WorksheetsY5 BM SECOND WEEK
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kadar kemalangan yang semakin _____________ ketika musim perayaan setiap tahun amat membimbangkan.
susut
tinggi
besar
sudut
Puan Song berasa ___________ apabila melihat keputusan peperiksaan anaknya merosot.
takut
gayat
segan
kecewa
Nenek Timah berasa __________ untuk makan ikan parang semenjak dia tercekik tulang ikan itu.
perit
serik
seram
geram
Nenek Ling sungguh __________ membesarkan cucu-cucunya di kampung.
tenat
teruk
tekun
tabah
Kedua-dua pasukan telah memberikan saingan yang ___________ dalam perlawanan bola sepak itu.
sengit
hangat
tegang
tangkas
Suara petani yang ___________ itu menakutkan burung-burung di sawah padi.
ketat
garau
halus
merdu
Lengan Kim Kim berdarah kerana tergesel pada permukaan tembok yang ___________itu.
licin
kasar
halus
tajam
Kerepek pisang itu sudah tidak boleh dimakan lagi kerana berbau ___________.
hamis
hapak
hangit
tengik
Mulut pawang itu ____________ membaca mantera ketika mengubati pesakit tersebut.
corat-coret
sorak-sorai
karut-marut
kumat-kamit
Encik Chan berjalan _____________ kerana kakinya terkena duri.
terketar-ketar
terhincut-hincut
terhegeh-hegeh
tersengguk-sengguk
