan ke sekolah.
bekal
membekali
membekalkan
membekal
Doktor Tarsia mengesahkan bahawa pesakit itu menghidap penyakit tibi hasil ________ pemeriksaan yang telah dilakukannya.
dari
setelah
daripada
selepas
________ Rashimah _________ Salmiah mesti bertugas di pintu pagar sekolah pada hari Sabtu ini kerana ramai ibu bapa akan hadir ke sekolah.
Sungguhpun ... namun
Daripada ... lebih baik
Baik ... mahupun
Entah ... entah
Din ditugaskan untuk ________ roti canai di restoran tempat kerjanya kerana dia cekap melakukan kerja tersebut.
menguli
membakar
menebar
mengadun
Joseph dan rakan-rakannya menggantung beberapa ________ mercun di sepanjang jalan untuk dibakar pada malam tahun baharu nanti.
untai
rawan
pucuk
papan
