wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 1

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Komunikasi awal tidak mudah: mungkin dengan isyarat tangan dan mimik muka. Tetapi, homo loquens yang dimiliki mendorong manusia untuk menggunakan alat mental yang ada pada mereka.


Homo loquens dalam teks di atas merujuk

a)

mimik muka.

b)

isyarat tangan.

c)

kudrat berbahasa,

d)

kebolehan menulis.

2.

‘the Malay press tends not so much towards the introduction of new foreign words as to the use of Malay in new and extended meanings … Malay words are given secondary meanings or metaphorical meanings which are not usually the natural development of the previous usage in Malay’ (J. M. Gullick, 1953)

Teks di atas merujuk satu kepentingan terjemahan, yakni

a)

menyampaikan ilmu.

b)

memantapkan sesuatu bahasa.

c)

menyimpan khazanah ilmu sesuatu bangsa.

d)

membolehkan pertukaran budaya antara bangsa.

3.

Translation is a craft consisting in the attempt to replace a written message and/or statement in one language by the same message and/or statement in another language.


Takrif terjemahan yang diberikan dalam petikan di atas diketengahkan oleh

a)

J. C. Catford (1965).

b)

Peter Newmark (1995).

c)

Jeremy Munday (2001).

d)

Eugene Nida (1964).

4.

Cerita ‘Puteri Salju dan Tujuh Orang Kerdil’ yang terkenal dalam bahasa Melayu diterjemahkan daripada bahasa Inggeris, iaitu cerita ‘Snow White.’ Cerita ini sebenarnya berasal dari Jerman, dari karya Jakob dan Wilhelm Grimm yang berjudul ‘Schneewittchen und die sieben Zwerge.’, "Putih Salji dan Tujuh Orang Kerdil"


Apakah jenis terjemahan yang diperihalkan dalam petikan di atas?

a)

Terjemahan bebas.

b)

Terjemahan literal.

c)

Terjemahan antara masa.

d)

Terjemahan tak langsung.

5.

Teks sumber: For extra colour, use one red and one yellow pepper.

Teks sasaran: Untuk warna lebih, gunakan satu merah dan satu kuning lada.


Apakah jenis terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam teks di atas?

a)

Terjemahan bebas.

b)

Terjemahan tak langsung.

c)

Terjemahan hurufiah.

d)

Terjemahan dinamik.

6.

Ducrot dan Tudoroy (1972) menggelarkan bentuk bahasa yang timbul dari proses mengaitkan imej bunyi dengan makna serta melihat perkataan secara berdampingan untuk menghasilkan komunikasi sebagai bahasa

a)

ekspresif.

b)

estetika.

c)

phatic.

d)

sabir.

7.

Teks sumber: I was leaving for my sister’s baby shower when I heard the bad news.

Teks sasaran: Saya baharu sahaja bertolak ke jamuan pancuran mandian bayi kakak saya apabila saya mendapat perkhabaran buruk tersebut.


Masalah dalam terjemahan di atas berlaku apabila tiada kepadanan teks atau ujaran dalam bahasa sasaran yang boleh membawa makna teks atau ujaran yang termuat

dalam bahasa sumber. Dalam terjemahan, masalah ini dikenali sebagai

a)

keterlihatan terjemahan.

b)

universals of translation.

c)

ketakbolehterjemahan budaya.

d)

ketakbolehterjemahan linguistik.

8.

Teks sumber: Adapun dalam suatu negeri adalah seorang saudagar yang terlalu amat kaya; emas, perak, permata intannnya tiada tepermanai banyaknya.

Teks sasaran: Di sebuah negeri, ada seorang saudagar yang sangat kaya. Dia mempunyai banyak emas, perak dan intan permata.


Penyataan berikut benar tentang terjemahan di atas, kecuali

a)

terjemahan ini setia kepada perkataan teks sumber.

b)

bentuk terjemahan ini mengurangkan kepentingan konteks teks asal.

c)

terjemahan ini biasanya memberi bentuk bahasa yang moden pada teks asal.

d)

terjemahan yang dihasilkan daripada teks asal yang ditulis pada era waktu yang berbeza.

9.

Teks sumber: When Audrey was eight years old, she went to London to meet her best friend.

Teks sasaran: Semasa Audrey berusia lapan tahun, dia pergi ke London untuk berjumpa kawan baiknya.

Apakah bentuk strategi terjemahan yang diupayakan dalam terjemahan di atas dari kaca mata Vinay dan Darbelnet (1958)?

a)

Pinjaman

b)

Modulasi

c)

Transposisi

d)

Terjemahan literal

10.

Teks sumber: All being well, the program will run as planned.

Teks sasaran: Insya-Allah, program tersebut akan berlangsung seperti yang direncanakan.

Apakah bentuk strategi terjemahan yang diupayakan dalam terjemahan di atas dari kaca mata Vinay dan Darbelnet (1958)?

a)

Modulasi

b)

Adaptasi

c)

Transposisi

d)

Pinjaman

11.

Teks sumber: Known as the stinking corpse lily, the world largest flower is the rafflesia.

Teks sasaran: Bunga rafflesia yang dikenali sebagai bunga bakung yang busuk seperti mayat merupakan bunga yang paling besar di dunia.

Apakah bentuk strategi terjemahan yang diupayakan dalam terjemahan di atas dari kaca mata Vinay dan Darbelnet (1958)?

a)

Modulasi

b)

Adaptasi

c)

Transposisi

d)

Terjemahan literal

12.

