wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa Menengah 3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mujurlah kemarahan Hilman terlerai setelah Cappi memujuknya dengan kata-kata lembut. Jika tidak, sudah pasti berlebam muka Johan.

a)

berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

b)

air yang dingin juga yang dapat memadami api

c)

besar kapal besarlah gelombang

d)

jika ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

2.

Sebagai orang tua, Fafa sedar bahawa dia perlu menegur kelakuan anak-anaknya daripada kecil kerana jika mereka sudah sampai ke tahap remaja, perangai mereka sukar dibentuk dan hati mereka telah menjadi keras.

a)

melentur buluh biarlah dari rebungnya

b)

menatang bagai minyakyang penuh

c)

seperti labah-labah cinta akan telurnya

d)

pelepah bawah luruh pelapah atas jangan gelak

3.

Remaja hari ini yang taksub melungsuri media sosial seperti TikTokTiKTok sepanjang hari hanya membuang masa melakukan perkara yang tidak berfaedah.

a)

nasi tak dingin pinggan tak retak

b)

seperti harimau menyembunyikan kukunya

c)

membuang garam ke laut

d)

pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar

4.

Sebagai ketua kelas, Iffah memang berdaya bingkas. Dia layak dijadikan suri teladan kerana bukan sahaja cerdik malah dia rajin juga.

a)

Baik membawa resmi ayam betina

b)

Besar kapal, besarlah gelombang

c)

Seperti harimau menyembunyikan kukunya

d)

Belum disuruh pergi sudah pergi, belum dipanggil sudah datang

5.

Sejak pandemik ini bermula, ramai yang telah kehilangan pekerjaan dan akibatnya, ramai pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah mengalami masalah kewangan. Pihak sekolah cuba membantu namun hanya mereka yang terbeban sahaja yang mengetahui penderitaan yang mereka tanggung.

a)

Baik membawa resmi ayam betina

b)

Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

c)

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

d)

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri

6.

Nayli sedar bahawa dia harus lebih gigih membaca novel bahasa Melayu untuk mendapatkan gred A1 dalam Bahasa Melayunya. Jika dia malas, cita-citanya tidak akan tercapai.

a)

Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya.

b)

Genggam bara api biar sampai jadi arang

c)

Belum disuruh pergi sudah pergi belum dipanggil sudah datang

d)

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

7.

Sebagai seorang pelajar yang berkeperluan khas dan sering diejek rakan-rakan, Didi tetap bersabar dan terus rajin berusaha ke sekolah demi mencapai kejayaan dan mendapat masa depan yang lebih cerah.

a)

jika tidak dipecah ruyung makan mendapat sagunya

b)

kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga

c)

melentur buluh biar dari rebungnya

d)

genggam bara api biar sampai jadi arang

8.

Persengketaan dan perselisihan keluarga besar Datuk Lim tidak perlu digembar-gemburkan kerana pasti satu hari nanti ikatan mereka akan terjalin baik semula.

a)

biduk lalu kiambang bertaut

b)

carik-carik bulu ayam

c)

air dicincang tidak akan putus

d)

kilat dalam kilau kabus dalam hujan

9.

Lawatan ahli politik itu ke kampung Batu Kikir hari ini pasti ada tujuannya. Maklumlah, dua bulan lagi Pilihanraya Umum akan menjelang. Tentu dia ke sana kerana mahu mendapatkan kepercayaan orang kampung agar dia dapat memenangi kerusi dewan rakyat tahun ini.

a)

seperti garam jatuh ke air

b)

kilat dalam kilau, kabus dalam hujan

c)

ada gula adalah semut

d)

ada kerak adalah nasi

10.

Fani sedih melihat nasib Manisah, temannya yang berbudi dan berhati mulia. Manisah sering dituduh mencuri di kelas hanya kerana keadaannya yang melarat dan miskin. Sesungguhnya, Manisah tidak pernah melakukan perbuatan tesebut dan Fani pasti kawan-kawannya yang lain akan sedar akan kemuliaan hati Manisah suatu hari nanti.

a)

air pun ada pasang surutnya

b)

berani kerana benar takut kerana salah

c)

pelepah bawah luruh pelapah atas jangan gelak

d)

meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga