Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ASK T1 - ulang kaji

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik leraian?

a)

Menambahkan maklumat pada setiap bahagian yang kecil supaya lebih rumit.

b)

Memecahkan masalah yang rumit kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil supaya mudah diselesaikan.

c)

Menggabungkan bahagian-bahagian yang lebih kecil yang mempunyai ciri yang sama.

d)

Memecahkan masalah yang rumit dan dihubungkaitkan masalah-maslaah tersebut.

2.

Jadual ini menunjukkan kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan.

Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai jadual di atas?

a)

A. Kaedah yang digunakan ialah kaedah bahagi dengan 2 dan gunakan bakinya.

b)

A. Nombor perduaan yang diperoleh ialah 110100.

c)

A. Hasil bahagi 1 perlu dibahagikan lagi dengan 2.

d)

A. Semakan perlu dilakukan selepas menjalankan penukaran ini.

3.

Apakah kedalaman bit warna imej digital yang mempunyai 16 warna?

a)

65 536 bit

b)

16 bit

c)

8 bit

d)

4 bit

4.

Pengendali hubungan selalu digunakan dalam pernyataan bersyarat. Dalam simbol grafik manakah terletaknya pengendali hubungan bagi syarat?

a)
b)
c)
d)
5.

Teliti pernyataan di bawah.


Jika satu syarat yang telah diuji adalah BENAR dan tiada lagi terdapat syarat-syarat lain, maka set tindakan yang berikut akan dilaksanakan.


Struktur kawalan yang manakah diterangkan oleh pernyataan di atas?

a)

Struktur kawalan pelbagai pilihan

b)

Struktur kawalan dwipilihan

c)

Struktur kawalan tanpa pilihan

d)

Struktur kawalan pilihan tunggal

6.

Apakah kepentingan struktur kawalan ulangan?

a)

Membenarkan algoritma memilih satu daripada beberapa pilihan laluan.

b)

Membenarkan langkah-langkah dalam algoritma sentiasa berulang.

c)

Membenarkan algoritma ditulis dengan lebih ringkas tanpa langkah-langkah yang berulang.

d)

Membenarkan masalah dapat diselesaikan dengan lebih efisien.

7.

Struktur kawalan yang manakah mempunyai syarat yang diuji di bahagian bawah gelung, selepas set langkah yang berulang?

a)

Struktur kawalan UNTUK (FOR).

b)

Struktur kawalan SELAGI (WHILE).

c)

Struktur kawalan ULANG-SEHINGGA (REPEAT-UNTIL).

d)

Struktur kawalan ULANG-BILANG (REPEAT-CONDITION).

8.

Paragraph heading yang manakah mempunyai saiz teks yang terkecil?

a)

Heading 1

b)

Heading 3

c)

Heading 5

d)

Heading 6

9.

Antara berikut, yang manakah BUKAN unsur tarikan kepada pengguna untuk melawat sesuatu laman sesawang?

a)

Paragraph headings

b)

Menu

c)

Banner

d)

Frame

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan pemikiran komputasional?

a)

Menggunakan kaedah seperti komputer untuk menyelesaikan masalah.

b)

Menggunakan konsep asas komputer bagi menyelesaikan masalah.

c)

Memberi arahan kepada komputer untuk melaksanakan tugas.

d)

Menyelesaikan masalah berbantukan komputer.

11.

Antara pernyataan berikut, yang manakah mengandungi pengecaman corak?

a)

Semua rumah ada pintu.

b)

Rumah saya mempunyai 3 tingkat.

c)

Rumah saya mempunyai 5 buah bilik dan satu anjung di hadapan rumah.

d)

Belakang rumah saya terdapat sebuah kolam besar.

12.

Apakah elemen yang tekecil untuk paparan imej diital pada skrin komputer?

a)

Resolusi

b)

Dimensi

c)

Piksel

d)

Bit

13.

Antara berikut, yang manakah rumus yang betul bagi mengukur kedalaman bit.

a)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampel (Hz) × kedalaman bit (bait) × durasi.

b)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampel (KHz) × kedalaman bit (bait) ×saluran.

c)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampel (Hz) × kedalaman bit × Saiz fail.

d)

Kadar kedalaman bit = Kadar sampel (Hz) × kedalaman bit (bait) × saluran.

14.

Yang manakah antara berikut adalah contoh teknik leraian?

a)

Meneka siapakah yang telah menyelesaikan jenayah sebelumnya dengan

melihat kepada corak yang pernah terjadi.

b)

Menyelesaikan masalah jenayah yang kompleks dengan memecahkan

masalah kepada beberapa sub bahagian seperti bilakah jenayah berlaku dan adakah saksi kejadian.

c)

Merujuk kepada jenayah lain yang pernah berlaku.

