NEW
Font size
WorksheetsSejarah T1B3 Zaman Prasejarah
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Maksud Zaman Prasejarah
Apakah maksud Zaman Prasejarah?
A. Teknologi sains terbatas
B. Manusia belum mengenal tulisan
C. Peralatan yang digunakan berasaskan batu
D. Kebijaksanaan manusia pada tahap rendah
Nyatakan istilah dalam bahasa Sanskrit yang dikaitkan dengan Zaman Prasejarah.
A. Nusa
B. Purba
C. Dukka
D. Nirleka
Pilih susunan Zaman Prasejarah yang betul mengikut kronologi.
Mesolitik - Neolitik - Paleolitik - Logam
Neolitik - Mesolitik - Paleolitik - Logam
Paleolitik - Mesolitik - Neolitik - Logam
Paleolitik - Neolitik - Mesolitik - Logam
Gambar beriikut merujuk kepada peralatan yang digunakan pada Zaman Logam.
Peralatan tersebut digunakan dalam aktiviti
A. Pertanian
B. Pelayaran
C. Pertukangan
D. Pembuatan Tembikar
Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia
Lukisan berikut berkaitn dengan penemuan di suatu tapak Zaman Prasejarah.
Apakah nama lokasi tersebut?
A. Catal Hyuk, Turki
B. Altmira, Sepanyol
C. Zhaokoudian, China
D. Gua Chauvet, Perancis
Apakah istilah berkaitan dengan pengkajian sejarah yang dapat dikaitkan dengan pertanyaan berikut?
Bukti tinggalan sejarah seperti sisa kerang, tulang binatang dan debunga tumbuhan
A. Fosil
B. Ekofak
C. Artifak
D. Feature
Gambar berikut berkaitan dengan binaan pada Zaman Prasejarah di Stonehenge, Britian.
Apakah yang dapat dikaitkan dengan binaan tersebut?
A. Pengkajian Bintang
B. Tempat Perkuburan
C. Kawasan Perumahan
D. Pembuatan barangan harian
Lokasi Zaman Prasejarah turut ditemui di Asia Tenggara.
Antara yang berikut, manakah padanan yang betul?
A. Sa Hyun = Vietnam
B. Gua Tabon = Indonesia
C. Ban Chiang = Myanmar
D. Gua Liang Bua = Filipina
Ciri - ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah
Salah satu petempatan manusia pada Zaman Mesolitik adalah di Gua Franchthi.
Di manakah letaknya gua tersebut?
A. Turki
B. Greece
C. Bulgaria
D. Sepanyol
Mengapakah manusia Zaman Prasejarah tinggal di kawasan pinggir sungai dan laut?
A. Mempercepatkan pergerakan ke tempat lain
B. Mematuhi kepercayaan yang diamalkan
C. Memperoleh bekalan makanan dan air
D. Memenuhi aspek keselamatan
Senarai berikut merupakan ciri - ciri peralatan Zaman Paleolitik.
- Ringkas dan kasar
- X
Apakah X?
A. Halus dan kemas
B. Berasaskan tulang haiwan
C. Menggunakan acuan tertentu
D. Pelbagai bentuk mengikut keperluan
Apakah faktor utama yang menyebabkan manusia pada penghujung Zaman Prasejarah berjaya mereka cipta perahu dan rumah?
A. Peluasan empayar
B. Penciptaan alat logam
C. Penggunaan sistem barter
D. Perkembangan kebudayaan
Rajah berikut berkaitan dengan aktiviti pengumpulan Zaman Prasejarah.
Zaman X
- Aktiviti pertanian dan penternakan kian meluas
- Aktiviti pengumpulan makanan berkurangan
Apakah X?
A. Zaman Logam
B. Zaman Neolitik
C. Zaman Mesolitik
D. Zaman Paleolitik
Mengapakah mayat manusia Zaman Neolitik diurus dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna?
A. Ketinggian manusia berfikir
B. Mengelakkan gangguan binatang
C. Kesedaran untuk menghormati makhluk
D. Kepercayaan kehidupan selepas mati
Rajah berikut berkaitan dengan warisan kehidupan manusia Zaman Prasejarah.
X = Tinggalan manusia Zaman Prasejarah berkaitan dengan ideologi atau kepercayaan
Apakah X?
A. Candi
B. Ideofak
C. Monumen
D. Animisme
Aktiviti pertanian penting kerana dapat membekalkan makanan kepada manusia.
Berdasarkan dapatan sejarawan, bilakah aktiviti pertanian giat dijalankan?
A. Zaman Paleolitik
B. Zaman Mesolitik
C. Zaman Neolitik
D. Zaman Logam
Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti penternakan.
> Aktiviti untuk sumber makanan secara berterusan
> Sekarang dijalankan secara komersial
Berdasarkan pengetahuan am anda, negara manakah menjadi pembekal hasil ternakan dunia?
A. India
B. Norway
C. Belanda
D. New Zealand
Zaman Prasejarah di Malaysia
Tokoh berikut berperanan dalam pengkajian Zaman Prasejarah di Asia Tenggara.
> Madeleine Colani
Apakah dapatan tokoh tersebut?
A. Pengenalan istilah Hoabinhian
B. Asia Tenggara mengalami Zaman Mesolitik
C. Lenggong lokasi terawal menusia di Malaysia
D. Asia Tenggara didiami sejak 40 000 tahun dahulu
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penemuan lukisan pada dinding gua dan ukiran batu pada Zaman Prasejarah?
A. Kewujudan manusia awal
B. Kebijaksanaan menusia berfikir
C. Unsur alam dimanfaatkan sepenuhnya
D. Manusia dapat berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat
Masyarakat Zaman Prasejarah mengamalkan upacara pengebumian orang mati.
Di manakah lokasi pengebumian perahu ditemui?
A. Gua Cha, Kelantan
B. Kuala Selinsing, Perak
C. Lembah Bernam, Selangor
D. Kampung Limbongan, Terengganu