Teks sumber: Although Azlan seems friendly and honest, remember that his father is a scheming person. People often tell us that the apple never falls from the tree.

Teks sasaran: Walaupun Azlan tampak mesra dan jujur, beringatlah yang bapanya bijak memperdayakan orang. Kata orang, bagaima acuan, begitulah kuihnya.

Apakah strategi terjemahan yang diupayakan dalam contoh di atas dari kaca mata Vinay dan Darbelnet (1958)?

a)

Peniruan.

b)

Pinjaman.

c)

Penyamaan.

d)

Transposisi

13.

· Proses mengadaptasi produk yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa mengikut negara atau daerah tertentu.

· Merupakan tahap kedua proses terjemahan produk dan adaptasi budaya.

Melibatkan adaptasi budaya dan terjemahan perisian, permainan video, suara latar, atau kandungan multimedia lain.


Apakah kategori terjemahan yang dihuraikan dalam petikan di atas?

a)

Terjemahan audiovisual.

b)

Terjemahan mesin

c)

Lokalisasi

d)

Terjemahan iklan.

14.

Teks sumber: Preparation Method:

1. Heat oven to 190⸰c. Mix all ingredients in a medium bowl until soft dough forms.

2. Drop dough 27-30g by rounded teasponfuls 2 inches apart on ungreased baking shit.

Bake fo 8-10 minutes until golden brown. Cool 5 minutes before removing from sheet and then cool completely.

Teks sasaran: Kaedah Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar hingga 190⸰C. Campurkan semua bahan dalam bekas sederhana hingga adunan lembut terbentuk.

2. Letakkan adunan 27-30g yang dibulatkan dengan sudu teh penuh dengan jarak dua inci antara satu sama lain di atas kertas surih yang tidak diminyakkan.

Bakar selama 8-10 minit sehingga perang keemasan. Sejukkan selama 5 minit sebelum alihkan biskut daripada dulang dan kemudian sejukkan sepenuhnya.


Bentuk terjemahan yang diperincikan dalam petikan di atas ialah terjemahan

a)

sastera.

b)

saintifik.

c)

teknikal.

d)

undang-undang.

15.

Teks sumber: They share a great deal of information on a quid pro quo basis.

Teks sasaran: Mereka berkongsi banyak maklumat berdasarkan quid pro quo.

Apakah strategi terjemahan yang diupayakan dalam conton di atas dari kaca mata Vinay dan Darbelnet (1958)?

a)

Modulasi

b)

Adaptasi

c)

Pinjaman.

d)

Transposisi

16.

Bahasa yang digunakan dalam produk terjemahan, sebagai contoh, sekiranya anda menterjemah daripada bahasa Jepun kepada bahasa Melayu, bahasa yang anda hasilkan dalam terjemahan anda ialah bahasa Melayu.


Konsep yang digagaskan dalam petikan di atas merujuk

a)

teks.

b)

bahasa sumber.

c)

bahasa sasaran.

d)

bahasa asal.

17.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ‘terjemah’ berasal daripada perkataan bahasa Arab ‘tarjamah’ yang bererti

a)

mengusahakan kerja terjemahan.

b)

memindahkan konsep dengan menggunakan konsep dalam budaya lain.

c)

mentafsir perkataan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain.

d)

mengambil teks asli atau teks sumber dan menukarkannya kepada satu teks dalam bahasa yang berbeza.

18.

Bahasa Portugis: mentega, bomba, jendela, kemeja

Bahasa Arab: watan, wajah, wilayah, layak

Bahasa Sanskrit: cempaka, usaha, bencana

Bahasa Tamil: pili, tirai, katil, auta


Apakah fungsi terjemahan dalam konteks di atas?

a)

Memperkenalkan sastera baharu.

b)

Menyebarluaskan ilmu pengetahuan.

c)

Memperkaya khazanah ilmu sesuatu bahasa.

d)

Mengenalkan budaya asing kepada sesuatu bangsa.

19.

Yang manakah antara berikut BENAR tentang terjemahan?

I Terjemahan ialah kaedah paling asas dan paling awal yang membolehkan komuniti berbeza bahasa mendapatkan maklumat atau menyebarkan maklumat.

II Terjemahan memperkenalkan gaya dan makna baharu dalam sesuatu bahasa, misalnya pengenalan penggunaan ‘cik’ dan ‘puan’ ke dalam bahasa Melayu terhasil daripada impak terjemahan.

III Terjemahan boleh memperkaya dan meningkatkan pemikiran sesuatu bangsa seperti yang berlaku dalam masyarakat Arab apabila berlaku ledakan terjemahan dari abad ke-6 hingga abad ke-15.

IV Terjemahan melibatkan pemindahan teks daripada bahasa sasaran kepada bahasa sumber dengan mengambil kira ciri-ciri psikobudaya dan psikososial komuniti penutur

bahasa sasaran dan bahasa sumber.

a)

I dan II sahaja.

b)

I. II dan III sahaja.

c)

I, III dan IV sahaja.

d)

II, III dan IV sahaja.

20.

When a doctor doctors a doctor, does the doctor doing the doctoring doctor as the doctor being doctored wants to be doctored or does the doctor doing the doctoring doctor as he wants to doctor?


Penterjemah yang ditugaskan untuk menterjemah teks dalam petikan di atas, mungkin berhadapan dengan masalah ketakbolehterjemahan

a)

gaya.

b)

makna.

c)

budaya.

d)

linguistik.