wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BESTDuA : LATIHAN PLOT NOVEL TIRANI

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

______________ialah watak utama novel Tirani terkenang akan dirinya yang sering menjadi bahan ejekan rakannya sewaktu kecil kerana berkulit gelap, bermata kuyu dan memiliki hidung yang pesek.

a)

Zahid

b)

Fadhil

c)

Waheeda Nurlyana

d)

Raidah

2.

Chalet yang diusahakan oleh keluarga Waheeda di Kuching ialah Chalet ____________

a)

Tajau Emas

b)

Iwana- Iwani

c)

Aya Sajinah

d)

Flaminggo

3.

Waheeda diserang oleh seekor _______________ sehingga menyebabkan kecederaan pada _____________

a)

monyet belanda - kakinya

b)

orang hutan - mukanya

c)

monyet belanda - mukanya

d)

orang hutan - kakinya

4.

Waheeda dikejarkan ke ______________ kerana kecederaannya akibat serangan monyet.

a)

Silicon Medical Centre

b)

Hospital Bersalin Normah

c)

Pusrawi

d)

Hospital Besar Kuching

5.

Di Singapura, Waheeda tinggal di rumah rakannya __________.

a)

Raidah

b)

Bazilah

c)

Fatimah

d)

Nurlyana

6.

Di SMC, pembedahan ke atas Waheeda dijalankan oleh ___________ untuk membesarkan kelopak matanya dan __________ untuk membetulkan struktur hidungnya.

a)

Dr. Alma Hollis Chen; Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

b)

Dr. Averroes atau Dr. Rushdi; Dr. Shirrim Ghazizadeh

c)

Dr. Zahari ;Dr. Alma Hollis Chen

d)

Dr. Shirrim Ghazizadeh ; Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.

7.

Waheeda tidak balik untuk majlis pertunangannya dengan Zahid di Kuching kerana ___________________.

a)

mengalami demam yang teruk.

b)

cedera setelah diserang monyet belanda.

c)

terpaksa mendapatkan rawatan daripada Dr Rusydi disebabkan struktur hidungnya runtuh.

d)

mendapatkan rawatan hospital kerana kemurungan.

8.

Manakah antara peristiwa berikut yang BUKAN punca Zahid cemburu terhadap isterinya Waheeda.

a)

Terlihat kedudukan Waheeda yang sangat rapat dengan Dr. Rusydi di Sillicon Medical Centre

b)

Melihat keakraban Waheeda dan Lais di Resort Flaminggo

c)

Menyaksikan kemesraan Waheeda berjabat tangan dan melayani pelanggan dari Timur Tengah di Tajau Emas.

d)

Peristiwa melihat kemesraan Waheeda melayani Dr Rusydi dan Halloway ketika mereka terserempak kedua-duanya di kaki Bukit Matang.

9.

Waheeda dinasihatkan oleh Nurjihan sepupu sahabatnya Balqis supaya _________________ ke atas anaknya bagi membuktikan bahawa bayi itu ialah anak kandung Zahid.

a)

menjalankan ujian DNA

b)

diambil sampel sel

c)

menjalankan pembedahan plastik

d)

membuat ujian darah

10.

Yang manakah antara berikut merupakan peristiwa yang BENAR setelah Waheeda diceraikan oleh Zahid.

a)

Zahid pulang untuk menziarahi anaknya Izzati di Cameron Highland.

b)

Waheeda membeli Chalet Iwana Iwani di Cameron Highland daripada sahabatnya Lais.

c)

Waheeda yang mengalami kemurungan dibawa oleh abangnya, Ghazi untuk mendapatkan rawatan di PUSRAWI Kuala Lumpur.

d)

Waheeda teruja bertemu bekas suaminya, Zahid lalu memaafkannya.

11.

Waheeda berjaya memajukan Chalet Aya-Sajinah di Cameron Highland dengan bantuan sabahatnya _________ yang pernah bekerja bersama-samanya di __________.

a)

Halloway ; Resort Flaminggo

b)

Lais ; Chalet Tajau Emas

c)

Halloway ; Chalet Iwana Iwani

d)

Lais ; Resort Flaminggo

12.

Waheeda menegaskan kepada Izzati bahawa ____________________________ ketika anaknya itu mempersoalkan perbezaan ketara wajah mereka kerana Waheeha memiliki hidung yang mancung sedangkan dia berhidung pesek.

a)

kecantikan tidak menjamin kebahagiaan, sebaliknya kepintaran adalah amat penting.

b)

kecantikan dan kepintaran dapat menjamin kebahagiaan.

c)

kepintaran tidak menjamin kebahagiaan, sebaliknya kecantikan adalah amat penting.

d)

kecantikan dan kepintaran tidak dapat menjamin kebahagiaan

13.

Zahid menyatakan kekesalannya kepada kawannya ______ kerana dia telah menceraikan isterinya tanpa mahu melihat keputusan ujian DNA yang diunjukkan Waheeda. Malah dia juga kini __________ dan disahkan tidak mampu mendapat zuriat setelah terlibat dalam kemalangan.

a)

Fadhil ; cacat

b)

Zahari ; tempang

c)

Aiman ; tempang

d)

Lais ; cacat

14.

Zahid terkenangkan anak kandungnya apabila melihat Izzati kerana ________________________________________.

a)

mengetahui bahawa gadis itu dilahirkan di Kuching, Sarawak.

b)

melihat senyuman, bulu mata, lesung pipit dan lekuk pada dagu yang persis bekas isterinya.

c)

melihat senyuman, bulu mata, lesung pipit dan lekuk pada dagu yang persis dirinya.

d)

melihat tingkah laku Izzati yang mirip tingkah laku bekas isterinya.

15.

Izzati merayu ibunya memaafkan ayahnya Zahid namun ibunya ___________________________________________________.

a)

marah lalu meninggalkan mereka berdua.

b)

kesal dan hanya berdiam diri tanpa menyatakan kemaafan.

c)

marah dan menghalau bekas suaminya Zahid.

d)

tidak memberi sebarang reaksi.