wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKKS: sej t5 b7

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah asas kepada pembentukan negara demokrasi?

a)

Kuasa raja-raja

b)

Kedaulatan rakyat

c)

Kekuatan pemimpin

d)

Kesetiaan penduduk

2.

Sistem *Raja Berperlembagaan* diamalkan di Malaysia sejak tahun 1957.

Bagaimanakah kedudukan raja dalam sistem ini.

a)

Pemutus hukuman

b)

Pemerintah tertinggi

c)

Pentafsir perlembagaan

d)

Penasihat undang-undang

3.

Bagaimanakah sesuatu undang-undang itu dianggap tidak sah untuk diguna pakai?

a)

Bercanggah dengan perlembagaan

b)

Tidak dipersetujui oleh rakyat

c)

Kerajaan baru dibentuk

d)

Dibatalkan oleh rakyat

4.

Bagaimanakah kerakyatan seseorang boleh dilucutkan mengikut Perlembagaan Malaysia?

a)

Bekerja tetap di luar negara

b)

Berkahwin dengan warga asing

c)

Mempunyai kerakyatan negara lain

d)

Meninggalkan negara melebihi setahun

5.

En. Luqman yang berusia 40 tahun sangat cemerlang dalam profesionnya dan banyak menyumbangkan bakti untuk negara.

Beliau layak untuk dipertimbangkan menganggotai

a)

Dewan negara

b)

Dewan rakyat

c)

Jemaah menteri

d)

Jabatan kerajaan

6.

Siapakah yang berkuasa melantik ahli Dewan Negara di Malaysia?

a)

Jemaah Menteri

b)

Perdana Menteri

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Majlis Raja-Raja Melayu

7.

Maklumat berikut berkaitan dengan Keahlian Dewan Rakyat dalam Parlimen.


**Mempunyai 219 orang ahli**

**Tempoh jawatan ialah 5 tahun **


Bagaimanakah cara ahli dewan tersebut dipilih?

a)

Pencalonan daripada Perdana Menteri

b)

Penyertaan dalam misi kemanusiaan

c)

Pengundian melalui pilihan raya umum

d)

Perlantikan oleh Yang di-Pertuan Agong

8.

En. Farhan berhasrat untuk bertanding sebagai calon pilihan raya.

Apakah syarat yang perlu dipatuhi oleh beliau?

a)

Tidak diisytiharkan muflis

b)

Mempunyai taraf pendidikan tinggi

c)

Menyertai parti politik tanah air

d)

Terlibat dalam misi kemanusiaan

9.

Apakah peranan Jemaah Menteri dalam struktur pentadbiran Malaysia?

a)

Meluluskan perlembagaan

b)

Menggubal dasar kerajaan

c)

Mentafsirkan undang-undang

d)

Melindungi kepentingan pribumi

10.

Mengapakah hakim tidak dibenarkan terlibat dalam politik?

a)

Menjaga keselamatan diri

b)

Mengutamakan kes mahkamah

c)

Mengelakkan pertindihan tugas

d)

Menjamin keadilan undang-undang

11.

Perlembagaan negara kita membenarkan pengundi mendaftar secara pos.

Siapakah yang berhak menikmati kemudahan ini?

a)

Pesakit di hospital

b)

Pelajar di luar negara

c)

Penghuni rumah orang tua

d)

Penduduk kawasan pedalaman

12.

Sekiranya seseorang ahli parlimen di Sabah meninggal dunia,dalam tempoh berapa lamakah pilihan raya kecil perlu diadakan bagi kawasan tersebut?

a)

30 hari

b)

60 hari

c)

90 hari

d)

100 hari

13.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan.

Apakah yang dimaksudkan dengan Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan sistem Jemaah Menteri

d)

Pentadbiran oleh Yang di-Pertuan Agong

14.

Hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Pusat haruslah dipelihara.

Bagaimanakah hubungan baik ini dapat dibentuk?

a)

Mengutamakan pembangunan negeri

b)

Mengamalkan pemerintahan mutlak

c)

Mengekalkan sikap toleransi

d)

Memelihara hak peribumi

15.

Bilakah Jalur Gemilang akan dikibarkan separuh tiang ?

a)

Dalam istiadat rasmi negara

b)

Negara diisytiharkan darurat

c)

Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong

d)

Sepanjang tempoh parlimen dibubarkan