WorksheetsBESTDuA: LATIHAN KOMSAS KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Total questions: 12
Worksheet time: 24mins
Maksud rangkai kata 'terlalu banyak dengan lembing perisai ' ialah ___________
sangat banyak senjata
jumlah senjata yang tidak terkira
sangat ramai lengkap bersenjata
tidak terkira ramai yang berkawal
Berdasarkan petikan, semua perkara berikut dilakukan oleh Kertala Sari KECUALI
membaca jampi serapah
membunuh para saudagar
mencabuli isteri para hartawan
mencuri semua harta orang-orang kaya
Maksud rangkai kata 'penjurit yang terlalu buas itu' ialah ___________________
perajurit yang sangat liar itu
perajurit yang amat ganas tersebut
penjahat yang amat ganas tersebut
penjahat yang sangat licik itu
Maksud rangkai kata 'Siapakan juga yang sungguh ini ?' ialah __________
Entah siapalah jua yang berkata benar itu?
Siapakah yang sungguh ini?
Entah mana satu yang sungguh?
Siapalah jua yang betul ini?
Dua perkara yang dicadangkan oleh Bendahara kepada Sultan ialah _________dan _________.
memberikan hadiah kepada orang yang berkenaan dan menunggu Laksamana datang.
menunggu Laksamana datang, apatah lagi masih ada dua anggota penting penjurit itu yang tidak dibawa oleh sesiapa.
menunggu Laksamana datang untuk mencari dua lagi anggota penting penjurit itu,
menyuruh orang yang datang menunggu Laksamana sambil mencari dua anggota penting penjurit itu,
Pada pendapat saya seseorang pemimpin perlu mendapatkan nasihat yang baik daripada pembesarnya adalah ___________________________.
supaya pemimpin tersebut sentiasa dihormati
supaya pemimpin tersebut sentiasa membuat keputusan yang rasional dan memuaskan hati semua pihak.
supaya pemimpin tidak dianggap sombong.
kerana dia seorang pemimpin yang bijak.
'Aku anak penjurit yang berani dan kepetangan', bermaksud
saya anak pahlawan yang sudah tua
saya anak penjahat yang sudah pulang petang
saya anak hulubalang yang gagah dan licik,
saya anak perajurit yang handal dan sombong
Sekiranya saya ialah Temenggung, tindakan-tindakan berikut akan saya lakukan untuk meredakan kemarahan raja kerana ramai saudagar yang mengadu harta mereka dirompak KECUALI...
menerangkan perkara sebenar yang telah berlaku kepada raja.
berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut segera.
melarikan diri supaya tidak dimurkai raja.
membawa beberapa orang saksi yang boleh menceritakan kejadian itu.
Semua yang berikut merupakan tindakan untuk mengurangkan kes kecurian di kawasan perumahan kecuali...
menjalankan kawalan secara bergilir di kawasan perumahan.
mengupah pengawal keselamatan untuk berkawal 24 jam.
memasang kamera litar tertutup di kawasan perumahan.
menjaga harta peribadi dan tidak mempedulikan jiran tetangga.
Pada pandangan saya, dua sebab kes jenayah seperti rompakan kian meningkat adalah kerana _____________
ramai dalam kalangan rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan untuk menyara diri.
ramai rakyat yang mewah.
penguatkuasaan undang-undang dan kawalan keselamatan yang tidak kukuh,
ramai rakyat yang tidak puas hati dengan kerjaan.
Pada pendapat saya , dua sebab seseorang pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik adalah ___________________
supaya dia sentiasa digeruni.
supaya dia sentiasa dihormati.
supaya dia dapat mengawal tindakannya.
supaya rakyat mendengar dan patuh arahannya
Laksamana Hang Tuah digambarkan dalam episod Kepimpinan Melalui Teladan merupakan seorang pemimpin yang handal dan bijak. Pada pendapat saya dua alasan seseorang pemimpin perlu bijak supaya ______________.
dapat mengatur strategi untuk memajukan negara.
orang ramai tidak berani untuk menyanggahnya
dapat naik pangkat setara dengan pemimpin lain.
dapat mengambil tindakan yang betul demi kebajikan orang ramai.
