WorksheetsAsas Keusahawanan (UES3012)
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Seseorang yang menceburi perniagaan hanya untuk mendapat keuntungan semata-mata adalah definisi bagi....
Keusahawanan
Etika keusahawanan
Peniaga
Usahawan
Definisi bagi etika keusahawanan adalah....
Nilai yang merangkumi peraturan yang baik atau sebaliknya. Ia merupakan piawaian perlakuan atau nilai moral yang diterima umum.
Aktiviti sebagai seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam menghasilkan inovasi pada barangan dan perkhidmatan.
Seseorang yang menjalankan perniagaan mementingkan keuntungan disamping memberi sumbangan sosial kepada masyarakat dan negara
Mak cik Kiah ingin membuka industri pengeluaran kek dan pastri. Berikan 4 ciri-ciri keusahawanan yang perlu ada pada mak cik Kiah.
Bijak mengurus kewangan
Berdaya saing
Mudah berputus asa
Berdaya saing
Berani mengambil risiko
Pilih urutan yang betul dalam melaksanakan 'Proses Kreativiti'
Idea - Proses Inkubasi - Pengumpulan maklumat - Pelaksanaan & Penilaian
Pelaksanaan & Penilaian - Proses Inkubasi - Pengumpulan maklumat - Idea
Pengumpulan maklumat- Proses Inkubasi - Idea - Pelaksanaan & Penilaian
Proses Inkubasi - Pelaksanaan & Penilaian - Idea - Pengumpulan maklumat
Nyatakan 4 jenis inovasi yang anda tahu.
Penyalinan
Penciptaan
Pemilihan
Perluasan
Sintesis
Pilih 3 pernyataan tentang 'Peniaga'.
Tidak mempunyai keinginan untuk mengembangkan perniagaan
Pihak yang menjalankan aktiviti jual beli barangan mementingkan keuntungan semata-mata
Menjalankan tanggungjawab sosial
Tanggungjawab sosial bukan orientasi utama perniagaan
Mempunyai kemahuan dan cita-cita tinggi untuk mengembangkan perniagaan
Ah Seong selalu mengalami kerugian dalam perniagaan perabot jati yang diusahakannya. Apakah ciri-ciri usahawan yang tiada pada diri Ah Seong?
Bertanggungjawab
Bijak mengurus kewangan
Kreatif
Bijak merebut peluang
Aktivti sebagai seorang usahawan yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha mengubah dan menghasilkan inovasi pada barangan, adalah definisi bagi....
Usahawan
Peniaga
Etika keusahawanan
Keusahawanan
Proses membuat pendua terhadap produk, perkhidmatan atau proses sedia ada, merupakan jenis inovasi....
Sintesis
Perluasan
Penyalinan
Penciptaan
Usahawan adalah seseorang yang.....(pilih 2)
Berpuas hati dengan keadaan sedia ada dan tiada keinginan untuk mengembangkan perniagaan
Mempunyai kemahuan untuk mengembangkan perniagaan
Menjalankan tanggungjawab sosial
tanggungjawab sosial bukan tujuan utama
