NEW
Font size
WorksheetsSejarah T1B5 Tamadun Awal Dunia
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Jadual berikut mengenai lokasi pembentukan tamadun awal dunia.
Tamadun Indus = Sungai Indus
Tamadun Mesir Purba = X
Apakah X?
A. Sungai Nil
B. Sungai Tigris
C. Sungai Euphrates
D. Sungai Huang He
Apakah kepentingan sungai dalam pembentukan tamadun awal dunia?
I. Upacara keagamaan
II. Sistem pengairan
III. Perhubungan dan pengangkutan
IV. Perdagangan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah kerajaan terawal yang muncul dalam Tamadun Mesopotamia?
A. Asyria
B. Chaldea
C. Babylon
D. Sumeria
Senarai berikut merujuk kepada petempatan yang muncul dalam Tamadun Mesopotamia.
> Ur / Nippur / Assur
Apakah jenis petempatan tersebut?
A. Mukim
B. Bandar
C. Kampung
D. Negara - kota
Apakah faktor yang menyebabkan perkembangan perdagangan semasa pemerintahan Kerajaan Pertengahan dalam Tamadun Mesir Purba?
A. Percukaian seragam
B. Galakan pemerintah
C. Pembinaan pelabuhan
D. Penggunaan mata wang
Firaun Ramses II
Gambar berikut merujuk kepada firaun yang terkenal pada zaman Kerajaan Baru di Mesir Purba.
Apakah sumbangan utama firaun tersebut?
A. Mendirikan tugu
B. Membina terusan
C. Membina monumen
D. Memina pintu gerbang
Senarai berikut merujuk kepada kubu kota yang terdapat dalam Tamadun Indus.
> Mohenjo - Daro / Harappa
Apakah keunikan kubu kota tersebut?
A. Jelapang bijirin
B. Pelabuhan darat
C. Bandar terancang
D. Gedung bawah tanah
Apakah faktor yang menyebabkan Tamadun Indus mengalami kemerosotan sekitar tahun 1750 SM?
A. Banjir
B. Perang
C. Kemarau
D. Wabak penyakit
Apakah kepentingan Sungai Huang He dalam pembinaan tamadun awal Huang He?
I. Pembinaan petempatan
II. Aktiviti pertanian
III. Pembinaan kubu
IV. Teknologi pelayaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada petempatan yang muncul pada zaman Shang.
Anyang
Apakah peranan petempatan tersebut?
A. Pusat pendidikan
B. Pusat keagamaan
C. Pusat pentadbiran
D. Pusat perdagangan
Apakah bukti ketinggian budaya penciptaan seni bina masyarakat Mesopotamia?
A. Sfinks
B. Piramid
C. Ziggurat
D. Enuma Elish
Gambar berikut merujuk monumen yang dibina dalam Tamadun Mesir Purba.
Apakah fungsi monumen tersebut?
A. Kubu firaun
B. Istana firaun
C. Perkuburan firaun
D. Rumah ibadat firaun
Kemahiran berikut dimiliki oleh masyarakat tamadun awal dalam seni bina.
Sistem Pembentungan
Masyarakat tamadun awal manakah yang memiliki kemahiran tersebut?
A. Indus
B. Huang He
C. Mesir Purba
D. Mesopotamia
Maklumat berikut mengenai sumbangan seorang pemerintah terkenal Tamadun Mesopotamia.
X
> Memperkenalkan kod undang - undang
> Memperbaik sistem kutipan cukai
Siapakah X?
A. Sesostris
B. Ramses II
C. Hammurabi
D. Raja Mennes
Jadual berikut merujuk kepada goglongan yang berpengaruh dalam Tamadun Indus.
X = Pentadbiran / Keagamaan
Apakah golongan X?
A. Raja
B. Pendeta
C. Pahlawan
D. Bangsawan
Antara yang berikut, manakah konsep yang berkaitan dengan sistem pemerintahan Tamadun Huang He?
I. Sistem giliran
II. Mandat dari syurga
III. Sistem dinasti
IV. Konsep dewa - raja
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Apakah tamadun awal dunia yang menjalinkan hubungan perdagangan dengan Tamadun Indus?
A. Tamadun Rom
B. Tamadun Yunani
C. Tamadun Huang He
D. Tamadun Mesopotamia
Apakah kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Huang He dalam pembangunan pertanian?
A. Tanaman giliran
B. Penggunaan baja
C. Sistem pengairan
D. Tanaman berteres
Apakah reka cipta masyarakat Mesir Purba dalam bidang teknologi?
I. Penciptaan kertas
II. Kompas magnetik
III. Kapal layar
IV. Penciptaan dakwat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Jadual berikut merujuk kepada sistem tulisan dalam tamadun awal dunia.
Mesopotamia = X
Mesir Purba = Hieroglif
Apakah X?
A. Hieroglif
B. Piktograf
C. Ideogram
D. Kuneiform
