NEW
Font size
WorksheetsKuiz Tatabahasa Bahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Enci Azlan menegur __________ baharunya yang baru berpindah di kawasan perumahan itu.
jiran
anak
datuk
pekerja
Pak Mat yang terlantar sakit di _________ dijaga oleh isterinya dengan penuh sabar.
masjid
hospital
balai raya
balai polis
Ayah membeli barangan keperluan di __________.
Pasar Raya Maju Mekar
Pasar raya Maju Mekar
pasar raya Maju Mekar
pasar raya maju mekar
"Titah perintah ____________ akan segera patik laksanakan," kata Laksamana.
beta
tuanku
hamba
baginda
Pakailah seluar yang _________ ketika berkebun untuk melindungi diri daripada kecederaan.
kecil
lebar
labuh
panjang
Ibu melarang adik berdiri _________ dengan periuk yang mengandungi kari ayam yang sedang mendidih itu.
jauh
tinggi
hampir
panjang
Jia Yong berasa ________ apabila melihat ular yang panjang dan hitam itu.
takut
malu
benci
sayang
Aktiviti itu tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
Kata lawan bagi kebaikan ialah ___________.
kelebihan
manfaat
faedah
keburukan
Encik Lee mengajar anak-anaknya melukis sejak kecil lagi.
Kata seerti bagi mengajar ialah __________.
menjaga
mendidik
menegur
memelihara
Pak Krishan seorang _________ kerana sentiasa pulang dalam keadaan mabuk.
kaki judi
kaki ayam
kaki botol
kaki bangku
Chee Meng menghadiahkan se_________ bunga kepada ibunya semasa Hari Ibu.
batang
botol
rumpun
jambak
Puan Esa memakai se_________ sarung tangan semasa mencuci pinggan mangkuk.
pasang
helai
kuntum
gulung
Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang bteul.
Aduh, sakitnya mata saya.
Aduh. Sakitnya mata saya!
Aduh! Sakitnya mata saya.
Aduh, sakitnya mata saya!
Pilih ayat penyata yang betul.
Semua jawapan yang diberi oleh murid itu ialah betul.
Faizal ialah anak tunggul dalam keluarganya.
Gunung Tahan adalah gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia.
Pekerjaan ayah saya adalah seorang doktor gigi.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Di manakah kereta saya?
Kereta awak berwarna merah.
Kereta awak dipandu oleh abang.
Kereta awak diletakkan di tingkat dua.
Kereta awak selalu rosak.
