wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SMKTBR(1) T5 BAB 5:PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951. Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

2.

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951. Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

b)

Undang-undang antiperkauman digubal

c)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

d)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

3.

Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?

a)

Mengukuhkan kuasa penjajah

b)

Memelihara hak penduduk peribumi

c)

Melatih pemimpin dalam pentadbiran

d)

Memperakui kuasa pembesar tempatan

4.

Rajah 3 menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka. Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ?

a)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

b)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

c)

Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat

d)

Pengaruh orang dagang semakin kuat

5.

Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

b)

Mendapat peluang mentadbir kerajaan

c)

Mendapat pengiktirafan kuasa besar

d)

Menjimatkan kewangan kerajaan

6.

Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British. Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pemberian kemerdekaan tanah air

c)

Pengekalan hak istimewa orang melayu

d)

Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri

7.

Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu. Mengapakah usaha tersebut penting?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan

b)

Menetapkan syarat kerakyatan

c)

Mempercepat kemerdekaan negara

d)

Memantapkan Sistem Ahli

8.

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

9.

Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar. Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Parti Perikatan

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

11.

Gambar di sebelah adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an. Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?

a)

Memantapkan kedudukan UMNO

b)

Mendapatkan bantuan daripada British

c)

Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum

d)

Melemahkan ancaman pengganas komunis

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid. Apakah X ?

a)

Membendung kegiatan komunis

b)

Menetapkan sempadan antara negeri

c)

Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

d)

Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid. Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?

a)

Hal kerakyatan

b)

Penetapan sempadan

c)

Hal ehwal imigresen

d)

Peruntukan kewangan

14.

Gambar 1 adalah tokoh yang telah berjasa kepada Malaysia. Apakah jasa mereka?

a)

Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara

b)

Menentang Malayan Union

c)

Menamatkan zaman darurat

d)

Menyatupadukan rakyat

15.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

c)

Pesuruhjaya Negeri dikekalkan

d)

Pengaruh golongan kiri dihapuskan