WorksheetsLatihan Kata Adjektif Tahun 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.
kelat
pahit
manis
masin
Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.
lembut
halus
kasar
licin
Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.
perlahan
deras
laju
gopoh
Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.
halus
basah
kembang
sejuk
Ah Meng dan kawan-kawannya sedang mengepam bola-bola yang _______ itu di dalam stor sukan.
lonjong
kempis
lurus
kemik
Pengemis itu makan nasi denggan _________ kerana terlalu lapar.
pantas
perlahan
lembut
gelojoh
Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.
bengkok
bujur
kempis
lonjong
Mun Yeong hanya berjalan kaki ke tempat kerja kerana ________ dengan rumahnya.
awal
jauh
dekat
nyaris
Jari adik luka kerana terkena pisau yang _________ itu.
tumpul
tajam
panjang
nipis
Sarung kusyen di rumahnya berbau _________ kerana tidak pernah dibasuh.
harum
hanyir
hapak
tengik
Tapak kasut sekolah saya sudah ___________.
haus
rencam
tajam
tumpul
Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Sikap ayah yang _________ memberikan dorongan itu menambahkan lagi semangat saya untuk belajar.
lupa
malu
jarang
sering
Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.
kuat
rakus
senyap
perlahan
Abang Adam _________ berbahasa Jepun kerana dia pernah menuntut di Jepun selama lima tahun.
fasih
leka
bijak
deras
Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
gelap
nyaman
hening
bising
Burung bangau mempunyai leher yang __________ .
tinggi
panjang
pendek
rendah
“Wang ini saya sumbangkan secara __________,”kata Lee Kepada Siva.
Ikhlas
sopan
adil
amanah
Pokok langsat yang ditanam oleh Pak Murad itu berbuah_______.
lebat
penuh
ketat
padat
Bayi itu tidur dengan ___________ di atas pangkuan ibunya.
Kaku
riang
diam
nyenyak
