wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKS : BAB 8 PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM

Total questions: 15

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Pertapakan Islam di Tanah Melayu telah bermula sekitar abad ke-13 dan ke-14. Pengaruh Islam dalam ekonomi, politik dan sosial menjadi lebih ketara pada zaman kerajaan...

a)

Melaka

b)

Perlak

c)

Pasai

d)

Aceh

2.

Apakah istilah yang digunakan oleh institusi beraja kesan daripada penerimaan Islam?

a)

Zillullah fil-Alam

b)

Zillullah fil-Najah

c)

Zillullah al-Muslim

d)

Zillullah al-Mukminin

3.

Institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi unsur Hindu-Buddha merupakan sistem pentadbiran yang diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan Islam dikenali dengan konsep...

a)

maha-raja

b)

dewa-raja

c)

maha-dewa

d)

maha-rani

4.

Masyarakat Melayu Minangkabau mengamalkan Adat Pepatih yang mengutamakan nasab keturunan sebelah ibu. Hal ini berlaku kerana anak perempuan diberi hak...

a)

menjadi ketua

b)

mewarisi harta

c)

menentu wasiat

d)

memilih pasangan

5.

Hukuman denda atau ganti rugi dibayar dalam bentuk harta yang dikenakan kepada pembunuh tanpa sengaja dinamakan ...

a)

diat

b)

qisas

c)

tulah

d)

hudud

6.

Konsep daulat dalam masyarakat Melayu bertujuan untuk ...

a)

menzahirkan kesaktian raja

b)

mendewa-dewakan seorang pemaisuri

c)

mengangkat kedudukan seorang raja

d)

menimbulkan penghormatan rakyat terhadap raja

e)

melambangkan kekuatan

7.

Perkembangan pesat bidang pendidikan Islam di Melaka dipengaruhi kewujudan ramai ...

a)

ulama

b)

mualaf

c)

musafir

d)

pedagang

8.

Kitab al-Dur al-Manzun (Mutiara Tersusun)


Kitab Tasawuf di atas adalah hasil karangan

a)

Maulana Abu Bakar

b)

Maulana Abdul Aziz

c)

Maulana Sadar Jahan

d)

Maulana Ahmad Jailani

9.

Antara berikut, manakah karya yang disimpan di istana Melaka?


Pilih 2 jawapan.

a)

Hikayat Seri Rama

b)

Hikayat Abu Nawas

c)

Hikayat Amir Hamzah

d)

Hikayat Muhamad Ali Hanafiah

10.

• Masjid

• Surau


Senarai tempat di atas dijadikan pusat pendidikan fomal kerana kedua-duanya merupakan ...

a)

tempat selesa dan bersih

b)

pusat akitiviti keagamaan

c)

tersedia semua kemudahan

d)

pusat perkumpulan masyarakat

11.

Tempat Sistem Pendidikan

Tanah Melayu Sistem X

Aceh Rangkang

Jawa Pesantren

a)

tarbiah

b)

halakah

c)

pondok

d)

sekolah

12.

Seni tulisan Islam yang banyak digunakan sebagai hiasan di masjid ialah ...

a)

demotik

b)

kaligrafi

c)

hieroglif

d)

ideogram

13.

Sultan Melaka yang berminat kepada pengajian ilmu tasawuf ialah..

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Muzaffar Shah

d)

Sultan Alaudin Riayat Shah

14.

Antara berikut, manakah yang menunjukkan ciri-ciri sistem madrasah sebagai sistem pendidikan formal di Tanah Melayu ?

a)

mengikut tahap

b)

mempunyai sukatan

c)

mempunyai batasan waktu

d)

dilaksana secara kelas

15.

• Sebuah Lembaga

• Jawatankuasa Kewangan


Apakah tugas badan di atas kepada perjalanan sesebuah madrasah?

a)

menyelia

b)

melatih guru

c)

mencetak buku

d)

menyediakan pondok