NEW
Font size
WorksheetsSEJARAH BAB 8:PEMBANGUNAN DAN PERPADUAN UNTUK KESEJAHTERAAN
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
1. Dalam pelaksanaan Rancangan Malaya Pertama terdapat dua agensi utama kerajaan yang memainkan peranan penting iaitu RIDA dan FELDA.
Apakah peranan FELDA?
A Meningkatkan hasil pertanian negara
B Membina rumah kakitangan kerajaan
C Menumpukan perhatian kepada kesihatan
D Menggalakan orang Melayu terlibat dalam perniagaan
1. RIDA dan FELDA mempunyai peranan yang sama dalam melaksanakan Rancangan Malaya Pertama.
Apakah persamaan tersebut?
A Membuka tanah secara besar-besaran
B Memajukan masyarakat luar bandar
C Memindahkan penduduk ke petempatan baru
D Memberi pinjaman kepada pengusaha pertanian kecil
1. Maklumat berikut berkaitan dengan dasar-dasar negara
·
Dasar Penswastaan
·
Dasar Pertanian Negara
·
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Apakah persamaan ketiga-tiga dasar tesebut?
A Melibatkan kaum belia dalam pembangunan negara
B Melibatkan sektor swasta dalam pembangunan negara
C Melibatkan pihak kerajaan sahaja dalam pembangunan negara
D Melibatkan campurtangan negara luar dalam pembangunan negara
1. Siapakah yang melancarkan Dasar Penswastaan pada bulan Mac 1983 ?
A Dato’ Sri Muhyiddin Yassin
B Dato Sri Najib Tun Razak
C Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad
D Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi
1. Apakah prinsip Rukun Negara yang ketiga ?
A Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
B Keluhuran Perlembagaan
C Kedaulatan Undang-undang
D Kepercayaan Kepada Tuhan
1. Antara berikut, manakah bukan langkah memajukan bahasa Melayu ?
A Pelancaran ‘ Bulan Bahasa’
B Pelancaran slogan ‘ Bahasa Jiwa Bangsa’
C Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
D Penubuhan Sekolah Vernakular
1. Perarakan Citrawarna Malaysia diadakan di Dataran Merdeka pada tahun 2001.
Apakah dasar pembangunan sosial yang berkaitan dengan program tersebut ?
A Rukun Negara
B Dasar Pendidikan
C Sukan Untuk Perpaduan
D Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Siapakah tokoh yang melancarkan wawasan 2020 pada 28 Februari 1991 ?
A Dato’ Sri Muhyiddin Yassin
B Dato Sri Najib Tun Razak
C Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad
D Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi
1. Terdapat sejumlah cabaran yang perlu diatasi dalam Wawasan 2020.
Berapakah cabaran tersebut ?
A 6
B 7
C 8
D 9
1. Manakah antara berikut tidak berkaitan dengan Dasar Pendidikan ?
A Laporan Razak
B Laporan Barnes
C Laporan Rahman Talib
D Laporan Suruhanjaya Cobbold
1. Dato’ Sri Dr Mahathir Mohamad telah melaksanakan pelbagai dasar pembaharuan.
Manakah antara berikut bukan dasar yang diperkenalkan oleh beliau ?
A Wawasan 2020
B Dasar Penswastaan
C Dasar Pertanian Negara
D Dasar Pandang Ke Timur
1. Apakah program pembangunan ekonomi yang berkaitan dengan projek-projek seperti KEMUBU, BESUT,JOHOR BARAT,KELANTAN UTARA dan SELANGOR BARAT ?
A Dasar Pensyarikatan
B Pembangunan In-Situ
C Dasar Kependudukan
D Dasar Hala Tuju Cara Baru
1. Telekom Malaysia Berhad merupakan syarikat telekomunikasi terunggul di Malaysia dan mempunyai menara setinggi 55 tingkat.
Apakah bentuk menara tersebut ?
A Pucuk Ubi
B Pucuk rebung
C Buah nanas
D Kuih lapis
1. Hasil penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) , sebuah kilang kereta dibina di Shah Alam. Apakah kilang tersebut ?
A Honda
B Proton
C Perodua
D Myvi
1. Pencapaian Rancangan Malaya Pertama kurang memberangsangkan kerana beberapa masalah. Apakah masalah tersebut ?
A Ancaman penyakit
B Ancaman komunis
C Ancaman binatang buas
D Ancaman bencana alam
