WorksheetsBiodiversiti
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Antara kumpulan haiwan yang berikut, yang manakah vertebrata (haiwan bertulang belakang) ?
Arnab, kambing, lintah
Labah-labah, cacing tanah, semut
Harimau, ikan, gajah
Siput, ular, lipas
Antara haiwan yang berikut, yang manakah melakukan persenyawaan luar?
Arnab
Ikan
Cicak
Itik
- Haiwan X
- Bernafas melalui peparu
- Homoioterma
Apakah haiwan X.
Lipas
Ular
Buaya
Zirafah
Antara tumbuhan yang berikut, yang manakah tumbuhan berbunga ?
Pokok tomato
Pokok padi
Paku pakis
Konifer
Berdasarkan penjelasan di bawah, pilih tumbuhan yang berkaitan.
- Daun berbentuk jarum
- Membiak melalui biji benih dalam kon
Paku pakis
Konifer
Bunga matahari
Lumut
Pilih kepentingan biodiversiti.
Biodiversiti membekalkan kita sumber makanan.
Biodiversiti adalah penting dalam menentukan keseimbangan kitar oksigen dan kitar karbon.
Biodiversiti membolehkan penyelidikan saintifik terhadap organisma dan mikroorganisma dapat dijalankan.
Biodiversiti membekalkan sumber untuk pembalakan haram
Pilih pernyataan yang Benar.
Paku pakis ialah tumbuhan vaskular
Lumut membiak dengan menghasilkan biji benih
Konifer mempunyai batang yang lembut
Bunga matahari tumbuhan dikoteledon
Pilih contoh bagi tumbuhan monokotiledon
Pokok padi
Pokok kelapa
Pokok rambutan
Pokok durian
Pilih haiwan yang mempunyai lebih daripada tiga pasang kaki.
Semut
Lipas
Labah-labah
Udang
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri satu vertebrata.
- Berdarah sejuk
- Bernafas melalui peparu
- Persenyawaan luar
Katak
Ikan
Ular
Burung
