wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Ma'al Hijrah 2020M/1442H

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Hijrah Rasulullah SAW?

a)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah

b)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Madinah

c)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Madinah ke Mekah

d)

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Mekah ke Habsyah

2.

Siapakah yang bersama Rasulullah SAW semasa berhijrah?

a)

Saidina Ali bin Abi Talib

b)

Saidina Uthman bin Affan

c)

Saidina Abu Bakar AsSiddiq

d)

Saidina Umar bin AlKhattab

3.

Siapakah yang ditugaskan menghantar makanan ke gua Tsur?

a)

Saidatina Khadijah

b)

Saidatina Aisyah binti Abu Bakar

c)

Asma' binti Abu bakar

d)

Abdullah bin Abu Bakar

4.

Berikut adalah sebab berlakunya hijrah KECUALI ...

a)

Isyarat Allah

b)

Tekanan daripada Musyrikin Makah

c)

Strategi peperangan musuh

d)

Perlawaan daripada penduduk Yathrib

5.

Pilih pernyataan yang salah tentang peristiwa hijrah ke Madinah.

a)

Umat Islam berhijrah secara beransur-ansur selepas menerima arahan daripada Rasulullah SAW

b)

Tiada sahabat yang berani berhijrah secara terang-terangan kecuali Umar bin AlKhattab

c)

Setelah hampir 3 tahun para sahabat berhijrah barulah Rasulullah berhjrah setelah mendapat isyarat daripada Allah.

d)

Musyrikin Mekah menawarkan 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW

6.

Pengorbanan umat Islam terhadap tanah air dan harta benda demi...

a)

Memelihara diri

b)

Memelihara aqidah

c)

Memelihara ekonomi

d)

Memelihara keluarga

7.

Rasulullah SAW mengadakan bai'ah dengan sekumpulan penduduk Yathrib iaitu perjanjian.....

a)

Aqabah pertama dan Aqabah kedua

b)

Bai'ah pertama dan bai'ah kedua

c)

Perjanjian Hudaibiyah

d)

Perjanjian Hudaibiyah pertama dan kedua

8.

Pakatan untuk membunuh Rasulullah SAW berlaku di ..........

a)

Darul Iman

b)

Darul Ikhsan

c)

Darul Nadwah

d)

Darul Aman

9.

Rasulullah SAW bersembunyi di gua __________ selama ______ hari

a)

Thur , 3

b)

Thur , 2

c)

Hira' , 3

d)

Nur , 2

10.

Siapakah yang berjaya menjejaki Rasulullah SAW

a)

Abdullah bin Uraiqid

b)

Amir bin Fuhairah

c)

Abu Ayub Al Ansari

d)

Suraqah bin Malik

11.

Pada 8 Rabiul awal Rasulullah SAW tiba di __________ dan mendirikan masjid yang pertama dalam Islam.

a)

Yathrib

b)

Quba'

c)

Yaman

d)

Jeddah

12.

Siapakah Muhajirin?

a)

Penduduk asal Yathrib

b)

Penduduk mekah yang tinggal di Mekah

c)

Orang Islam yang berhijrah ke Yathrib

d)

Orang Islam yang berhijrah ke Habsyah

13.

Mengapakah kita menyambut Maal Hijrah?

a)

Memperingati sirah kelahiran Nabi Muhammad SAW

b)

Memperingati dakwah Rasulullah SAW

c)

Menghayati sejarah kota Madinah

d)

Memperingati perjuangan Rasulullah SAW dan umat Islam terdahulu

14.

Pilih pernyataan yang betul tentang kesan daripada peristiwa hijrah Rasulullah SAW

a)

Ajaran Islam semakin tersebar

b)

Tertegaknya negara Islam pertama

c)

Kedudukan ekonomi umat Islam semakin kukuh

d)

Musyrikin Mekah semakin memberi tekanan kepada umat Islam

15.

Penggunaan kalender hijrah bermula pada zaman pemerintahan Khulafa' ArRasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Saidina ...............

a)

Abu Bakar AsSiddiq

b)

Umar bin AlKhattab

c)

Utman bin Affan

d)

Ali bin Abi Talib

16.

Bulan pertama dalam kalender Islam ialah,,,,,,,

a)

Safar

b)

Muharam

c)

Rejab

d)

Syaaban

17.

Pada 20 Ogos 2020 umat Islam telah menyambut Maal Hijrah tahun ____________

a)

1440 Hijrah

b)

1441 Hijrah

c)

1442 Hijrah

d)

1443 Hijrah

18.

Pilih pernyataan yang benar tentang Maal Hijrah

a)

Awal Muharam

b)

Memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat islam ke Madinah

c)

Memperingati Isra' dan Mikraj

d)

Permulaan kiraan kalender hijrah

19.

Iktibar dari peristiwa hijrah ialah , umat Islam perlu .......

a)

Bijak membuat perancangan dan strategi

b)

Mencari kawan yang saleh

c)

Sabar dan tabah menghadapi halangan dan cabaran

d)

Sentiasa memelihara aqidah

20.

Tema sambutan Maal Hijrah tahun ini ialah....

a)

Menyantuni Umat Membawa Rahmat

b)

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

c)

Ummah Rabbani Negara Harmoni

d)

Perpaduan Nadi Transfomasi Negara