wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Frasa Adjektif

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Ani cantik.

a)

Frasa Nama + Frasa Nama

b)

Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

2.

Arahan: Berikan pola ayat dasar bagi ayat di bawah:


Air laut itu bersih.

a)

A. Frasa Nama + Frasa Nama

b)

B. Frasa Nama + Frasa Kerja

c)

C. Frasa Nama + Frasa Adjektif

d)

D. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

3.

Penghulu itu berasa sungguh _______ terhadap penduduk kampung kerana anaknya terlibat dalam kegiatan jenayah.

a)

rindu

b)

malu

c)

sayang

d)

benci

4.

Besi pembahagi jalan itu _________ setelah dilanggar sebuah lori membawa beras.

a)

bengkok

b)

bujur

c)

kempis

d)

lonjong

5.

Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang menekankan unsur keserasian?

a)

cantik molek

b)

riang gembira

c)

lemak manis

d)

tawar hati

6.

Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang menekankan unsur keserasian?

a)

Lidah buaya

b)

Penat lelah

c)

Kurus kering

d)

Letih Lesuh

7.

Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang mempunyai unsur makna berlawanan?

a)

Tinggi rendah

b)

Miskin kaya

c)

Tua kerepot

d)

Kecil besar

8.

Manakah yang berikut bukan binaan dua perkataan yang mempunyai unsur makna berlawanan?

a)

Pandai geliga

b)

Pahit manis

c)

Tua muda

d)

Baik buruk

9.

Manakah yang bukan binaan dua perkataan yang mempunyai unsur rima?

a)

Lemah longlai

b)

Lemah gemalai

c)

Kering kontang

d)

Gemuk gedempol

10.

Pilih ayat yang menggunakan kata kiasan (kata adjektif+kata nama) dengan tepat.

a)

Para pemuda remaja gemar menonton wayang.

b)

Suhaila seorang yang banyak bercakap.

c)

Andy mempunyai kulit yang berwana kuning langsat.

d)

orang yang murah budi akan disayangi ramai.

11.

Pilih ayat yang menggunakan kata penguat dengan tepat.


I. Combi gemar sekali menyertai aktiviti kesenian di kampung.

II. Rambutan merah lebih manis sekali daripada rambutan hijau.

III. Lelaki yang terlebih gagah itu merupakan ahli gusti suatu ketika dahulu.

IV. Adik Maisarah adalah seorang yang sangat baik hati sekali.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

12.

Isi tempat kosong dengan menggunakan frasa adjektif penguat dengan tepat.


Raihana ingin menurunkan berat badan. Dia ___________ oleh rakan sekelasnya.

a)

kerap terasa

b)

selalu bersenam

c)

sangat disayangi

d)

selalu marah

13.

Pilih ayat yang menggunakan frasa adjektif dengan tepat.


I. Diana merupakan pelajar paling pintar amat di sekolahnya.

II. Malik sangat benci sekali terhadap lelaki yang suka merokok secara terbuka di restoran.

III. Mereka berdua dikenali sebagai pemuda yang ringan tulang di kampung.

IV. Tinggi sekali Harris daripada abangnya, Zaini.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

14.

Pilih ayat majmuk yang menggunakan frasa adjektif dengan tepat.

a)

Sandra sangat gembira kerana kakaknya tidak akan balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

b)

Encik Sani menerima kunjungan daripada Duta Singapura.

c)

Terbeliak biji mata Intan setelah melihat warna baju yang sangat mahal itu.

d)

Fauzi sangat yakin bahawa Rizal adalah adik kandungya.

15.

Pilih jawapan yang betul.


Air kopi itu terasa _____kerana belum dibubuh gula.

a)

kurang kelat

b)

pahit amat

c)

sungguh manis

d)

masin masam

16.

Pilih jawapan yang betul.


Permukaan lantai itu menjadi ______setelah dimop oleh ibu.

a)

lemah lembut

b)

halus mulus

c)

sangat kasar

d)

lebih bersih

17.

Pilih jawapan yang betul.


Pakaian Syafik______kerana dia ditimpa hujan semasa dalam perjalanan ke sekolah.

a)

halus sungguh

b)

basah kuyup

c)

terlalu kembang

d)

seram sejuk

18.

Pilih jawapan yang betul.


Semua kenderaan bergerak ______ kerana berlaku suatu kecelakaan jalan raya yang dahsyat di Jalan Lintang.

a)

perlahan

b)

deras

c)

laju

d)

gopoh

19.

Pilih jawapan yang betul.


Warna _______ pada Jalur Gemilang melambangkan kebesaran raja-raja Melayu.

a)

kuning langsat

b)

biru laut

c)

kuning

d)

biru

20.

Pilih jawapan yang betul.


Petir berdentum dengan __________ menandakan hari hendak hujan.

a)

kuat

b)

rakus

c)

senyap

d)

perlahan