wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BESTDuA : LATIHAN RUMUSAN 1

Total questions: 15

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pendahuluan yang paling tepat bagi soalan rumusan berikut.

Buat satu rumusan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu

a)

Rumusan membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu.

b)

Rumusan membincangkan usaha-usaha yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu.

c)

Petikan membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan faktor-faktor masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu.

d)

Rumusan membincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu.

2.

Pilih pendahuluan yang paling tepat bagi soalan rumusan berikut.

Buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.

a)

Rumusan membincangkan tentang kesilapan-kesilapan penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.

b)

Rumusan membincangkan keburukan-keburukan penggunaan Internet dan usaha-usaha untuk membendung penyalahgunaannya.

c)

Rumusan membincangkan tentang keburukan-keburukan penggunaan Internet di Malaysia.

d)

Rumusan membincangkan tentang keburukan-keburukan penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya.

3.

Nyatakan satu usaha yang perlu dilakukan apabila berlaku jerebu.

a)

Jerebu tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

b)

Partikel-partikel ini terjadi sama ada secara semula jadi atau kesan daripada aktiviti manusia

c)

Jerebu yang mengundang pelbagai masalah kesihatan

d)

Masyarakat perlu sentiasa berada di dalam bangunan atau rumah.

4.

Nyatakan dua perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku jerebu.

a)

Masyarakat diminta supaya memakai alat penutup hidung ketika berlakunya jerebu

b)

Semakin tinggi IPU semakin berbahaya kepada kesihatan manusia.

c)

Kebakaran hutan yang berlaku disebabkan kecuaian manusia

d)

Masyarakat dicadangkan agar bercuti ke kawasan yang lebih selamat.

5.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN usaha yang perlu dilakukan akibat jerebu.

a)

Mereka yang berisiko tinggi, diharapkan agar sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh pakar perubatan.

b)

Pengguna kenderaan seharusnya menggunakan alat pendingin hawa ketika berada di jalan raya bagi mengurangkan risiko terhidu udara yang tercemar.

c)

Pelepasan asap tanpa kawalan oleh kilang-kilang turut memburukkan lagi keadaan

d)

Untuk mengelakkan masalah kesihatan yang lebih serius, mereka perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau di hospital

6.

Pengguna kenderaan seharusnya menggunakan alat pendingin hawa ketika berada di jalan raya bagi mengurangkan risiko terhidu udara yang tercemar.


Maksud rangkai kata "mengurangkan risiko" ialah __________

a)

mengurangkan impak

b)

menyusutkan kesan buruk

c)

menambahkan kesan buruk

d)

meningkatkan impak

7.

Buat satu rumusan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan ketika berlakunya jerebu dan punca-punca masyarakat kurang prihatin akan kesan jerebu.


Pilih perenggan kesimpulan yang paling sesuai untuk soalan di atas.

a)

Kesimpulannya, masyarakat perlulah bekerjasama untuk menangani masalah jerebu agar kesihatan mereka sentiasa terjamin.

b)

Kesimpulannya, masyarakat perlulah prihatin akan kesan jerebu kerana jerebu sangat memudaratkan.

c)

Kesimpulannya, masyarakat perlulah bersungguh-sungguh untuk menangani kesan jerebu agar kesihatan mereka sentiasa terjamin.

d)

Kesimpulannya, masyarakat perlulah prihatin akan kesan jerebu demi menjaga kesihatan mereka.

8.

Kebanyakan punca berlakunya jerebu disebabkan oleh sikap manusia yang melakukan pembakaran terbuka.


Pada pendapat anda, apakah dua langkah yang sewajarnya dilakukan oleh pihak berkuasa untuk menangani masalah ini?

a)

Pihak kerajaan sewajarnya menyuruh mereka memadamkan pembakaran tersebut.

b)

Kerajaan sewajarnya menyaman pihak yang melakukan pembakaran dengan sengaja.

c)

Pihak berkuasa perlu memantau dan memberi amaran kepada orang ramai di kawasan yang berisiko tinggi .

d)

Pihak kerajaan perlu bertindak memadamkan kebakaran dengan pantas.

9.

Nyatakan dua peranan masyarakat untuk mengelakkan berlakunya jerebu.

a)

Masyarakat perlu bekerjasama membersihkan ladang.

b)

Masyarakat tidak melakukan pembakaran terbuka terutama pada musim kemarau.

c)

Masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku jerebu.

d)

Orang ramai sepatutnya menggunakan pengangkutan awam untuk mengurangkan pelepasan asap kenderaan.

10.

Dalam petikan ini pengarang menyatakan beberapa kelebihan Internet. Tiga kelebihan Internet ialah ____________

a)

Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas.

b)

Kelebihan utama Internet ialah keupayaannya memberikan maklumat tanpa sekatan.

c)

Internet dapat mengubah cara manusia berkomunikasi.

d)

Internet menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat dan aspek tanggungjawab.

11.

Manakah antara yang berikut BUKAN kesan buruk penyalahgunaan Internet.

a)

Internet sering mencabar amalan budaya dan moral

b)

Berlaku kegiatan jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus.

c)

Internet menjadikan sempadan geografi semakin jelas.

d)

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin pemegang hak ciptanya.

12.

Internet sering mencabar amalan budaya dan moral.

Rangkai kata mencabar amalan bermaksud ___________

a)

menduga kegiatan

b)

menentang kebiasaan

c)

mencabar kelaziman

d)

menentang amalan

13.

Penggunaan Internet tanpa kawalan akan mendatangkan keburukan kepada anak-anak. Dua keburukan tersebut termasuklah_________________________

a)

Penggunaan Internet menyebabkan anak-anak dapat menguasai pelbagai bahasa.

b)

Kesihatan anak-anak akan terjejas akibat terlalu lama melayari Internet.

c)

Anak-anak akan memperoleh ramai rakan maya dari serata dunia.

d)

Anak-anak terdedah kepada pelbagai media yang mengandungi unsur negatif seperti bahanlucah dan keganasan.

14.

Dua usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan penyalahgunaan Internet oleh anak-anak termasuklah __________________.

a)

Ibu bapa perlu menggunakan litar tertutup untuk mengawal perlakuan anak-anak.

b)

Ibu bapa boleh sentiasa mendampingi anak-anak untuk mengelakkan mereka bosan.

c)

Ibu bapa perlu sentiasa memantau laman sesawang yang dilayari oleh anak-anak.

d)

Ibu bapa perlu menggunakan perisian untuk menyekat video yang mengandungi unsur lucah dan ganas.

15.

Semua pernyataan berikut merupakan kebaikan perniagaan dalam talian kepada masyarakat KECUALI

a)

Masyarakat dapat membeli belah tanpa perlu keluar rumah.

b)

Masyarakat dapat menambah pendapatan dengan menjadi peniaga atau ejen bagi barangan keperluan.

c)

Orang ramai dapat membandingkan kualiti sebenar barangan di Internet.

d)

Orang ramai dapat membuat perbandingan harga tanpa perlu pergi ke pasar raya,