NEW
Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan Tahun 4
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Pak Cik Ramli menembak tupai dengan se________ senapang.
bilah
laras
pucuk
batang
Nurul menjumpai se________ cincin di tepi padang.
biji
bentuk
buah
keping
Mak Nina membeli dua ________ ayam untuk dimasak rendang.
kawan
buah
ekor
biji
Wei Shen menebas lalang itu dengan se_________ sabit yang tajam.
papan
batang
bilah
buah
Doktor Ali telah mencabut se_________ gigi adik yang rosak.
batang
ulas
keping
buah
Setiap hari, Jasmine makan se_________ roti dan se_______ milo.
biji.......gelas
keping...... cawan
kuntum......cawan
buah.......gelas
Ayah sedang membaca se_______ surat khabar di ruang tamu.
naskhah
buku
buah
baris
Amy memetik beberapa _________ bunga mawar di taman bunga.
batang
kuntum
ekor
helai
Beratus-ratus __________ mercun berjaya dirampas oleh pihak polis.
papan
genggam
batang
biji
Puan Aina membeli se_________ anggur untuk Puan Lim sebagai buah tangan.
buah
keping
gugus
biji
Beberapa __________ cendawan yang aneh ditemui oleh dua orang pendaki gunung.
batang
pohon
pucuk
kaki
Aina meniup beberapa ______ lilin di atas _____ kek sempena hari jadinya yang ke-10 tahun.
batang...sebiji
titis.....sebidang
buah.....sehelai
biji.....sebatang
__________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari
makan.
Sepasukan
Sekawan
Serumpun
Segerombolan
Berapakah harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
sebakul..... seberkas
selonggok........seikat
seberkas...... seikat
sekawan......segulung
__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
Sebatang..... biji
Sedas...... buah
Selaras.......butir
Sekaki....... butir
Kakak membeli __________ kain songket dan __________ baju kurung di sebuah butik.
sehelai..... segulung
sepasang..... segelung
secebis..... sebatang
sehelai..... sepasang
Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pen merah.
sekuntum..... sebilah
sebuah..... seberkas
sehelai...... sepucuk
sejambak...... sebatang
Datuk memberikan ibu __________ langsat dan __________ rambutan semasa balik ke kampung.
segugus.... setangkai
segugus.... seikat
sebiji ...... selonggok
setangkai.....segugus
Ibu membeli se _________ stoking untuk adik.
helai
pasang
keping
buah
Sarah menampal se_______ poster pada dinding bilik tidurnya.
kaki
buah
keping
batang
Di tepi jalan terdapat beberapa _____________ tiang lampu.
buah
keping
bilah
batang
Alicia memotong kertas dengan menggunakan se__________ gunting.
bilah
kaki
batang
biji
Encik Wong membeli sepuluh ________ sate ayam di gerai itu.
batang
buah
cucuk
biji
Jessy memetik lima ___________bunga ros di halaman rumah.
biji
kuntum
buah
batang
Ayah Jung Kok membeli tiga___________ tiket sebelum masuk ke dalam zoo.
helai
buah
keping
pasang
Puan Sally menyapu beberapa ___________ daun yang berguguran di halaman rumah.
keping
helai
biji
buah
Abang membeli se___________ kereta Proton X70 yang baharu.
biji
pasang
buah
keping
Ayah membeli tiga __________ durian Musang King di pasar malam.
biji
ulas
buah
buku
Guru Besar Wong memulakan ucapannya dengan se __________ pantun semasa perhimpunan pagi di dewan.
baris
patah
rangkap
buah
Pak Kamal menggunakan se _________ jala untuk menangkap ikan di laut.
rawan
pasang
urat
sikat
