wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

smksc: bab 1/t5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada

tahun 1914.Apakah keistimewaan wilayah tersebut?

a)

Politik stabil

b)

Pentadbiran mantap

c)

Banyak bahan mentah

d)

Mata wang sistematik

2.

Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?

a)

Bahan mentah banyak

b)

Tenaga mahir ramai

c)

Tanah subur

d)

Pasaran luas

3.

Tokoh A : Hasil keluaran kilang kita semakin meningkat.

Tokoh B : Tapi, kita tidak dapat menjual kesemuanya dalam negara

Tokoh C : Apakah tindakan kita, tuan ?


Dialog di atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke -17

Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?

a)

Mencari pasaran

b)

Mencipta kapal wap

c)

Mendirikan lebih banyak kilang

d)

Mengadakan hubungan diplomatik

4.

Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke-17, telah membantu kuasa - kuasa Barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia Tenggara.

Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?

a)

Menjimatkan kos

b)

Mempercepat arahan

c)

Mempermudah kegiatan perisikan

d)

Membolehkan penyebaran propaganda

5.

Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19.


-Pembukaan Terusan Suez

-Penggunaan telegraf

-Penggunaan kapal wap


Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara?

a)

Perkembangan pengangkutan laut

b)

Peningkatan taraf hidup penduduk

c)

Perluasan imperialisme Barat

d)

Pertambahan imigran Eropah

6.

 Beban orang putih

 Tugas mentamadunkan manusia


Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas ?

a)

Melaksanakan dasar imperialisme

b)

Mengatasi masalah kepadatan penduduk

c)

Memajukan ekonomi penduduk tempatan

d)

Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat

7.

Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di

Asia Tenggara.

Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?

a)

Pengekalan pemerintahan beraja

b)

Pelantikan pembesar daerah

c)

Pengenalan sistem ufti

d)

Pentadbiran melalui biro

8.

Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.

Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap

penjajah?

a)

Syarat kerakyatan ketat

b)

Harga komoditi rendah

c)

Imigran bertambah

d)

Cukai tinggi

9.

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.


Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

a)

Ekonomi sara diri terjejas

b)

Cukai yang membebankan

c)

Perusahaan tradisional terancam

d)

Perdagangan tukar barang terganggu

10.

Gambar menunjukkan pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.

Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran

a)

Warisan turun-temurun

b)

Melalui peperiksaan

c)

Diperkenan oleh raja

d)

Cadangan golongan agama

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan jawatan yang diwujudkan oleh British di Tanah Melayu.


-Residen

-Penasihat British


Mengapakah British mewujudkan jawatan tersebut?

a)

Melatih peribumi dalam pentadbiran

b)

Memperbaik taraf hidup penduduk

c)

Mengekalkan kedaulatan negeri

d)

Menguasai sumber ekonomi

12.

British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

Kegiatan ekonomi tradisional terjejas

b)

Pengaruh golongan agama merosot

c)

Pemimpin kehilangan kuasa

d)

Tanah peribumi dirampas

13.

Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?

a)

Persaingan kuasa Barat

b)

Pemantapan kuasa raja

c)

Pengekalan kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

14.

Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya?

a)

Kekuatan tentera

b)

Perkongsian kuasa

c)

Kedudukan strategik

d)

Pemodenan pentadbiran

15.

Pernyataan di bawah menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di

Thailand pada abad ke-19.

Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?


Perubahan yang dibuat:

Raja Mongkut: Melantik 80 orang penasihat British

Raja Chulalongkorn: Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

a)

Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja

b)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

c)

Memelihara kedaulatan negara

d)

Memenuhi tuntutan rakyat