WorksheetsKuiz Kemerdekaan (Mengenang Jiwa Pahlawan Leftenan Adnan)
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Allahyarham Leftenan Adnan Saidi di lahirkan di ________?
Sungai Merab
Sungai Ramal
Sungai Siput
Sungai Besar
Allahyarham Leftenan Adnan Saidi dilahirkan pada tahun ______?
1915
1925
1930
1940
Beliau menyertai Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) semasa umur beliau?
16 tahun
17 tahun
18 tahun
19 tahun
Pada tahun 1936, beliau adalah Pegawai Melayu Pertama yang dinaikkan pangkat sebagai ?
Sarjan
Mejar
Koperal
Pegawai Waran
Pada tahun 1937, beliau terpilih untuk mewakili platunnya dalam pembarisan hormat pertabalan Raja George VI di __________?
Belgium
Hungary
London
Manchester
Pada tahun 1995, Berita Harian telah menemuramah salah seorang anak beliau bagi menerangkan sifat bapanya Allahyarham Leftenan Adnan Saidi.
Beliau disifatkan seorang yang penyayang meluangkan masanya bersama keluarga. Beliau juga seorang tegas, berdisiplin, garang tetapi berhati mulia
Beliau disifatkan seorang yang panas baran dan meminggirkan keluarga.
Beliau disifatkan seorang seorang yang tidak berdisiplin dan suka membuang masa.
Beliau disifatkan seorang yang tidak tegas dan tidak bertanggungjawab.
Di lokasi ini, merakamkan babak demi babak bagaimana beliau bersama 42 anggota Platun 7, Kompeni C, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu berjuang hingga ke titisan darah terakhir mempertahankan ibu pertiwi dengan penuh keberanian. Lokasi yang dimaksudkan adalah?
Bukit Candu
Bukit Kledang
Bukit Keluang
Bukit Larut
Ketika Pertempuran Bukit Candu ini berlaku, Allahyarham berusia _____ tahun.
27
30
33
40
Allahyarham terlibat dengan pertempuran di Permatang Pasir Panjang yang juga di kenali sebagai?
Pertempuran Bukit Keluang
Pertempuran Bukit Kledang
Pertempuran Bukit Gantang
Pertempuran Bukit Candu
Jepun memulakan serangan dengan tembakan artileri diikuti penggempuran oleh unit infantrinya dalam Pertempuran ini.
Serangan itu dilakukan oleh Divisyen _________ ke-18 dengan bantuan kereta kebal dan pesawat udara.
Akatsuki
Sakuragi
Mutagichi
Kusanagi
Pada awal tengah hari 14 Februari 1942, Askar Jepun telah melakukan serangan secara helah. Namun helah itu dapat dihidu oleh Leftenan Datuk Adnan Saidi. Apakah helah yang dimaksudkan?
Memotong bekalan makanan dan air ke tempat pertempuran
Askar Jepun telah menyamar sebagai Tentera Punjabi daripada British-Indian Army
Askar Jepun berpura-pura menyerah kalah
Askar Jepun menyerang ke arah lokasi lain
Menurut rakan Allahyarham, Tan Sri Dato' Mubin Sheppard, 86 : "Beliau berjuang bermati-matian dan tidak akan pernah menyerah dalam keadaan apa pun. Dia benar-benar berdedikasi. Sebenarnya, sebelum bertempur, dia mengadaptasi satu motto untuk platunnya. Apakah Motto yang di maksudkan?
Alang-alang celup pekasam, biar sampai ke panggal lengan
Biar putih tulang, jangan putih mata
Bagai aur dengan tebing
Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang
Menurut salah seorang tentera yang terselamat telah melihat bagaimana keadaan tubuh badan Leftenan Adnan diperlakukan oleh tentera musuh ketika itu. Siapakah salah seorang tentera yang terselamat itu dan menjadi saksi apa yang berlaku di Bukit Candu ketika itu?
Koperal Awang Mahmud
Sarjan Ali Hussin
Koperal Yaakob Bidin
Mejar Abdul Rahim
Di kawasan lain Tentera Jepun dengan mudah menewaskan puluhan ribu tentera Britain, Australia dan India yang mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura, tetapi di Bukit Candu (tempat pertempuran Leftenan Adnan) tentera Jepun terpaksa mengambil masa selama berapa lama untuk menawan tempat tersebut?
14 jam
2 jam
3 jam
48 jam
Daripada Kisah Kepahlawanan Leftenan Datuk Adnan Saidi, dengan ini dirumuskan bahawa beliau seorang yang : (Jawapan boleh lebih dari satu)
Patriotik
Tidak mudah menyerah kalah
Pintar
Berusaha dengan bersungguh - sungguh
