WorksheetsMinggu 1 - Pendidikan PSI Semasa Hamil
Total questions: 12
Worksheet time: 7mins
Tiga (3) kebaikan Penyusuan Susu Ibu kepada bayi adalah
Mengandungi semua zat yang memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan bayi
Mengurangkan risiko kanser
Mudah dihadam
Mengandungi antibodi yang melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan
Kebaikan Penyusuan Susu Ibu kepada ibu adalah
Mengurangkan risiko kanser payudara
Mengurangkan risiko kanser paru-paru
Menambahkan berat badan
Mendapat jangkitan
Tiga (3) kepentingan sentuhan kulit ke kulit sejurus selepas kelahiran adalah
Menggalakkan jalinan kasih sayang seterusnya membantu memulakan penyusuan
Menggalakkan pengkolonian bakteria
Bayi kerap menangis
Membantu mengekalkan suhu badan bayi yang optima
Tiga (3) kepentingan Ibu bersama bayi (rooming in) 24 Jam termasuklah
Membentuk corak jaga dan tidur bayi
Ibu dapat belajar tanda-tanda bayi ingin menyusu (feeding cues)
Ibu lebih lena
Ibu dapat memulakan penyusuan awal
Berikut adalah kepentingan susu ibu mengikut kehendak bayi (on demand) KECUALI
Mengekalkan penghasilan susu dan merangsang pengeluaran susu dengan cepat
Menggalakkan penggunaan susu formula
Mengurangkan kejadian jaundis (demam kuning)
Mengurangkan bengkak payudara
Dua (2) tanda-tanda bayi kenyang adalah
Tubuh bayi beransur relaks
Bayi mengeluarkan bunyi rengekan yang perlahan atau mungkin menangis
Bayi melepaskan payudara ibu dengan sendiri
Bayi menghisap jari
Berikut adalah kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi 6 bulan pertama tanpa sebarang makanan atau minuman lain KECUALI
Membekalkan semua zat dan air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan
Mengurangkan kematian bayi
Meningkatkan insiden jangkitan saluran pernafasan, cirit-birit dan lain-lain
Membantu pembentukan dan pertumbuhan rahang
Posisi bayi yang betul semasa penyusuan adalah
Badan bayi selari
Bayi menghadap ke payudara ibu
Badan bayi rapat ke ibu
Semua di atas
Risiko pemberian susu formula adalah seperti berikut KECUALI
Eczema dan lain-lain alahan
Diabetes dari peringkat kanak-kanak
Menjimatkan wang
Masalah jangkitan
Berikut adalah antara Amalan Penjagaan Mesra Ibu KECUALI
Mempunyai teman untuk memberi sokongan semasa proses kelahiran
Menggunakan prosedur invasif
Menggalakkan ibu berjalan dan bergerak
Menggalakkan ibu memilih kaedah penahan sakit bukan ubatan
Sila pilih tiga (3) kepentingan posisi dan pelekapan yang betul semasa menyusu
Membolehkan bayi mendapat susu yang mencukupi secara berkesan
Menggalakkan penggunaan susu formula
Mengelak masalah sakit puting
Melancarkan pengaliran dan pengeluaran susu
Berikut adalah kebaikan kolostrum (susu awal ibu) KECUALI
Kaya antibodi
Kaya faktor tumbesaran
Kaya bakteria berbahaya
Mempunyai kesan laksatif ringan
