WorksheetsY5 BM AUG 1ST WEEK
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Penyanyi itu sedang ______________ lagu baharunya yang kini dikatakan mendapat sambutan hangat di pasaran.
memberikan
menunjukkan
mengalunkan
menyembahkan
Selena sedang ____________ hasil tugasan kumpulannya di hadapan kelas.
melafazkan
mengisahkan
membentangkan
menggambarkan
Fatimah ___________ kain yang telah dibasuh sebelum disidai di ampaian.
melipat
memerah
merendam
menggosok
Para peniaga di pasar malam itu berasa _________ apabila mereka mendapat tempat baharu yang lebih selesa.
sayu
aman
geram
gembira
Kadar kemalangan yang semakin _______________ ketika musim perayaan setiap tahun amat membimbangkan.
susut
besar
tinggi
penuh
Puan Yunita berasa ____________ apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya merosot.
takut
gayat
kecewa
segan
Kerepek pisang itu sudah tidak boleh dimakan lagi kerana berbau _____________.
hamis
hapak
tengik
hangit
Nek Timah berasa ___________ untuk makan ikan parang semenjak dia tercekik tulang ikan itu.
perit
serik
seram
geram
Pemandu itu memandu keretanya dengan ___________ sehingga terbabas ke seberang jalan.
laju
cepat
deras
tangkas
Suara petani yang _____________ itu menakutkan burung-burung di sawah padi.
ketat
garau
halus
merdu
