WorksheetsLatihan Tatabahasa Tingkatan 2
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Perselisihan faham yang timbul baru-baru ini telah _______ hubungan dua hala antara kedua-dua negara itu.
mengeruhkan
mengotorkan
melunturkan
melucutkan
Anggota pengakap itu ______________dengan menggunakan tin.
mengukus
merebus
menanak
menjerang
Adriana selalu teringat ________ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan nelayan itu.
akan
dengan
kepada
terhadap
Biskut kelapa di atas meja itu menjadi ____________ kerana dibiarkan begitu sahaja.
layu
lemau
lembap
lembik
Saya mahu __________ beratur di dewan sekarang," arah cikgu Hazami kepada murid-murid Tingkatan Tiga Arif.
engkau
mereka
kalian
kita
Ibu ___________ tepung gandum itu untuk membuat kuih kegemaran ayah.
menguli
mengadun
menggentel
menebar
Bangunan itu sudah lama tetapi masih _______ struktur binaannya.
tegak
teguh
gagah
tahan
Setiap perserta kursus itu diberi sijil penyertaan sebagai menghargai ____________ mereka dalam kursus itu.
kehadiran
keinginan
kedatangan
kemunculan
Jika kita makan di luar, kita perlu memilih premis makanan yang bersih dan bebas ___________ serangga perosak.
dari
pada
dengan
daripada
Biliknya berbau ___________ kerana sudah berbulan- bulan tidak dikemaskannya.
hamis
hapak
tengik
harum
Murid-murid yang berkunjung ke pameran pencegahan jenayah jenayah itu diberikan beberapa naskah ______ tentang langkah-langkah menghidari jenayah.
buku
risalah
katalog
jurnal
En.Haikal _____________ kejayaan anaknya dalam peperiksaan SPM dengan mengadakan majlis kesyukuran.
meraikan
menyambut
memeriahkan
mengagungkan
Shida berhasrat ___________ bidang perubatan sekembalinya ke tanah air pada bulan hadapan.
menduduki
mendalami
menyelami
menelaah
Syahid menjadi jurujual di sebuah pasar raya ________ menunggu keputusan peperiksaan SPM.
sambil
kerana
apabila
sementara
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
Mak Wan kini dapat berbangga kerana semua anaknya telah berjaya. Pada suatu ketika dahulu, mereka pernah hidup susah. Berkat kesabaran dan usaha Mak Wan kii dia mampu tersenyum puas.
Tiada akar rotan pun berguna
Hendak seribu daya, tak nak hendak seribu dalih
Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