15.

Mengapakah kita perlu berfikir secara komputasional?

a)

Membolehkan kita mengarahkan komputer memproses maklumat dengan mudah

b)

Membolehkan kita memahami cara komputer menyelesaikan masalah

c)

Membolehkan kita mahir dalam penggunaan komputer dalam kehidupan seharian

d)

Membolehkan penyelesaian masalah yang rumit menjadi lebih mudah dan sistematik

16.

Antara yang berikut, yang manakah tidak melibatkan leraian suatu masalah?

a)

Memikirkan siapa yang boleh membantu menyelesaikan masalah

b)

Menghuraikan masalah dan mencari penyelesaian bagi cebisan-cebisan masalah yang dihuraikan

c)

Mendapatkan pembantu supaya setiap pembantu dapat tumpukan perhatian pada tugasan yang diberi

d)

Gabungan dua masalah supaya dua masalah dapat diselesaikan secara serentak

17.

Apakah elemen terkecil untuk paparan imej digital pada skrin komputer?

a)

Resolusi

b)

Dimensi

c)

Piksel

d)

Bit

18.

Antara yang berikut, yang manakah tidak benar mengenai jenis ukuran yang lazim digunakan untuk membezakan dan mengukur saiz serta kualiti imej digital?

a)

Resolusi

b)

Kedalaman bit imej

c)

Kedalaman bit warna

d)

Dimensi

19.

Nyatakan sebab mengapa imej perlu dimampatkan.

a)

Untuk meningkatkan kualiti imej

b)

Untuk menukar warna imej

c)

Untuk menjadikan imej mudah disimpan

d)

Untuk meningkatkan kualiti fail

20.

Jenis fail audio yang manakah adalah dalam bentuk mampatan?

a)

WAVE

b)

MP3

c)

MIDI

d)

BMP

21.

Teknik semakan kualiti yang manakah melibatkan penggunaan satu sampel data input untuk diproses?

a)

Semakan terperingkat

b)

Semakan meja

c)

Semakan langkah demi langkah

d)

Semakan algoritma

22.

Yang manakah menerangkan tag HTML </head> dengan betul?

a)

Menandakan permulaan bahagian kepala laman sesawang

b)

Menandakan tamat atur cara HTML

c)

Menandakan tamat bahagian kepala laman sesawang

d)

Menandakan tamat kod arahan bagi mengarahkan pelayar web untuk memaparkan teks di antaranya pada tab laman sesawang

23.

Di antara berikut, yang manakah BUKAN struktur papan cerita?

a)

Struktur linear

b)

Struktur aneka pilihan

c)

Struktur cabang

d)

Struktur roda

24.

Bagaimanakah kadar sampel mempengaruhi audio digital semasa pendigitalan oleh alat analog-to-digital converter (ADC) sesuatu analog?

a)

Penggunaan ADC yang berkualiti dapat mengambil bilangan kadar sampel yang lebih banyak

b)

Semakin banyak kadar sampel yang diambil semasa pendigitalan, semakin berkualiti audio digital yang dihasilkan

c)

Audio digital dipengaruhi oleh jumlah kadar sampel yang diambil dalam satu minit

d)

Kadar sampel ialah bilangan bit untuk setiap sampel yang diambil

25.

Fail imej digital berikut mempunyai dimensi 640x423 dan resolusi 300 dpi.

a)

902 piksel

b)

270 720 piksel

c)

318 900 piksel

d)

81 216 000 piksel

26.

Pemikiran komputasional ialah satu proses ____________ bagi tujuan _________________ sesuatu masalah oleh manusia sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan menggunakan konsep asas sains _____________.

a)

komputer; menyelesaikan; pemikiran

b)

pemikiran; menyelesaikan; mesin

c)

pemikiran; menyelesaikan; komputer

d)

menyelesaikan; pemikiran; mesin

27.

Merancang perjalanan yang paling pendek untuk ke sekolah. Adakah pernyataan tersebut pemikiran komputersional ?

a)

Benar

b)

Palsu

28.

Imej digital ialah________ yang dirakam dan disimpan dalam bentuk pola-pola bit (0 dan 1)

a)

bunyi

b)

ditukar

c)

disimpan

d)

gambar

29.

Dimensi merujuk kepada ukuran panjang dan lebar imej yang diukur dalam unit ____________

a)

bit

b)

dpi

c)

hertz

d)

piksel

30.

Ukuran panjang dan lebar merujuk kepada unit ukuran.......

a)

piksel

b)

dpi (dots per inch)

c)

bpp (bits per pixel)

d)

bits