wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Aqidah Islamiah

Total questions: 20

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Perkataan aqada adalah dari Bahasa Arab yang merujuk pada ___________.

a)

Iman

b)

Ihsan

c)

Islam

d)

Aqidah

2.

Tanda keislaman yang tulen adalah ___________ Allah

a)

Mentauhidkan

b)

Mengikhlaskan

c)

Merujukkan

d)

Mendekatkan

3.

Ad-din mengajar umat manusia cara peribadatan yang sempurna, bukan sahaja dari segi prinsipnya malah juga terhadap perlaksanaannya. Pernyataan tersebut menunjukkan Islam adalah ___________________.

a)

sebuah agama yang terpelihara

b)

sebuah agama yang menolak sebarang penokok tambahan atau pengurangan dalam ibadah

c)

sebuah agama yang dapat memberikan panduan hidup yang sempurna kepada penganutnya

d)

sebuah agama yang berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah

4.

Kesyumulan dan keutuhan Islam terbina daripada tiga asas utama iaitu ____________.

a)

akidah, syariah dan siyasah

b)

Islam, iman dan ihsan

c)

rasul, tarbiyyah dan usrah

d)

akidah, syariah dan akhlak

5.

Apakah hubungan yang paling tinggi dalam kehidupan manusia?

a)

Hubungan dengan alam.

b)

Hubungan dengan manusia.

c)

Hubungan dengan khaliq

d)

Hubungan dengan makhluk

6.

Berikan contoh hak manusia sebagai makhluk Allah s.w.t.

a)

Mencipta manusia.

b)

Menentukan nasib seseorang.

c)

Mengenal Allah s.w.t.

d)

Membentuk undang-undang Islam.

7.

Orang yang melafazkan dua kalimah syahadah tetapi tidak membenarkannya di dalam hati termasuk golongan …...

a)

Kafir

b)

Munafik

c)

Muslim yang derhaka

d)

Mukminin

8.

Orang yang pernah melakukan dosa besar dan sentiasa berterusan melakukan dosa kecil disebut _____________?

a)

Fasik

b)

Munafik

c)

Musyrik

d)

Murtad

9.

Apakah hukum jika seseorang itu menyekutukan Allah dengan makhluk yang lain?

a)

Syirik besar (Jali)

b)

Syirik kecil

c)

Kufur

d)

Zalim

10.

"Mengakui kewujudan Allah swt dan percaya Allah mencipta, mengurus, memberi nikmat, memberi kehidupan dan juga mengambil kembali yang dipinjamkan". Peryataan tersebut merujuk kepada:

a)

Allah Maha Hebat

b)

intepretasi kepada konsep Rububiyah Allah.

c)

wajib beriman kepada Allah.

d)

intepretasi kepada ucapan la ilaha illallah.

11.

"Mengaku dan mempercayai bahawa azimat boleh memberi kesan, memohon kepada benda-benda tertentu untuk sampai kepada Tuhan" kenyataan merujuk kepada:

a)

Agama Wad'ie

b)

Khurafat

c)

Ajaran sesat

d)

Kufur

12.

Dalam pengajaran Aqidah, prinsip pembinaan aqidah mestilah berlandaskan....

a)

Akal dan fitrah beragama

b)

Wahyu dan akal

c)

Naluri keagamaan dan wahyu

d)

Akal, Wahyu dan fitrah beragama

13.

Berikut adalah nama lain bagi ilmu Aqidah kecuali:

a)

Ilmu Mantiq

b)

Ilmu Makrifah

c)

Ilmu Kalam

d)

Ilmu Usuluddin

14.

Apakah maksud sebenar lafaz syahadah (la ilaha illallah) ?

a)

Pengakuan bahawa segala-segala ditentukan oleh Allah.

b)

Allah Maha berkuasa ke atas hambaNya.

c)

Allah memiliki sifat yang sempurna.

d)

Pengakuan bahawa segala ketaatan dan ibadah hanya kepada Allah.

15.

Berikut adalah golongan yang telah terbatal aqidah mereka kecuali:

a)

Golongan fasik

b)

Golongan yang menghina al-Qur'an

c)

Golongan yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisme

d)

Golongan anti hadith

16.

Beriman dari segi syarak bermaksud:

a)

Ikrar pada diri untuk taat kepada Allah.

b)

Beramal seperti yang diperintahkan Allah.

c)

Membenarkan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal seperti yang diperintah Allah.

d)

Beriman kepada Allah dan Qada' Qadar.

17.

Mereka yang aqidahnya mantap, apabila melihat kemungkaran hendaklah:

a)

Mencegah dengan teguran.

b)

Mencegah dengan hati iaitu membenci perkara tersebut.

c)

Mendiamkan diri kerana takut mudharat.

d)

Mencegah dengan kuasa yang ada.

18.

Apakah pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah mengenai rezeki?

a)

Berdoa supaya dimurahkan rezeki.

b)

Berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya kerana Allah menilai usaha kita.

c)

Berusaha, berdoa dan bertawakal.

d)

Bertawakal kepada Allah kerana semua dalam ketentuanNya.

19.

Pengajian aqidah adalah termasuk dalam kategori ilmu...

a)

Fardhu Ain

b)

Fardhu Kifayah

c)

Sunat Muakkad

d)

Wajib

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan aqidah yang sahih?

a)

Aqidah yang pasrah kepada ketentuan Allah.

b)

Aqidah yang pasti dan tetap tidak berubah sehingga hujung nyawa.

c)

Aqidah yang ridha kepada Qada' dan Qadar.

d)

Aqidah yang pasti dan tetap berteraskan rukun iman.