wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 4 KSSM BAB 5

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sistem yang dilaksanakan oleh Pihak British bagi menggantikan Malayan Union?

a)

CLC

b)

Sistem Ahli

c)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

d)

British Military Administration

2.

Mengapakah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1948?

a)

Memberi kelebihan kepada orang melayu

b)

Malayan Union ditolak oleh penduduk tempatan

c)

Persekutuan Tanah Melayu 1948 boleh membantu dalam melicinkan pentadbiran

d)

Atas permintaan Pihak british

3.

Siapakah wakil bagi pihak UMNO yang terlibat dalam Penubuhan Jawatankuasa kerja?

a)

A.T.Newbount,K.k.O'Conner,W.D.Godsall

b)

Dato' Onn Jaafar,Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin,Haji Megat Yunus

c)

Raja Kamarulzaman Raja Ngah Mansur,Dato' Hamzah Abdullah,Haji Mohamad Sheriff Osman

d)

Theodore Adams,Roland Braddell,Ralph Hone

4.

Berikan definisi perkataan "Persekutuan"

a)

Gabungan beberapa buah parti politik yang sehaluan bagi membentuk sebuah negara

b)

Sama atau satu hala dalam membentuk pendirian

c)

Gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit Pentadbiran

d)

Permuafakatan beberapa buah negeri bagi membentuk satu ekonomi

5.

Perlembagaan Rakyat telah dicadangkan oleh?

a)

PUTERA-AMCJA

b)

UMNO

c)

ANGKATAN PEMUDA INSAF(API)

d)

hIZBUL MUSLIMIN

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan Gerakan Nasionalis Melayu Radikal.

Pusat Tenaga Rakyat

(PUTERA)

Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?

a)

Menentang British

b)

Menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja UMNO dan British

c)

Menolak pengenalan Malayan Union

d)

Menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya

7.

Apakah matlamat Golongan Nasionalis Melayu Radikal?

a)

Memperjuangkan agama Islam

b)

Memperjuangkan hak istimewa orang melayu

c)

Melaungkan perjuangan kemerdekaan sejak penghujung tahun 1930 - an

d)

Menuntut kerakyatan sama rata antara semua kaum

8.

Siapakah pengasas Hizbul Muslimin?

a)
b)
c)
d)
9.

PUTERA-AMCJA telah menganjurkan " hartal" pada 20 September 1947.Berikan definisi perkataan " hartal ".

a)

meletak jawatan beramai - ramai

b)

Membuat bantahan bertulis kepada pihak British

c)

Mengadakan demonstrasi di seluruh negara

d)

Tindakan tutup kedai dan memberhentikan semua kegiatan ekonomi

10.

Kewarganegaraan Malaya haruslah dinamakan?

a)

Melayu

b)

Malaysia

c)

Jus Soli

d)

Naturalisasi

11.

Siapakah Pentadbir British yang menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)
b)
c)
d)
12.

Tempoh masa yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja bagi merangka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Dua Tahun

b)

Enam Bulan

c)

Lima Bulan

d)

Setahun

13.

Berikan pemahaman kamu berkaitan " rakyat Raja"?

a)

Orang Melayu dan Orang Asli yang lahir tinggal di negeri Melayu yang mempunyai sultan

b)

Mereka yang lahir di Melaka,Pulau Pinang,dan mana - mana tanah jajahan British yang lain

c)

Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan Tanah Melayu dan bermastautin selama 15 tahun dari hari permohonannya

d)

Hak Kerakyatan sama rata

14.

Jelaskan peranan rakyat hari ini dalam usaha meningkatkan lagi imej negara

a)

Menjadi masyarakat minda kelas pertama

b)

Mencetuskan kekacauan dalam negara

c)

Membuat provokasi bagi membantah kerajaan

d)

Menghalang sebarang bentuk hasutan

15.

Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada?

a)

Cina,India dan British

b)

Melayu dan India

c)

Melayu,British sahaja

d)

Pelbagai Kaum

16.

Bilakah Piagam Atlantik telah diisytiharkan?

a)

bulan Ogos 1941

b)

bulan Ogos 1947

c)

Mei 1946

d)

Julai 1946

17.

Apakah kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Menjaga kedudukan istimewa Orang Melayu

b)

Perlaksanaan Jus Soli

c)

Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan Mahkota

d)

Malayan Union menjadi Sistem Pemerintahan

18.

Mengapakah kita perlu menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memudahkan mendapat manfaat ekonomi

b)

Menjaga kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum lain

c)

Rakyat boleh memilih pengganti raja

d)

Penolakan Perlembagaan Rakyat oleh British

19.

Nyatakan cadangan AMCJA ?

a)

Penekanan kepada kebebasana bersuara

b)

Bendera dan lagu kebangsaan

c)

Kedudukan Bahasa Melayu

d)

Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura

20.

Tandakan pengerusi AMCJA?

a)
b)
c)
d)